Ahad, Disember 14

Breakfast di Restoran 7 Pagi

Pergi Restoran 7 Pagi ni masa pagi Jumaat. Ikutkan hari biasa ni tak payah beratur pun. Saya masuk dari tepi Restoran. Nak duduk la kat meja yang sedang dibersihkan, sekali nampak eh eh orang beratur la....😅. Patut la yang beratur paling depan dok tengok2 saya. Lepas tu bila perasan beratur la kat hubby beratur. Saya dan Dania asing sebab nanti saya dan Dania nak ke Pavi Bukit Jalil. 

Masa ni Restoran pun agak ramai yang makan kat sini. 


Dania ambik nasi lemak. Saya pula bihun goreng. 


Hubby pula kacang pool. 


Hubby terus balik rumah....saya dan Dania ke lokasi yang kami nak tuju tu.


***Cuti seminggu Dania macam kejap je. Minggu depan ada kelas balik. 





XOXO,
Ezna



 

Sabtu, Disember 13

Enhypen Pop Up Malaysia

Masa Dania cuti semester ni ada pula Pop Up Enhypen kumpulan KPop kat Pavi Bukit Jalil. So jom la kita. Kalau Pavi Bukit Jalil ni ummi confident nak drive sebab dekat rumah lama dulu, dekat dengan Sek Keb Bukit Jalil Dania dulu. Tempat yang familiar la. 

Kena booking online slot dulu ya. Tak boleh main terjah je. Ni hari pertama Pop Up ni buka jadi Dania nak barang2 yang dia aim tu ada la. Baru-baru ni ummi tahu selain BTS, Dania pun minat Enhypen juga. Recording company sama dengan BTS jugak. Kiranya 'adik' kepada BTS la. 


Masa ni ummi kat luar sebab bila nak daftar slot tu dah penuh. Idak dengan ummi masuk sekali. Hehe. 


Tengah beratur lagi sebab dia buka tepat jam 12 tengahari booking slot Dania la. 


Ada mamarazzi kat luar ni....😅


Hmmm....Dania dengan idol dia...Jay dari kumpulan Enhypen. Dania kata Jay lahir dekat US jadi namanya agak moden Dania cerita la. Ummi hmmm kan je tapi....kalau bakal menantu tak nak la yang mulut merah berbedak putih ya....😅


Jumpa pula orang yang sama kelas Bahasa Korea last sem. Dia tanya Dania ada pergi ke konsert Enhypen kat Thailand?. Konsert tak pergi la....


Barang-barang yang direka oleh ahli kumpulan sendiri jadi lebih personalized. 


Barangan yang dijual. 


Ni yang Dania aim. T Shirt rekaan Jay. Ada 2 warna hitam dan putih. 


 Ni bahagian belakang. 


Ada juga jual Apron yang Jay reka. 


Ni ahli mana yang buat ni....



Barangan Jay lagi. Pemegang handphone. 


Dania dah tanya nak beli ke yang ni?. Hmmm....


Pelapik kaki tu jangan beli ya Dania....baru je ada pelapik kaki Mofusand. 





Barisan ahli kumpulan KPop ni ada 7 orang. 




Keychain pun ada. 


Happy dah dapat apa yang dihajati. Belajar rajin2 ok?....


Dania beli T-Shirt dan dapat la poster Jay tu cuma ummi tak nak tampal2 dalam bilik ya. 


Evan ni english name anggota Enhypen yang lain. 


T-Shirt yang dibeli. Ada nota dari Jay. Dania boleh baca tulisan tu cuma tak faham la maksudnya. Gambar kecik pun dapat jugak. 


Dania suka sangat design T-Shirt ni. Elok tebal la kain dia. Ada beli keychain jugak. 


Resemblance sama tak dengan gambar kat T-Shirt?. Hehe. Dulu nama kucing ni Diva Daisy, lepas tu Hitam Diva, lepas tu Hitam Sayang....sekarang jadi Mao pulak sebab bunyi kucing ni bukan Meow tapi Mao. 😆 Duduk luar je kucing ni tapi bagi makan dan bila balik rumah dia mesti ada....

Kadang bila dia tidur atas Beetle, dia nampak saya keluar....dia siap2 duduk kat spoiler sebab dia nak saya pok pok badan dia. Kalau kucing duduk statik ni berani la saya. Jangan tiba2 dia berjalan kat kita memang saya menjerit la. Tapi....Mao ni baik dia duduk diam-diam situ bila saya pok pok badan dia. Kalau dia tengah berjalan dan saya kata No....elok je dia stop dan basuh2 badan dia. Hehehe. 


Ada sesiapa lagi anaknya minat KPop?. 

 

Jumaat, Disember 12

Bila Dania dapat hadiah belated birthday

Lupa pula pasal citer kawan Dania yang ni. Ada satu hari tu Khairiah kata nak bagi Dania something jadi saya bawa la Dania kat Fakulti Bahasa dan Komunikasi tu. Masa ni saya kat dalam kereta la. Dania je cari kawan dia.

Pesan jangan lupa ambik gambar. Hehe. 


Comey je Khai ni. Lagi kata bare face sebab tak berbedak dan lipstick sebab cuma nak hantar hadiah Dania je. Drive all the way dari rumah. Kelas online pulak masa ni. Elok la bare face je bagi kulit muka tu bernafas. Dania pun sama tak pakai make up pun. 

Khai ni ambik Bachelor of Arts German Studies with Honours. Bahasa Jerman ni orang kata bahasa yang paling susah juga. Sekelas pula dengan kawan sekolah menengah Dania. Dania yang kenalkan mereka. Apatah lagi sama2 dari Asasi TESL di Dengkil. TESL pun susah juga nak dapat ya. Banyak juga organisasi Jerman yang bertapak di Malaysia seperti BASF, Evonik, Bosch, Infineon, Allianz, Deutche Bank dan banyak lagi. 


Hadiah belated birthday Dania....
Ada T-Shirt Hitam Ferrari, gelang huruf CL16. CL tu Charles Leclerc dan 16 tu nombor Charles (pemandu F1 team Ferrari), photo card muka Charles dan sticker. Ada diselitkan 1 kerepek bawang dan 1 kerepek ubi. Dua kerepek sedap giler. 

Happy sangat Dania dapat barang-barang ni sampai cakap wow wow.....rezeki Alhamdulilah. 


Terima kasih Khai....terima kasih Asma (mama Khai...merangkap kawan sekolah menengah saya). Terharu sebab Khai datang UPM semata-mata nak pass hadiah Dania je. Lepas tu Khai balik. 





XOXO,
Ezna


 

Bila masak dua jenis sambal

Kebetulan hubby nak ke tempat kerja petang. Lately ni beberapa kali juga masuk kerja petang. Jadi....kita masak awal sikit la. Kalau dengan Dania je masak lewat sikit. 

Terjadinya sambal terung. Ada 3 biji terung ni. Terung ni selain masakan sambal, sedap buat apa ya?...saya suka terung masak sambal ni. 


Kemudian, hubby ada beli sotong basah bersaiz sederhana. Ok kita buatkan sambal sotong pulak. Saya suka sotong basah ni. Kuahnya saya suka berkuah sikit berbanding kering. 


Walaupun kedua masakan ni sambal, tapi cili yang digunakan tu lain. Sambal terung saya guna cili hidup. Sambal sotong pula cili kering. Bila hubby makan, katanya sambal sotong ni pedas sedikit. 😅. Kena la gu dengan kicap nak bagi kurang pedas tu.

Apa pun....hubby makan tengahari dulu la kat rumah sebelum ke tempat kerja. Malam pula disediakan makanan untuk mereka yang standby. Standby ni sampai minggu depan je kot kemudian masuk macam biasa la. 




XOXO,
Ezna

 

Khamis, Disember 11

Welcoming Freshies Ansci 2025

Welcoming Freshies ni dah berjaya diadakan untuk student tahun 1. Diantara aktiviti yang dilakukan ialah : 


Ni kat dalam dewan kuliah. Senior dan Junior, ex alumni Ansci dan seorang lecturer. Depan sekali paling tinggi baju hitam. Dr ni dulu ada ajar kelas Dania subjek Animal Statistics. Beliau juga merupakan ex Ansci kat UPM ni. 😊 Super Senior Dania la kiranya. 


Dania dan kawan-kawan yang bertugas pada hari tersebut. Dania kena handle makanan dan bantu kawan-kawan untuk pendaftaran. 


Ada beberapa game yang diadakan untuk student Year 1 ni. 


Nampaknya student pun ramai perempuan jugak junior Dania ni. 


Cenderahati dihadiahkan kepada Dr. Wan Ahmad Izuddin. Taqif tu kiranya presiden Kelab Sains Haiwan. Farihah pun sekelas dengan Dania juga. 


Semua gambar-gambar diambil dari Instagram Kelab Sains Haiwan, UPM. Nak buat kenang-kenangan aktiviti yang Dania join / handle. 

Nanti akan ada kempen derma darah yang Kelab Sains Haiwan akan anjurkan. Ada kawan cakap dengan Dania boleh ke nak lantik jadi bendahari. Dania setuju sebab dah dua kali handle makanan je. 😅 Nak cuba pula pegang post yang lain. Top Board la ummi. Takpe la cabar la diri kan nak dapat pengalaman baru. 




XOXO,
Ezna



Aktiviti hari ni 9 Disember 2025

Nak beli renda untuk telekung Dania sebab nak bagi tak terbang la bila bawah kipas. Bila letak renda ni kiranya memberatkan sikit la telekung tu. Teringat kedai berdekatan Sek Men Dania. 


Buat mereka yang suka menjahit memang heaven la ke kedai ni. 


Pilih pilih la renda ni. 


Bila match dengan telekung, warna ini yang kena. Boleh la hantar jahit dengan kawan saya. Jahit renda kat telekung dan jahit kain batik jadi kain lipat batik yang dipadankan dengan satu kebaya yang saya beli. 


Saya beli top kebaya je. Kain dia boleh pakai kain yang sedia ada je. Mix & match je. Tapi....since kawan yang saya baik ni hadiahkan kain batik....warna pink + kuning...kena pulak dengan kebaya saya tu so yaaa....kita buat lipat batik la.

Warna sulam kebaya ni sangat la sweet. Inilah kebaya saya. Beli sama dengan Dania 😊. Butang dia bukan butang ketip tapi butang bulat yang biasa tu cumanya tak nampak la kat sini. Lagi secure dari butang ketip tu.
Credit : Google

Lepas beli renda, kita pergi print color pulak kat kedai alatulis. Dania ni asyik print je untuk subjek Animal Reproduction. Kalau print color cantik la nota tu.

Lepas print hantar pula kain kat rumah kawan saya. Kena borak dulu. Hehe. Memang kalau jumpa kawan walau sekejap mana saya akan berborak kejap tapi tak lama la sebab kawan saya juga kena jaga ibunya. Kalau time ibunya nak makan tengahari saya tak nak la kacau lama-lama kan....segan la kalau achik nak makan nanti. Dah selesai saya akan minta diri tapi kawan saya nak berborak jadi ok borak....tapi tak lama...

Lepas tu nampak spot ni...terus suruh Dania ambik gambar kat sini. Saya baru marathon citer CLOY jadi ada satu tempat tu ala-ala macam ni. Dania kata nak ambik gambar macam dalam citer CLOY ke ummi?. hehe. Dia pun tahu dah. 


Lepas tu nak balik dah....sebelum tiba rumah singgah makan cendol kat sini. Cadang nak makan laksa juga tapi cendol je ada sebab dia kata hujan2 ni laksa tak habis. Kempunan la nak makan laksa sedap kat sini. 


2 hari berturut-turut makan cendol cuma hari ni kena bayar la. 😅


Cendol pulut....


Lepas tu kami balik la rumah....




XOXO,
Ezna



 

Rabu, Disember 10

Me Time & Kartun nostalgia

Lepas makan kat Saddam tu, saya dan Dania ke IOI City Mall. Hubby bawa kereta lain terus balik rumah sebab nanti akan ke tempat kerja. Kita solat zohor dulu dan lepas tu jalan-jalan kejap dan saya nak buat urutan saya. Kena bagi makanan tu turun dulu...kang bila diurut termuntah pulak. 

Dania akan tunggu sini lepas ummi selesai. Selalu dia akan jalan2 la dalam mall ni. Kot ada beli something, dia cerita la. Me Time untuk Dania jugak. 


Dania bergambar dengan kartun nostalgia yang dulunya saya tonton masa kecik-kecik. Care Bears....nak buka kedai kat IOI City Mall. Dulu kedai sini Himalaya. Ada funshine bear la, Love a lot bear, Tenderheart bear, Good Luck Bear etc. Nama bear ni mewakili gambar kat badan dia. 


Ni Dania bergambar pula kat kartun Thomas & Friends sebab masa kecik2 ummi bagi Dania tengok siaran Playhouse Disney Channel kat Astro. Bagus channel ni sebab channel bahasa inggeris. Dania siap ikut slang 'mat salleh' bila kena cakap dalam bahasa inggeris. Channel tu dulu tak ada siaran yang menggunakan bahasa kesat, atau nak menonjolkan LGBT etc. Siaran kartun zaman sekarang kena berhati-hati. Tapi....Dania boleh berbahasa melayu sebab bersekolah kat Tadika Little Caliphs. Bahasa Inggeris tu guna bila ke kelas Speech & Drama kat Julia Gabriel. Kelas belajar Bahasa Inggeris macam dekat British Council dan Lorna Whiston. Saya joinkan Dania masa umur 3.5 tahun - 6 tahun. 


Balik tu rehat kejap....buat nasi goreng je. Teringin nak nasi goreng simple je. Letak telur, sotong, cili api, bawang putih, bawang merah dan cili merah je. Makan berdua je....hubby dah disediakan makanan kat office sebab standby kan....ni pun ada berlebih lagi nasi gorengnya. Esoknya panaskan dan makan untuk breakfast. Jangan membazir. 


You alls ada ke kartun yang tengok masa kecik2? Saya tengok juga kartun Smurf, Jem & The Hologram, He-Man....




XOXO,
Ezna