Sabtu, Disember 13

Enhypen Pop Up Malaysia

Masa Dania cuti semester ni ada pula Pop Up Enhypen kumpulan KPop kat Pavi Bukit Jalil. So jom la kita. Kalau Pavi Bukit Jalil ni ummi confident nak drive sebab dekat rumah lama dulu, dekat dengan Sek Keb Bukit Jalil Dania dulu. Tempat yang familiar la. 

Kena booking online slot dulu ya. Tak boleh main terjah je. Ni hari pertama Pop Up ni buka jadi Dania nak barang2 yang dia aim tu ada la. Baru-baru ni ummi tahu selain BTS, Dania pun minat Enhypen juga. Recording company sama dengan BTS jugak. Kiranya 'adik' kepada BTS la. 


Masa ni ummi kat luar sebab bila nak daftar slot tu dah penuh. Idak dengan ummi masuk sekali. Hehe. 


Tengah beratur lagi sebab dia buka tepat jam 12 tengahari booking slot Dania la. 


Ada mamarazzi kat luar ni....😅


Hmmm....Dania dengan idol dia...Jay dari kumpulan Enhypen. Dania kata Jay lahir dekat US jadi namanya agak moden Dania cerita la. Ummi hmmm kan je tapi....kalau bakal menantu tak nak la yang mulut merah berbedak putih ya....😅


Jumpa pula orang yang sama kelas Bahasa Korea last sem. Dia tanya Dania ada pergi ke konsert Enhypen kat Thailand?. Konsert tak pergi la....


Barang-barang yang direka oleh ahli kumpulan sendiri jadi lebih personalized. 


Barangan yang dijual. 


Ni yang Dania aim. T Shirt rekaan Jay. Ada 2 warna hitam dan putih. 


 Ni bahagian belakang. 


Ada juga jual Apron yang Jay reka. 


Ni ahli mana yang buat ni....



Barangan Jay lagi. Pemegang handphone. 


Dania dah tanya nak beli ke yang ni?. Hmmm....


Pelapik kaki tu jangan beli ya Dania....baru je ada pelapik kaki Mofusand. 





Barisan ahli kumpulan KPop ni ada 7 orang. 




Keychain pun ada. 


Happy dah dapat apa yang dihajati. Belajar rajin2 ok?....


Dania beli T-Shirt dan dapat la poster Jay tu cuma ummi tak nak tampal2 dalam bilik ya. 


Evan ni english name anggota Enhypen yang lain. 


T-Shirt yang dibeli. Ada nota dari Jay. Dania boleh baca tulisan tu cuma tak faham la maksudnya. Gambar kecik pun dapat jugak. 


Dania suka sangat design T-Shirt ni. Elok tebal la kain dia. Ada beli keychain jugak. 


Resemblance sama tak dengan gambar kat T-Shirt?. Hehe. Dulu nama kucing ni Diva Daisy, lepas tu Hitam Diva, lepas tu Hitam Sayang....sekarang jadi Mao pulak sebab bunyi kucing ni bukan Meow tapi Mao. 😆 Duduk luar je kucing ni tapi bagi makan dan bila balik rumah dia mesti ada....

Kadang bila dia tidur atas Beetle, dia nampak saya keluar....dia siap2 duduk kat spoiler sebab dia nak saya pok pok badan dia. Kalau kucing duduk statik ni berani la saya. Jangan tiba2 dia berjalan kat kita memang saya menjerit la. Tapi....Mao ni baik dia duduk diam-diam situ bila saya pok pok badan dia. Kalau dia tengah berjalan dan saya kata No....elok je dia stop dan basuh2 badan dia. Hehehe. 


Ada sesiapa lagi anaknya minat KPop?. 

 

13 ulasan:

  1. Haru kalau dapat menantu berbedak putih begincu merah 💋. Hahhaha. Macam2 ada merchandise tu seronok Dania shopping.

    BalasPadam
  2. Alolo comel Mao.. Suka dengan merc motif kucing sebab cute. Peminat KPop tentu x akan lepaskan peluang..

    BalasPadam
  3. Wow. Kalau kpop saya minat Blackpink and IVE 🙈 Dah 30an tp jiwa sedikit muda.

    BalasPadam
  4. Tak kenal group ni. BTS tau le :)
    Mao tu Sy minat ahaha

    BalasPadam
  5. Seronok la, bagi peminat kumpulan, dapat kumpul merchandise yang ada.
    Comel kucing blackie.

    BalasPadam
  6. Cuya minat Kpop juga, cuma group yg ni Cuya tak pernah dengr. Cuya minat artis lama2 macam 2Ne1 dgn SNSD

    BalasPadam
  7. naif sungguh saya.. satu hapah pun tak tahu bab kpop ni.. tapi si mao tu saya ok je, hihi

    BalasPadam
  8. Tak kenal.. Hehe tak tahu nak komen apa.. Kalau korea ni Psy Oppa Gangnam style tu tahu ler...

    BalasPadam
  9. Apron tu menarik. Kami ingat penyanyi Korea zaman awal 2000 saja sebab duduk sana sekejap masa tu. Yang baru2 tak kenal sangat sebab tengok KDrama lagi banyak hehe. Nama pelakon jarang ingat nya tapi ahli Running Man memang ingat hehe

    BalasPadam
  10. Dulu lah.. Wafi minat Black Pink..

    BalasPadam
  11. kiranya u pun ada kucing angkat kat rumah lah yer tu ezzz hehehe i ada kucing angkat kat aikol ajer..now kucing tu tgh preggy la plak...nampak sarat bebenor dah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.