Hubby cakap nak ke HomePro, IOI City Mall sebab nak survey dryer. Dryer rumah kami memang dah rosak lama la. Jadi nak kena survey harga la kan....
Saya pulak nak tengok blender pulak. Blender yang saya pakai sebelum ni blender hadiah kahwin saya 22 tahun yang lalu jenama Kenwood. Lama juga bertahan. Cumanya lately bila guna akan ada bau hangit sikit. Mungkin motor dia.
Ni jenama Toshiba. Dapat 3 set. 2 bekas besar dan 1 untuk blend bawang yang kecik tu. Harganya RM139.
Ni pulak jenama Tefal. Ada 3 set jugak dan ada harga menarik sempena Weekend. Harga ni untuk 10 pembeli pertama. Dapat la harga RM109.
Nampak menarik ni....tapi saya akhirnya pilih Toshiba sebab watt dia lebih jadi power lagi la blender tu.
Dania berkenan dengan kerusi ni. Amboiii kemain ya.
Barang yang disurvey....dryer....
Macam-macam jenama nak compare harga. Ada technology latest sekarang ni jadi harga dia mahal sikit.
Kami nak cari mesin dryer sahaja bukan 2 in 1 washing machine dan dryer.
Diantara banyak2 dryer ni, dryer dengan technology yang baru dan harga paling rendah jatuh pada jenama Electrolux. Jenama Electrolux ni memang dah lama di pasaran. Dryer teknologi baru ni boleh jimat penggunaan elektrik.
Kita tanda dulu la ya.
Sementara hubby simpan kotak blender dalam kereta....saya dan Dania ke Decathlon. Saya nak cari tracksuit. Ok dah jumpa....fabrik dia macam cotton. Saya tak suka yang licin tu. Lagi satu saya mencari yang bawah dia tu tak ada grip dan jenis besar. Yayyy dah jumpa terus beli.
Sebelum balik sempat lagi minum kat Bungkus Kaw Kaw ni.
Nanti nak survey lagi Dryer ni kat kedai elektrik berdekatan Sek Men Jalan Empat tu.
XOXO,
Ezna









Cie pun duk plan nak beli dryer jugak. Senang time hujan tak payah ke dobi. Hari2 pun boleh guna dryer senang lepas cuci terus keringkan. Tak payah nak sidai2.
ردحذفYa tu la kelebihan dryer ya....
حذفDania mem besar ye.
ردحذفLamanya akak guna blender, 22thn. Kita yg nikah 17thn ni pun dah 3 kali tukar blender. 2 kali tukar mesin cuci baju. Brand apa kak blender 22thn tu?
Sungguh kita tak pandai hendak pilih dan beli barang elektrik sendiri, biasa mmg kena pergi dgn tn asben.
Hehe mem besar kemain duduk kerusi tu ya....blender akak guna tu nama dia Kenwood. Kawan2 office bagi voucher Sogo untuk hadiah kahwin. Tak ingat berapa ratus akak dapat. Akak tukar jadi blender la. Jadinya tu kiranya hadiah kahwin akak la.....
حذفKalau musim hujan, mula la meronta² nak dryer...Kikiki...
ردحذفSebenarnya akak memang pengguna dryer tapi sebab dryer rosak tak boleh baiki lagi . Dah lama berkhidmat dari Dania kecik...ok la kita tukar yang baru la. Kena tunggu pulak ada budgetnya....
حذفkat rumah i pun tak de dryer...memang hantar baju2 kat self service laundry tu utk guna dryer...actually kat rumah i ada washing machine yg 2-in-1 dgn dryer tu tp tak berapa jadiklah fungsi dryernya...so memang tak guna lah (lps try guna few times)..memang if one day nak beli dryer, kena beli yg separate mcm yg u tgh survey tu laaa..tp ezz..u 3 org ajer! i ni ber5 hahaha baju memang byk giler basuh every cycle!
ردحذفOhhh washing machine ada juga fungsi dryer tapi tak kering kan....dia masih lembab-lembab. I ada washing machine dan dryer asing. I boleh imagine kalau berlima...sebab pakaian bertiga pun bagi I banyak juga...hehehe...
حذفBagusla teknologi sekarang ni buat jimat penggunaan elektrik, selalu kalau dryer ni kemain bil letriknya..
ردحذفSo far bil elektriknya maintain juga la setiap bulan....
حذفBlender saya jugnya dah bocor. motornya elok lagi.
ردحذفBeli jug blender di shopee, alih alih, tak muat..halah sakitnya hati...
Kena beli bawak motor sekali dan try test kat kedai sebab saiz ni kadang tak ngam kan....
حذفCuya biasa dengr dryer makan elektrik paling tinggi. Tapi kalau mampu apa salahnya kan.
ردحذفCuya jenis sidai je kat luar sebab Melaka cuaca selalu elok. Tapi kalau ad dryer best gk hehe
Akak dah lama pakai dryer jadi memang cari dryer la jugak. Kalau baju dan tudung selalunya sidai je....
حذفHujan² ni mmg kerap la bawa baju pergi laundry utk keringkan.
ردحذفLama betul bertahan ye blender tu .. Mesti Ezna cermat orangnya ni 👍🏻
Pakai kerap blender tu PH....nak menyenangkan kerja dari menumbuk....alhamdulilah 22 tahun tahannya dari mula kahwin. Tapi....kena ganti sebab bila blend dah mula ada bau hangit....
حذفAntara benda yang wajib ada dan menjimatkan masa. Sangat berguna bila musim hujan. Dah siap basuh terus keringkan. Tak perlu nak jemur lepas tu tunggu kering, dah kering nak angkat pula 🫢..
ردحذفYa menyenangkan....
حذفBarang letrik lama memang tahan lama kan.
ردحذفYa la Mulan....lama juga blender tu bertahan. Kerja keras juga dia....
حذفBagusnya blender Kenwood sampai lebih 20 tahun bertahan..saya sejak kawin, blender dah bertukar 2 kali ni Kak Ezna..yg skrg pakai brand Toshiba, harap²nya lamalah bertahan
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.