Tahlil almarhumah sepupu

Dapat jemputan untuk tahlil yang diadakan untuk almarhumah sepupu. Majlis diadakan di kediaman sepupu saya. 


Saya bergambar dengan adik-adik ipar almarhumah sepupu saya yang saya panggil Kak Nina. Nama sebenar Suzana. Beliau dulu juga seorang Doktor Perubatan. Berhenti akhirnya untuk memberikan tumpuan pada anak-anak. Tak silap saya 7 orang anaknya. Seorang anaknya mangsa tanah runtuh Maahad Tahfiz di Felcra Semungkis, Hulu Langat yang menjadi tajuk berita utama dulu tahun 2011. Anaknya masa tu Darjah 5. Paling terakhir dijumpai dalam timbunan tanah runtuh tu. Boleh tarik ummi nanti masuk syurga ya....💗


Dania berkenan dengan budak kenit ni. Anak kepada sepupu saya (adik kepada Kak Nina). Sepupu saya lelaki. Masa nak ambik gambar....Dania tak reti nak dukung. Kena la ajar nak bagi kenit ni selesa. Dania tak ada adik jadi kekok sikit la. 

Ada la lauk pauk disediakan. Saya dah makan kat rumah dah tapi....bila tengok lauk masak lemak ikan masin....my favourite....aduhhhh terus capai pinggan. 😆 Tapi saya ambil nasinya sikit ajer la. Lauk yang banyak. 


Budak kenit ni tengok kamera ya....tak silap namanya Emily. Amboi namanya pun. 


Tudung bercorak tu adik kepada Kak Nina. Namanya Kak Suraya. 


Gambar yang ada Dania pulak. Suami Almarhumah sepupu saya ni bernama Dr. Wan Ahmad Hazim yang bertugas sebagai Senior Consultant selaku Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Putrajaya. Boleh la kalau nak bersalin dengan Dr. Wan Ahmad Hazim ya.

Saya juga berpeluang dan ingin juga berkenalan dengan isteri-isteri Abang Hazim. Isteri No. 3 tu  saya berpeluang la kenal. Anak Kak Nina yang kenalkan walaupun nampak macam awkward juga (hehehe). Beliau seorang Dr Paliatif di Institut Kanser Negara. Isteri No. 4 saya tidak dapat berjumpa cumanya nampak la kat majlis tahlil. Beliau Dr juga di Hospital Putrajaya. Senior Kak Nina masa zaman belajar doktor perubatan di UKM. No 2 katanya balik awal dan beliau seorang jururawat. Kak Nina saya No. 1 dan ada lesen doktor perubatan juga. 


Moga Kak Nina saya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 




XOXO,
Ezna

 

18 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. wowww ada 4 isteri yer..rare jugak tu! kagum!

    ردحذف
  2. hebat dari segi semuanya kak.. tu yang mula2 dok fikir sepupu kak ezna muda lagi, sebab ada anak kecik2 lagi, dah baca habis baru faham...semoga keluarga besar mereka sentiasa dalam keadaan rukun dan damai..aamin

    semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..aamin

    ردحذف
    الردود
    1. Anak paling kecik SPM tahun ni. Selebihnya kalau nampak anak kecik2 mungkin anak madu / anak saudara Kak Nina.

      Terima kasih untuk doanya ya Linda. Ramai semuanya maknanya tanggungjawab pun besar.

      حذف
  3. Hebat Dr Hazim.. isteri isteri semua dalam bidang yang sama. Jadi masing masing saling memahami budaya kerja masing masing.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya bab memahami budaya kerja masing2 tu betul sebab Dr kan selalu on call. Kalau tak memahami susahlah nak hidup bersama tu. Kalau Dr pakar perbidanan dan sakit puan tu....orang nak bersalin bukan kira siang ke malam ke....jadi kalau ada patient yang nak bersalin tu kena dipanggil bertugas la.

      حذف
  4. Besar la keluarganya ada 4 isteri. Kerja bagus2 semuanya.

    ردحذف
  5. Masyallah.. semua isteri pun sama bidang. 3 doktor. 1 nurse.
    Comellah Emily... mata sama dengan Dania.

    ردحذف
  6. Al-Fatihah buat almarhumah sepupu sis Ezna. Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

    ردحذف
  7. Comel Emily..muka nak sama dengan muka Kakak Dania la...

    ردحذف
  8. Al-Fatihah buat arwah sepupu Ezna,wow..rare sungguh isteri 4...bukan senang tapi bila tanggungjawab dipenuhi insyaallah Allah permudahkan

    ردحذف
  9. Semoga diberi kesabaran untuk keluarga almarhumah yaaaa. Sedih bacanya ...

    Comeeeel sangaaat Emily 😍😍. Keliatannya ramah dan tak takut ketemu orang baru. Kdg ada anak kecil, yg tak nak digendong samasekali kecuali dengan keluarga yg dia kenal.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.