Cover Hextar World Empire City & Sunway Pyramid

Hextar World Empire City

Ni first time nak ke shopping mall terbaru ni iaitu Hextar World Empire City. 


Tak sure yang mana satu shopping mall dia. 


Ada hiasan berwarna-warni kat luar ni. 


Ni di salah satu laluan dalam mall. Parkson kat sini kecik sangat ni. Masuk bahagian wanita dalam Parkson. Pusing sekejap eh....ini je ke?. 


Hiasan krismas di siling yang berkaca. 


Silingnya tinggi. Kalau tengok dekorasinya macam ala ala kat Genting Highland.  


Di satu sudut di bahagian outdoor berdekatan dengan outlet makan....ada pameran haiwan. Berdekatan sini, kawasan terbuka....dijual juga makanan tak halal seperti babi dan wine. Eh masakan babi sana sini. Saya bukan mencarut ya tapi ni memang masakan babi. Kawasannya terbuka. Boleh pulak jual masakan tak halal macam ni. Kalau tertutup ok lagi la bagi saya. 

Kat sini juga ternampak orang bawa anjing dalam stroller besar. Mungkin stroller khas anjing tak tahulah tapi anjing dia bawa tu besar dan kepala anjing tu keluar. Badan dia semua tertutup la dalam stroller tu tapi Dania lalu betul2 berdekatan dengan anjing tu. Nasib baik perasan. Saya tak gemar betul la kalau bawa anjing dalam shopping mall tu. Bayangkan kalau dia masuk sekali kat tempat baju2 tu kot anjing tu terjilat baju yang digantung tu ke. Cuba bayangkan.....kita ni nak la berjalan dengan tenang tanpa anjing2 dibawa berjalan merata tu kan....kalau kat Switzerland ya....sampai kena berhati2. Mana taknya kadang naik train ada anjing friendly dia nak main-main pulak. Dalam gondola untuk naik gunung pun ada anjing juga. Saya ni dah la trauma pernah kena kejar dengan anjing. Even anjing poodle comel kecik tu pun saya boleh panik kalau nampak. 

Apa kata anda?. Suka ke jalan mall bawa haiwan peliharaan?. Mana tahu kot boleh bawa kambing ke, babi ke, kuda ke masuk mall. 


Siapa berani pegang Guinea Pig ni?. 


Comel ke idok? 


Ada lagu Korea kemudian ada anak2 muda yang tahu tarian tu akan menari kat sini. Dania cakap Kpop Random Dance. 


Ni kot dalam Parkson bahagian wanita. Rasanya besar lagi Parkson Alamanda. 


Di satu sudut. Nak ambik dekorasi kat siling tu. 


Ni macam kat Itali je orang buang duit dalam kolam tu. 


Ada keretapi lalu kat tengah ni. 


Close up keretapi ni. Choo....choo....


Ni pulak pergi kat satu kedai kasut dalam mall ni. 


Ada kasut smurf juga. 


Kasut Adidas Gazelle yang cantik menawan. Saya suka warnanya macam dusty purple atau greyish purplish. 


Ni lagi satu kasut warna purple. Kat sini hanya tengok2 sahaja ya sebab pembelian zero. Fuhhhh lega poket ya. 😅


Ni la ice skating bersaiz Olympic. Memang besar la. 


Sunway Pyramid

Lepas tu solat dulu kat Masjid At Taqwa di Taman Tun sebelum kami ke Sunway Pyramid pula. Bila Peanuts dan Kipling berkolaborasi. Ada la si Snoopy ni ha. 

 

Masuk Popular pulak. Eh ada patung Jimin BTS la. 


Dania dok tengok bekas earpod sape pulak tu?. Ada yang tertinggal kat rak buku ni. 


Ummi dok belek-belek komik BTS ni. 


Ni novel pulak. Nampak ada BTS Army berhenti tengok kat sini. Hehe


Ada ternampak dia ni main alat muzik cina kat sini. Tak tahu nama alat muzik ni tapi siap berpakaian ala ala pakaian klasik cina pulak. Ni kat depan tempat makan mereka. Panjang juga barisannya. Mungkin sedap la tu. 


Dekorasi krismas kat Sunway Pyramid ni tema berbulu. 


Comelnya loceng ni. 


Jadi, 2 shopping mall sekali cover 1 hari. 

Jadi, apa yang saya boleh cakap tentang Hextar World Empire City ni ialah :

1. Interior dalam mall memang cantik.
2. Tak selesa jika diberi kebenaran membawa haiwan peliharaan dalam mall.
3. Makanan tak halal sepatutnya ditempatkan di dalam kawasannya tersendiri dan bukan secara terbuka, orang lalu lalang di sana. 
4. Banyak lagi kedai yang belum buka jadi tak sepenuhnya la kedai yang ada kat sini. 

Nak repeat lagi ke? Jawapannya tidak. You alls dah pernah pergi ke Hextar World Empire City?.




XOXO,
Ezna

4 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Linda tak tahu pun ada mall baru ni.. tRX pun Linda tak sampai lagi..Kikiki.
    Tapi, memang tak selesa la mall yang boleh bawa haiwan ni..tak selamat rasanya..

    ردحذف
  2. i ada baca kat thread lah psl hextar world ni ie pet frenly dan memang mknn yg dimasak2 ada babi tu kat open area gitu...so i terus tak jd nak pergi lah...byk lg mall dlm msia ni yg kita rasa selesa dan bkn pet frenly

    ردحذف
  3. Tak sesuai kot nak bawak binatang masuk mall. Binatang bukan tau apa nak window shopping ke apa. Simpan jela kat rumah. Negara Malaysia majoriti penduduk Islam jadinya kena la peka.

    ردحذف
  4. Wahhh...Nice mall ni..Nnt dah clear rumah bleh la ajak Hata pegi =D

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.