Rabu, Disember 10

Terjoin pembukaan Nasi Kandar Saddam | Presint Diplomatik Putrajaya

Boleh pulak 'terjoin' beratur sempena pembukaan Nasi Kandar Saddam kat Putrajaya ni. Dulunya kedai sini Line Clear. Line Clear dah tak clear dah....dia tutup terus. Makanan percuma disediakan sehingga jam 2.30 petang sempena pembukaan di Presint Diplomatik ni. 

Hubby la beriya ni...dah terjebak sekali dengan Dania. Hubby kena masuk kerja petang jadi tu yang boleh join beratur tu. Panjang ya barisannya. Macam ular tapi.....tak lama pun beratur dah dapat makanan ya. Dania ditugaskan untuk duduk di meja booked tempat. 😅. Boleh pulak masa beratur ni saya tegur satu youtuber makan makan ni nama Abe We dari Warong Hunter. 😅


Sempat lagi ambik gambar bunga yang Saddam dapat masa hari perasmian. 


Dah tiba dah....


Setiap pinggan akan dapat set yang sama je. 


Ada udang bersaiz besar, ayam pun potongan besar, sayur kobis dan telur masin. Kuah jangan cakap la ya...campuq berapa kuah dah ni. Semua ni percuma ya. Boleh makan dengan senyuman terukir di bibir. 😅. Banyak juga saya pass kat hubby. 😅. 


Duduk kat meja ni takde la kena share dengan orang lain. Hehe. Polis trafik dan Rela pun ada. 


Marilah kita bergambar dengan anak kepada owner Saddam (berbaju batik) dan sepupu owner Saddam sebelah hubby. Sepupu Saddam ni macam segan-segan nak ambik gambar sebab dia kata dia sepupu je...tu anak owner Saddam....dia panggil supaya ambik gambar sekali. Macam sempoi je kan tapi kaya....berapa banyak dah cawangan kat Malaysia ni. 


One more time....


Kebetulan, ada meja sebelah kami ni tengah nak set up cendol pulak. 


Tengok la betapa dekatnya cendol dengan Dania tu...

Beratur la saya belakang makcik ni dan panggil je Dania suruh ambik cendol. Hehe. Cendol pun percuma ya. Katanya cendol famous nama Cendol Amir yang jual depan NSK, Wangsa Maju. 


Cendolnya. Alhamdulilah. Lepas makan nasi kandar cendol pulak. 


Saddam ni bakal menggugat customer Q Bistro ni. 


Orang baju batik tu yang cakap Cendol ni famous. Ada sesiapa yang pernah beli Cendol Amir depan NSK Wangsa Maju?....


Rezeki la dapat makan tengahari dan cendol secara percuma. Hehe. Gigihnya ya....dah hubby ajak. Kalau tak semangat kita pun malas nak beratur kan....nasib baik tak lama pun beraturnya. Lepas ni kalau Q Bistro ramai orang boleh ke Saddam pulak. 




XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. Fuh, ramai... opening ni ada special price ke tu kak?

    BalasPadam
  2. meriah tu bila pegi time pembukaan cuma sanggup or tk je la nk beratur pjg.......pernah mkn nasi kandar saddam tp delivery tk pernh lg mkn kt restoran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Amy sanggup ke tak sanggup beratur je tapi tak lama pun. Tempat duduk pun banyak di dalam dan luar kedai.

      Padam
  3. Sy suka cendol dekat NSK Sri Rampai / Wangsa maju...Mmg sedap..Kalau time nk tu siap order skali dgn mee rojak...=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke....pernah la rasa. Tu yang akak tanya sebab Wangsa Maju tu jauh sikit la akak nak gi.

      Padam
  4. Semalam baru lalu and nampak..siap cakap kat suami...jom la nanti kita makan kat SAddam tu...rupanya baru buka ye....

    BalasPadam
  5. Wah alhamdulilah rezeki makan percuma. Bila lagi mahu cubakan, time ni la merasa

    BalasPadam
  6. best giler mknn2 yg u dpt tu. worth it la beratur pun!! terliur i tgk udg tu hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udang tu besar you. Ayam dia pun besar. Nasi bagi I banyak. I pass kat hubby la. Hehe.

      Padam
  7. Saya pun ada sekali nak terjoin makan kat re-opening kedai mamak kat area rumah kitoarnag Kak Ezna...tapi anak taknak pulak hahaha...kalau tak mesti kenyang sendat perut..dahlah time tu meja banyak yang tengah kosong...
    Kat rumah saya dah bukak jugak Saddam..tapi tak tertry lagi..nantilah nak try jugak...

    BalasPadam
  8. Bestnya dapat makan free. Opening grand jugak tu. Nanti boleh la terjah sini pulak nak try nampak sedap tu.

    BalasPadam
  9. Wahhh kami tengok banyak kali bila lalu tapi tak dapat lah sebab ada di Kuantan. Best ni grand opening makan free. Jiran2 pun ada wsap.

    BalasPadam
  10. Seronok dapat makan free, portion pun yg biasa banyak.
    Saddam yang dekat tempat kami ada di Hill Park. Pernah masuk sekali tapi beli roti canai je.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.