Jumaat, Disember 19

Ar Rahnu kan ada....

Ar Rahnu ni tumbuh bagaikan cendawan kat Bandar Baru Bangi ni. Boleh pilih nak pergi yang mana. Ni salah satu diantaranya iaitu Ar Rahnu Kita di bawah Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro). 

Tips penting untuk pajakkan emas kita ialah pilih Ar Rahnu yang tidak masuk dalam sistem CCRIS. Contohnya seperti Ar Rahnu di Pejabat Pos, Ar Rahnu Kita, Ar Rahnu Koputra. Bukan Ar Rahnu yang disediakan di bank seperti Bank Rakyat etc....Kalau Ar Rahnu di bank nama kita terus masuk CCRIS. Jangan pula kita pajakkan emas kita di pajak gadai konvensional tu haaa pajak nanti terus tergadai....

Dulu....zaman muda-muda dulu saya pajak emas kat Ar Rahnu Bank Rakyat....lepas tu nak buat pinjaman cukup susah la ya sebab nama ada dalam CCRIS selagi tak tebus emas tu. Sistem CCRIS pun ambik masa juga nak padamkan rekod kita kan?. Belajar dari kesilapan ya gais....


Apa kelebihan Ar Rahnu ni :

1. Tidak ada faedah riba yang terlibat jadi bebas riba.

2. Duit boleh dapat secara pantas. Tak payah tunggu lama-lama. Macam kat Ar Rahnu Kita ni....dia akan terus transfer online ke akaun kita on the spot atau mungkin kita akan diberikan cash. 

3. Tanpa penjamin. Kita tak payah susah-susah cari penjamin. Kita hanya perlukan barangan emas sahaja. 

4. Notis lelong kita akan dapat dulu sebelum mereka melelong barangan emas. Mungkin kita terlupa nak bayar kan....jadi notisnya kita dapat dulu. Mereka tak akan terus lelong barangan kita. 

5. Nilai pajak gadai yang menarik dan munasabah dengan harga emas kita. 

6. Tak malu nak meminjam. Kalau meminjam dari saudara mara nanti kot kena gossip pulak nanti. 

7. Bila Ar Rahnu kan emas tu masih milik kita. Bila kita jual...emas tu dah bukan milik kita lagi. 


Apa kelebihan Ar Rahnu menggunakan Public Gold di Ar Rahnu Kita :

1. Seal tidak akan ditanggalkan. Kalau tanggal seal nanti bertambah susut la kita punya emas Public Gold tu. 

2. Jika buat gadaian emas Public Gold  dengan gandaan 1g sebanyak 10 keping....bulan berikut atau seterusnya bila kita tebus 1g, tarikh matang akan tambah lagi 6 bulan. Jadinya bila nak ambik tu  kena bayar sedikit berbanding kita buat gadaian barang kemas 10g sederap...jadi bila nak keluarkan barang kemas tu kena bayar sederap la juga. Tapi...terpulang la kan sebab kita boleh je menggadaikan barang kemas atau bar emas. 

***Saya tahu tips ambik sikit-sikit gold bar ni dari staff Ar Rahnu Pejabat Pos. Dia yang bagitau akak boleh tebus balik sikit2. Dulu saya tak reti sangat. Ingatkan kalau nak tebus kena tebus semua sekali....rupanya kalau gold bar you boleh keluarkan ikut 1g....1g....(kalau you gadaikan semua 1g la). Sekarang dah tahulah caranya. Selalunya saya akan tebus ikut budget berapa saya ada...kalau ada untuk 3g...tebuslah 3g. Kalau hanya untuk 2g tebuslah la 2g. Tapi.....jika harga emas naik...boleh keluarkan lebih emasnya. Begitulah ceritanya. 


 

Saya akan Ar-Rahnu ni bila nak guna duit untuk pelajaran ke etc. Duit Ar Rahnu juga kalau boleh jangan gunakan semua....boleh juga digunakan untuk membeli pula gold bar. Nanti boleh Ar Rahnu kan pula gold bar yang baru di kemudian hari. Jika Ar Rahnu ni, kebiasaanya saya akan tebus balik bulan berikutnya untuk mengurangkan pinjaman dan upah simpan. Tapi upah simpan pun bagi saya rendah juga. 

Ada talk di surau yang hubby dengar....penceramah kata untuk mengelakkan terkena sihir dengan emas ni la....bagi perempuan kita boleh pakai emas. Kalau lelaki bagaimana? Letak la emas dalam wallet. Penceramah kata dia sembuh dari sihir ni sebab ikhtiarnya ialah emas. Penyembuhnya tetap la Allah kan. Jadi penceramah kata....penceramah tu letak gold bar dalam wallet dia. Balik rumah udah hubby tanya ada gold bar tak sebab nak letak dalam wallet. Kita berikhtiar kan. Tapi....saya juga pernah terbaca di mana tak ingat....pakai emas ni boleh mengelakkan sihir....pernah dengar tak?. 

You alls dah pernah Ar Rahnu?. Pernah buat kat Ar Rahnu mana?






XOXO,
Ezna

6 ulasan:

  1. linda tak pernah ke Ar Rahnu, sebab tau macam takde duit nanti nak tebus balik...hihihi...jadi, memang selalu letgo je kalau betul2 nak guna duit.. itu yang sekarnag kumpul je sikit2 mana yg dan dengan duit.. hihihi.
    betul kak, pernah dengar juga,, pakai emas untuk elakkan sihir.. kalau kat rumah,bela ikan puyu katanya, dapat mematahkan juga sihir yang dituju kat kita...wallahualam.. semua dengan izin ALLAH, bukan untuk kita yakin sesuatu benda tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya semua dengan izin allah jua....kita berikhtiar kan. Mungkin kalau ikut sains, dalam emas tu ada bahan yang kuat...sihir pula benda negatif....hmmm tak tau lah macam mana kan...apa pun pakai la emas untuk perempuan bagus kan....

      Padam
  2. Tak pernah dgr psl emas boleh elak sihir.menarik ni...biasanya yg i tahu emas utk menaikkan seri/aura perempuan🤩💍

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pernah terbaca tapi tak ingat kat mana....pastu penceramah juga cakap benda yang sama....jadi elok juga la kita pakai emas....

      Padam
  3. Kena study betul2 bab pajak ni. Memang tak faham sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak pakai duit boleh la pajakkan..sebagai satu alternatif. Kalau tak nak pakai duit tak payah pajakkan.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ar Rahnu kan ada....

Ar Rahnu ni tumbuh bagaikan cendawan kat Bandar Baru Bangi ni. Boleh pilih nak pergi yang mana.  Ni salah satu diantaranya iaitu Ar Rahnu Ki...