Sabtu, Disember 6

Sumbangan misi bantuan banjir

Semalam, sempena ambil keberkatan hari jumaat....setelah tengok email UPM Dania, UPM ada kumpul2 barang untuk diagihkan ke mangsa banjir....jadi saya pun cubalah kumpul duit sikit dari orang perseorangan (nama dirahsiakan) dan saya berjaya kumpul satu amount. Tapi....sempat lagi la masak nasi ayamnya hehehe....siap-siap masak dan makan dulu la sebelum shopping barang-barang. Kemudian saya dan Dania pun tak tunggu lama dah dan terus ke Mydin di Presint Diplomatik. 

Dania tolong tolak troli, tolong kira harga barang, tolong ambik barang, tolong letak atas kaunter dan tolong kembalikan balik troli ke Mydin. Terima kasih anak ummi ya.....Moga Allah bantu permudah dalam menuntut ilmu pembelajaran nanti. Kena tolak dua troli....satu Dania dan satu ummi la. 


Troli biru ni sebenarnya tak boleh bawa keluar tapi cashier kata boleh memandangkan barang saya beli banyak. Mungkin saya ada mentioned juga untuk sumbangan misi banjir kan. Troli besi dah habis. 

Barang yang dibeli ialah :

1. 10 paket mi segera Numee (5 perisa kari dan 5 perisa ayam).
2. 5 botol minyak masak Saji 1kg. Saya tak beli yang paket sebab nanti takut terkoyak pulak paketnya dalam perjalanan.
3. 5 Sabun mandi gel Shokubutsu (Ada bau strawberry dan orange). Saya tak beli yang buku walau murah sebab kalau nak mandi dengan sabun buku...nak kena ada bekas sabun lagi. Kat mana dia nak letak sabun buku tu kalau takde bekas dia?. Ummi ni banyak pulak fikirnya....kata Dania 😅 
4. 5 Ubat gigi Mukmin.
5. 5 set berus gigi (Setiap satu set ada 3 berus gigi).
6. 5 biskut gula Munchy's. 
7. 5 bihun siam Faiza.
8. 3 beras Myrasa Beras Putih Import 5kg. 

Boleh la ambik idea barangan yang dibeli ni kalau nak bagi sumbangan nanti....Alhamdulilah. Saya susun dalam kereta elok-elok sementara Dania kembalikan 2 troli biru ke Mydin. 


Barang semua dihantar terus ke Kompleks Akademik A. Kat Pusat Ko-kurikulum dan Pembangunan Pelajar. Ni pegawai dia dah bawa troli dan barang-barang masuk ke pejabat. Pegawai ni pula baru balik dari misi bantuan banjir ke Hulu Langat. Baru balik je ni sebenarnya. Saya datang pun dalam 3 lebih petang. 


Beras tu pegawai lelaki tukang angkat 3 kampit 5kg sekali harung. Elok je dia angkat takde buat muka berat pun. Saya, Dania dan Pegawai perempuan pun bantu juga angkat kat atas troli. Saya tolong susun2 bagi kemas kat atas troli. 


Bila saya tanya pasal barang bantuan....pegawai perempuan cakap memang mereka memerlukan barang bantuan lagi. Jika TNC UPM ada menerima panggilan untuk bantuan ke mana2 nanti Pusat Ko-kurikulum dan Pembangunan Pelajar ni akan bekerjasama dengan sukarelawan pelajar UPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi. 2 kawan Dania dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UPM ada ke misi bantuan banjir di Perak. Jadi 2 hari la kawan2 Dania ni tak pergi kelas. 2 kawan ni yang Dania baik kat kelas pun. 

Kita bantu beri apa yang diperlukan. Tak banyak....tapi ada....saya suka la buat misi kecil ni....nak tunjuk juga kat Dania kan supaya kita juga perlu memberi bantuan. Tak banyak pun tak apa tapi yang penting tu ada. Alhamdulilah....




XOXO,
Ezna



 

12 ulasan:

  1. terbaik umi dan Dania...moga jadi asbab ringankan beban mangsa banjir,moga usaha ni jadi pahala berterusan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan mangsa banjir dan semoga diperluaskan rezeki buat penyumbang yang membantu meringankan beban mangsa banjir. Aamiin..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. semoga asbab kebaikan umi dan Dania akan menjadi ladang pahala dan meringankan mangsa yang terlibat.

    BalasPadam
  4. Cie pernah buat dulu masa awal2 PKP. Buat bungkusan makanan keperluan asas. Ada juga sumbangan dari kawan2. Seronok jugak masa tu agihkan kat orang kampung yang fakir miskin.

    BalasPadam
  5. Tak kecil ni Ezna, rahmat besar utk mereka yg memerlukan. Keep it up.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..gembira mereka yang terkesan banjir..kawasan Keningau ada juga banjir ..biasa di kawasan dekat sungai..kasihan mereka

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semoga allah balas jasa baik Ezna dengan rezeki yang berlipat kali ganda..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Moga dimurahkan rezeki Ezna dan keluarga.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah....Semoga Allah membalasa jasa baik effort Ezna, Dania & kawan2..aamiin

    BalasPadam
  10. Semoga barang2nya bisa bermanfaat utk semua warga yg terkena banjir di sana ya kak.

    Kemarin itu teman2 saya alumni sekolah di Aceh juga menggalang dana utk musibah Sumatra. Tapi Krn di Aceh masih mati listrik, mati air, tidak ada gas utk memasak, dan Orang2 kehilangan rumah , baju, akhirnya kami memilih barang yg sesuai dulu. Krn mati listrik dan tak ada gas, tak mungkin beli bahan makanan yg mesti dimasak.

    Akhirnya kami ganti dengan roti, biskuit, dan yg terpenting air minum. Krn tak ada air bersih.

    Lalu baju, sarung dan tudung pastinya. Mereka hanya memakai baju yg sudah kotor kena lumpur. Krn tu baju bersih JD salah satu yg kami beli.

    Ada teman juga yg membawa truk air, utk keperluan bersih2 sedikit. Kemarin itu kami dengar Orang2 di pengungsian masak nasi dengan air banjir. Krn tak ada air samasekali. Krn itulah ada teman yg terpikir utk mendonasikan air bersih.

    Utk bayi2 banyak bagi Pampers dan susu.jadi memang betul2 dilihat dulu barang yg sesuai. Ada salah satu partai di sini yg memberikan beras. Sebenarnya baguuus sangat, tapi masalahnya, ya itu tak ada air bersih utk memasak beras.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..
    Efford baik dari Kak Ezna dan Dania..Semoga dipermudahkan semua, Aamiin

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.