Bila masak dua jenis sambal

Kebetulan hubby nak ke tempat kerja petang. Lately ni beberapa kali juga masuk kerja petang. Jadi....kita masak awal sikit la. Kalau dengan Dania je masak lewat sikit. 

Terjadinya sambal terung. Ada 3 biji terung ni. Terung ni selain masakan sambal, sedap buat apa ya?...saya suka terung masak sambal ni. 


Kemudian, hubby ada beli sotong kembang bersaiz sederhana. Ok kita buatkan sambal sotong pulak. Saya suka sotong kembang ni. Kuahnya saya suka berkuah sikit berbanding kering. 


Walaupun kedua masakan ni sambal, tapi cili yang digunakan tu lain. Sambal terung saya guna cili hidup. Sambal sotong pula cili kering. Bila hubby makan, katanya sambal sotong ni pedas sedikit. 😅. Kena la gu dengan kicap nak bagi kurang pedas tu.

Apa pun....hubby makan tengahari dulu la kat rumah sebelum ke tempat kerja. Malam pula disediakan makanan untuk mereka yang standby. Standby ni sampai minggu depan je kot kemudian masuk macam biasa la. 


***Thanks Sa betulkan nama sotong 'kembang'. Ritu masa tulis post ni terlupa nama 'kembang' tu pastu main letak je jadi sotong 'basah'. Hehe. Dah diedit dalm post dah. Tq Sa....😊





XOXO,
Ezna

 

10 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Aduhai..Terliur tgk dua2 lauk sambal ni..hrp2 sy bleh masak semula lps selesai pindah ni =D

    ردحذف
    الردود
    1. Settle kan apa yang patut....kalau kitchen dah sedia....boleh masak dah....

      حذف
  2. yg penting home cooked meal. alhamdulillah :)

    ردحذف
  3. Sedapnya tengok dua² jenis sambal. 😋 Saya jarang masak terung. Kadang ada letak terung dalam kari.

    ردحذف
  4. Terung bakar, rebus.. cicah sambal belacan.

    ردحذف
  5. Saya kan kalau ada 4 jenis sambal pun kalau masakan tu guna cili lain-lain akan rasa sambal tu lain-lain (guna apa-apa cili as long dia sambal saya suka betulll)....

    ردحذف
  6. Sama la ..SA kalau terung memang suka masak sambal macam tu..letak plak ikan bilis goreng...huiii..sodap...sotong kembang kan tu...SA suka baut sambal kering skit dan buat nasi lemak..

    ردحذف
  7. Dua2 sambal ni saya suka. Ya Allah sedapnyaaa

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.