Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan Part 2

Selepas ke Nasuha Herbs & Spices tu bertolak pula ke SS Corner. ± 40km lagi nak ke SS Corner ni. Apa yang kami nak makan kat sini?

Warung dia biasa je. Cuba tengok kat papan tanda tu....ada Dijamin Sedap lagi...ok kita cuba. Tahu tempat ni sebab tengok kat youtube Foodie Fendi. Dia dah repeat 2 kali makan kat sini. 


Mi Bandung original Muar katanya....ada telur mata sebiji, hirisan daging, tauhu dan sayur. Ada rasa udang kering kat situ. Kuahnya sedap. Just nice je rasanya. Bila kita order baru dia akan masak. Puas hati la rasanya. Nanti kalau la datang lagi area Muar ni boleh singgah sini lagi. 

Tak sangka pula hidangan simple ni kemain sedap lagi. Hubby dan Dania pun kata sedap. Nampak ada pelanggan yang makan kat sini kemudian dia tapau pulak. 

Anda dah cuba?. 


SS Corner :

Parit Haji Yusof, 
83600 Semerah
Johor

Kemudian kami nak solat jamak di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Rasanya ni dah 2-3 kali juga kami singgah bila ke Muar ni. 


Kami parking bahagian hadapan. Kalau parking bahagian belakang mengadap sungai Muar. 


Cantik betul masjidnya....


Dari Masjid Jamek Sultan Ibrahim ni boleh nampak bangunan seberang sana. 


Dalam Masjid....


Tanaman yang ditanam di luar masjid. 


Ada buah pula tanaman yang atas ni. 


Pokok kurma. 


Pokok Serdang. 


Lepas tu kami pun naik la jambatan ni....


Langit dah nampak berat sangat ni. 


Kemana pula kami?. Kami akan ke Melaka pula....




XOXO,
Ezna





14 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Seronok nyer jalan- jalan...SA ni suami xde cuti..kalau ada dah ajak jenjalan dah...

    ردحذف
  2. Bagus jugak idea tour macam-macam tempat bila annivesary...boleh try test nanti hihi...

    ردحذف
    الردود
    1. Silalah Sue...anniversary kita sambut gaya JJCM (Jalan Jalan Cari Makan)....

      حذف
  3. masjid jamek ni cantik sungguh!! mee bandung tu nampak sedap..kalau kat my area, i selalu jugak mkn kat niza cendol taman melati ie stall yg pernah khairul aming viralkan then laris sampai sekrg la kesan viral tu

    ردحذف
  4. Lamanya tak makan mi bandung. Tahun 2019-2020 kot rasanya ada ke muar hantar anak buah.

    ردحذف
  5. Kalau ibu mesti suka mee bandung muar. Selalu kalau muar punya memang sedap cukup rasa

    ردحذف
  6. Saya dah berbelas tahun tak pergi johor. Kena masuk dalam list lah SS corner ni. Suka mee bandung!

    Cantiknya dalam masjid tu, luass

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.