Pergi lagi IOI City Mall. Kali ni nak survey dryer di Harvey Norman.
Belah kiri tu kita memang kemungkinan besar nak beli yang tu. Dah compare harga dengan 3-4 kedai dah. Hubby ke Home Pro lagi. Katanya nak check buat kali terakhir sebelum decide. Akhirnya Home Pro menang bab harga jenama dan jenis yang sama iaitu RM2499. Murah la daripada Harvey Norman yang harganya RM2587 tapi tak masuk penghantaran lagi.
Lepas tu saya dan Dania ke Home Pro pulak. Harvey Norman hujung sini, Home Pro hujung sana. Menapak la kami anak beranak ya.
Banyak la yang dijual di sini. Ni section towel. Macam-macam warna ya.
Electrolux 8KG UltimateCare 500 Heat Pump Dryer ELE-EDH803J5WC
Kedai Elektrik One Living - RM2539
Home Pro - RM2499
Harvey Norman - RM2587
Seng Heng - RM2959
Ok....akhirnya decision dah capai. Beli kat Home Pro harga mulanya ada kos penghantaran iaitu RM2499 + Penghantaran RM19 = RM2518. Masa kali pertama survey Home Pro ada staff situ kata penghantaran free. Jadi hubby fight la kata camtu. Bila staff tu dengar, dia contact boss dia....akhirnya dapatlah voucher RM20 dan tolak la balik kos penghantaran RM19 tu tapi kami untung RM1 sebab voucher kami dapat tu RM20 kan.
Total semua : RM2499 + kos penghantaran (dah masuk bil pada mulanya) RM19 - voucher RM20 = RM2498. Ada 2 tahun interest free guna credit card. Bulan2 RM100 kalau tak silap.
Tunggulah penghantaran Isnin 22 Disember 2025. Insya Allah....
Lepas tu hubby dan Dania beratur pulak kat Rotiboy. Nak beli rotiboy pulak lepas dah beli dryer....
Ehhhh ada kek dolu-dolu la.
Ni haaa kek dia. Blackforest Cake ni memang nostalgia bagi saya. Beli la 1 slice. Dulu2 bila time birthday mama papa saya belikan cake ni untuk sambut hari jadi saya atau adik-adik. Jadinya bila nampak ni teringat la dulu dulu ya. Dulu....tak banyak flavour macam sekarang ni.
Kisah dryer dah jadi kisah beli kek la pulak....😅
Siapa familiar dengan kek blackforest ni?.
***Harga dryer yang RM2000++ ni menggunakan teknologi baru 'heat pump' yang jimat tenaga elektrik. Kalau nak yang RM1000++ rasanya ada tapi teknologi lama yang penggunaan elektriknya lebih sikit. Pilihan di tangan kita....
Bayar lebih = Penjimatan elektrik
Bayar kurang = Penggunaan elektrik yang banyak
Kena timbang tara juga kan...
XOXO,
Ezna







selagi tk puas hati, mmg kena survey byk tmpt dryer tu...blackforest cake ni mmg legend...yg kita update black forest cake aritu yg zaman skarang dh lain
ردحذفRotiboy pun dah ada jual kek ya. Kek Blackforest ni memang nostalgia, murah tu RM6 sahaja. Barang elektrik di HN biasa memang mahal sikit banding Homepro kan. Sy pun selalu akan pergi dua kedai ni kalau nak beli barang elektrik kemudian pilih yg mana lebih murah.
ردحذفPelik erk. Barang yang sama lain tempat lain harganya.
ردحذفKita pun minat Electrolux tu...tapi, mungkin beli yang mesin basuh biasa je kot..cerita nya kalau nak beli mesin basuh la..hihihi
ردحذفTak pernah ke Harvey Norman. Selalu ke peergi kedai elektrik biasa aje. Kat Pontian ni ada sen heng je rasanya.
ردحذفAkhirnya dapat dah dryer yang diidamkan. Senang ada dryer. Kek blackforrest memang lama dah Cie pernah belajar buat masa sekolah dulu.
ردحذفFinally dah jumpa dryer idaman.
ردحذفBoleh tahan mahal juga harga Seng Heng tu ye.
Dulu yang selalu disebut sebut black forest. Sekarang tiramisu sana sini. hehe..
Rasa mcm dh komen kat entry ni..i pun teringin nak ada dryer kat rumah tp so far lom ada bajet la ezz
ردحذفBagus kalau ada dryer. Tak perlu lagi sidai kain, juga membasmi kuman pada pakaian. Mahal juga ya.
ردحذفSedap kek black forest zaman dulu tu.
Kak Ezna, please review kegunaan dryer boleh?Saya n hb berminat jugak, tapi risau tak berbaloi..
ردحذفOk noted, lepasni better survey barang elektrik kat home pro! Sengheng lagi mahal ye dri home pro ni?
ردحذفKek blackforest tu mmng menggamit memori lah. Dulu masa kecik, pernah dpt kek tu jugak. Tpi bukan beli kt rotiboy lah
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.