Petang ni dijadualkan Dania ada amali di ladang untuk menanam rumput Napier. Kata Dania tempat tanam ni sebelah highway je. Belakang tu highway la tu. Terposing pula kawan Dania yang asal China tu.
Masa ni 10 minit sebelum jam 7 malam. Ni tengah tunggu Dania habis kelas kat Fakulti Pertanian la ni. Sunyinya petang ni. Dah nak malam dah pun. Back to back kelas Dania. Lepas ladang kena pergi kelas di dewan kuliah pulak. Jam 5pm - 7pm ni kelas Bahasa Inggeris CEL. Kelas Bahasa Inggeris CEL & LPE ni selalunya diadakan jam 5pm - 6pm @ 5pm -7pm. Sebab paginya akan ada kelas wajib program, kelas bahasa atau kelas subjek universiti.
Selalunya kat tempat parking ni penuh la kereta tapi disebabkan dah petang, jadi kereta pun kurang.
Dania dah tiba dah. Pergi ladang nak tanam rumput boleh la pakai jersey merah ya. Kalau ke tempat amali haiwan jangan la pakai warna merah. Takut kena sondol dengan lembu. Hairan ya kenapa lembu tu sensitif dengan warna merah?. Dania bawak tote bag baru dari Lovely Lace yang saya baru beli tu harga RM3 berapa sen tak ingat. Dalam tu ada coverall dan boots. Ye lah kan saya citer sakit mata tengok Dania bawa dalam plastik berlubang. 😅 Dah dekat setahun guna plastik yang sama. Haihhh....Kasut sukan pula dari Decathlon. Dok puji kata selesa pakai. Berbaloi la harga < RM100. Ni bawa juga pewangi sebab berpeluh kat ladang terus gi kelas kat dewan kuliah. Dania kata ni kurang la busuknya berbanding amali dengan kambing/lembu 😆.
Kesian pula yang menunggu bas petang-petang ni sebab Fakulti time ni sangat la sunyi. Ada je bas MRT & UPM masuk sini....
XOXO,
Ezna




MashaAllah, cantiknya Dania .
ردحذفPetang2 nak pula hari Sabtu Ahad memang sunyi sambil menunggu bas.
Hadza min fadhli rabbi. Terima kasih :)
حذفSaya pun hairan kenapa orang kata lembu sensitif dengan warna merah.
ردحذفYa....lembu memang sensitif dengan warna merah jadi elakkan baju merah kalau nak dekat dengan lembu....takut kena kejar je nanti.
حذفTeringat dulu masa zaman budak pergi mengaji, kalau pakai baju kurung merah, kambing suka datang dekat nak tanduk. Seram...
ردحذفComel Dania.
Kelas sampai jam 7 pm nampak dah hampir gelap. Sekarang kan masuk waktu awal jadi keadaannya pun dah remang².
ردحذفWaaah memang sunyi yaaa. Syukurlah Dania selalu kakak hantar jemput ke kampus. Kadang risau kan melepas anak ini sendirian .apalagi jika sunyi tempat yg dilalui.
ردحذفJD teringin nak beli memang sepatu Decathlon itu. Kebetulan sepatu gym saya dah rusak pula kemarin tuh 🤣. Memang wajib beli baru
SA pun xde jawapan kenapa lembu suka warna merah...sunyi ye waktu weekend...
ردحذفlawa kasut tu dan nampak cozy!
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.