Lepas hantar Dania ke Fakulti, saya dan hubby pun naik 2 kereta untuk ke Pusat Servis. Hantar kat Pusat servis luar je sebab dah habis warranty. Kalau servis kat luar ni harganya murah la sikit.
MZ Auto Enterprise ni specialized untuk kereta Peugeot dan Citroen tapi kereta lain pun boleh hantar sini. Mereka ada kepakaran dan alatan untuk diagnos kereta. Kalau tengok kedainya nampak biasa je. Sebab ada je yang nak servis Peugeot dia tanya hubby ok ke sini sebab dia tengok kedai macam sempoi kot. Hubby kata ok. Dah 2-3-4 eh banyak kali servis dah dan kat sini kalau barang tu boleh pakai lagi dia akan bagitau boleh pakai lagi tak perlu tukar. Ada kan kedai servis yang dia cakap ini kena tukar, itu kena tukar.....last2 mahal la harganya....
Alamat ada kat banner. Lepas tu sama-sama balik la naik satu kereta sementara Citroen nak kena tukar fuel pump tu. Kalau tak tukar boleh menyebabkan enjin termati secara tiba-tiba. Nasib baik masa bawa ke sini lancar. Fuhhh.....
Ada hari tu hubby nak bawa ke tempat kerja...mati enjin kat depan pagar je....udah 2-3 kali kena start dan undur la balik kereta. Haaa simptom dah keluar dah tu...tak tukar memang naya la.
Balik rumah....Dania call kata class kedua batal jadi saya pick up la di UPM. Balik...tak lama lepas tu masak la 1 lauk. Ni saya masak MLCA udang dengan carrot. Ada lauk lain juga just panaskan je.
Pukul 1 lebih hantar Dania ke fakulti pula untuk kelas jam 2 petang. Siap-siap makan tengahari la Dania tu. Kalau tak balik, makan kat cafe Fakulti je la.
Petang dalam jam 3, kereta Citroen dah siap jadi kami ke pusat service dan lepas tu hubby terus ke tempat kerja naik kereta Citroen tu. Masuk petang pula hari ni. Total kena termasuk kos pasang RM1000++. Dah nak pakai keretanya jadi kena la tukar kan...
Saya pula ke fakulti nak pick up Dania pula. Nasib baik la tempatnya semua tak jauh mana. Alhamdulilah.
XOXO,
Ezna

Kena carikan dania myvii nampaknya.
ردحذفYa Wak....tengah tunggu clear 2 kereta ni. Barulah nak cari kereta Dania ni. Tak lama lagi 2 kereta nak habis bayar dah. Alhamdulilah.
حذفalhamdulillah dh setel tukar fuel pump tu...memang kena sentiasa ada bajet utk maintenance kereta!
ردحذفYa....tau tau je dia buat hal pulak. Tak tukar nanti tak boleh la pakai kereta tu.
حذفAlhamdulillah settle bab kereta. Ayah Cuya hantar bengkel tukar break pon dah Rm700. Memang kena ada simpanan emergency la kalau ad kereta ni
ردحذفYa....bila ada benda kena tukar memang nak kena sedia la duitnya. Tak tukar nanti tak boleh la pakai kereta tu.
حذفMakan modai juga memang kena standby untuk maintenance. Penat juga tu ke sana sini.
ردحذفPenat tu memang ya cumanya bersyukur tempatnya dekat je jadi boleh la ke sana sini. Kalau jauh, lagi la penat.
حذفKalau dah jumpa pomen yg bagus tu kita stick pada yg tu je... Bila dia dah kenal kita dapat harga regular kastemer
ردحذفYa betul UG. Setuju.
حذفNak tak nak kena keluar duit jugalah tukar apa yg patut. Yang penting keselamatan masa memandu tu kan, taknak la berlaku apa² yg tak diingini.
ردحذفMZ tu terus teringat Dr Suzie kita. Sbb PH panggil dia MZ :)
Ya duit pun kena la keluar.....Bila datang sini memang ingat Suzi je la PH....Nampak MZ ni teringat je....Hehe
حذفbila dh abis warranty ..mmg ke pusat servis luar la lebih murah
ردحذفBegitulah bila membela kereta, kena sentiasa ada duit huhu
ردحذفBila dah tukar atau service apa yang patut memang lega kan Kak Ezna..kalau tak tak senang hati jadinya
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.