Dinner kat IOI City Mall

Ada satu hari tu Dania nak tengok movie dengan kawan-kawan. Lepas kelas, terus naik Grab menuju ke IOI City Mall. Saya kalau IOI City Mall ni saya ok sebab dekat dan Dania memang dah tahu selok belok sini jadi ummi dia tak risau. Saya as usual akan suruh wefie dengan kawan-kawan supaya boleh la letak dalam blog buat kenang-kenangan. 

Movie apa mereka bertiga akan menonton tu?. Movie 'Dusun Mayit' movie dari seberang. Sepatutnya empat orang la kalau ikut gang yang Dania baik sekelas. Seorang lagi menghantar ibunya ke KLIA. Kalau ibunya outstation, kawan dia akan dapat la kereta ibunya jadi esoknya dia akan bawak kereta ke kelas. Kawan-kawan untung la kan boleh tumpang. Sebab dia tak ada, naik grab la ke IOI City Mall ni.  

Lepas tu ayah Dania kata, kita makan je la kat IOI City Mall tu. Movie Dania habis jam 7 malam jadi Dania kata dia nak solat la lepas tu. Ummi pun solat la dulu....apa....? Ingatkan ummi pulak solat ya. 😅. Selalu ibu yang ingatkan anak dia solat. 

Lepas solat maghrib, janji le dengan Dania nak tunggu kat mana kat IOI City Mall tu. Disebabkan dah tahu area mana jadi suruh je la Dania tunggu kat Mi Hiris tu. Kawan-kawan Dania lepas movie tu terus balik kolej. 


Dumpling ni wajib order sebab saya dan Dania suka. Berlawan-lawan makan nanti. Hehe. 


Dania peminat mi tarik. Tak order pulak mi hiris. 


Saya order nasi goreng udang tapi portion banyak la ya. Awal-awal lagi dah tahu tak boleh habiskan jadi ya....kemudian tapau la. 


Hubby pula order mi ni. Apa ke namanya dah lupa tapi ada cendawan hitam ni. Saya suka cendawan ni. 


Dania review cakap movie Dusun Mayit ni walaupun genre seram tapi kelakar. Hehe....macam mana tu?. Tak seram langsung dan bosan. Adehhh....katanya hantunya tu zombie. Hmmm....kalau zombie tak seram la...sesekali nak menonton movie dengan kawan ok je....bukannya selalu. Nak kena bagi kebebasan juga sesekali. 





XOXO,
Ezna



9 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Dah berkurun lama x pergi IOI City Mall itu.

    BalasPadam
  2. Dusun mayit itu diangkat dari cerita gunung welirang di indonesia.jd beberapa pendaki gunung katanya ada yg mengalami lihat pasar di atas gunung. Biasanya ini Krn mereka melakukan kesalahan atau kesombongan saat mau naik. Banyak tuh pendaki yg pada akhirnya hilang, tp ada juga yg dikembalikan ke dunia nyata dalam kondisi linglung.antara sadar dan tidak.

    Cuma jujurnya kalau dah dibuat film saya tak suka. Memang kurang suka lah film2 horor begini. 😅

    BalasPadam
  3. kalau cerita zombie, linda tak suka sangat

    BalasPadam
  4. Berani Dania..kalau saya tak kisahlah kelakar ke tak, kalau genre seram memang tak tengok...penakuttt sangattt...
    Sedaplah tengok Kak Ezna selalu makan kat Mee Hiris..nanti kalau ada rezeki nak try jugaklah...

    BalasPadam
  5. Banyak kali nak try tapi tak lalu depan kedainya mi hiris ni.

    BalasPadam
  6. nak try la makan kat situ nanti nampak sedap pulak semua menu tu.

    BalasPadam
  7. sama mcm i dan zharfan pun, kami suka jugak mkn dumpling!

    BalasPadam
  8. Pernah makan dumpling tak ingat kat mana.. rasa kulit dia kenyal sangat. Itu yang tak beli lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.