Malam birthday Dania pada 7 November 2025 tu kami ke SIC Timeout di Sepang International Circuit, Sepang. Kemain 7 November ni haaa siang malam keluar....
Event ni kena daftar kalau nak pergi. Jadi, hubby daftarkan nama untuk kami bertiga la. Event ni dari jam 7 malam - 12 tengah malam.
Credit : Google
Apa yang ada kat sini? Haaa boleh baca kat bawah tu....
Credit : Google
Masa nak parking agak jam juga nak masuk ke tempat parking ni. Lepas parking hubby betulkan basikal lipat ni. Bawa 2 basikal lipat.
Dania dan hubby sorong la basikal masuk ke sini. Dari parking nak ke circuit tu dalam 700 meter. Kalau calculate pergi balik 1.4km. Berpeluh juga bila tiba di track.
Kena beratur dulu untuk dapatkan tag tangan dengan bagi ic sebab dia nak check pendaftaran yang kita buat sebelum ni.
Lama gak kami tunggu kat sini. Sebelum tu saya ke tandas dulu....aduhhhh jauhnya berjalan heh.
Tak tiba lagi ke meja pendaftaran ni.
Ok dapat dah tag hijau ni.
Hubby dan Dania nanti akan berbasikal dalam track MotoGP ni la. Track ni sejauh 5.543 km ya.
Hubby nak berbasikal dah ni...
Dania pun nak gerak dulu dah....
Kemain anak ummi ya....dia berbasikal 5.543 km X 2 kali ya. Jadinya total 11.086km.
Saya masa ni brisk walk je.
Ada yang jogging, ada yang brisk walk, ada yang berbasikal, ada yang naik roller blade, ada yang tunggu orang dengan duduk kat kerusi healing. Ada juga yang bawa anak dengan tolak stroller, ada juga naik scooter. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing la.
Terang benderang SIC ni.
Emcee cakap pengunjung malam ni lebih 3000 orang.
Event malam ni ada join dengan Rakan Muda juga.
Tahukah anda yang 2026 merupakan Tahun Melawat Malaysia?.
Ada juga pertandingan Push Bike diantara 4 kumpulan iaitu Optimus Prime, Super Sonic, Bumblebee dan Green Hornet.
Kecik je derang ni. Naik basikal ni tolak dengan kaki je....tak ada tempat kayuh tu.
Sambil-sambil saya tengok kat petting zoo. Ada Meerkat.
Kambing pun ada. Dania paling excited tengok kambing. Hehe.
Pukul 12 tengah malam kami balik....kalau ada lagi nak join sebab track dia memang luas la. Hubby dah pernah join event ni sekali. Jadi masuk ni dah 2 kali lah. Saya dan Dania je baru first time join.
XOXO,
Ezna







Bestnya event ni. Kalau hubby tau mesti sanggup drive ke Sepang.
ردحذفBest juga Mulan sebab nak riadah kat sini luas kawasannya.
حذفKalau dekat boleh juga kitorg join sekaki hehe ... Best kan dapat join event gini. Happening dan bersemangat kita pun nak turut serta beraktiviti
ردحذفYa PH....kita bersemangat bila tengok orang sebelah kita tu bersemangat beraktiviti. Masing2 dengan aktiviti masing2.
حذفbagusnya aktiviti sihat gini! terbaekkk
ردحذفYa Suzz....macam-macam aktiviti yang derang buat kat sini.
حذفmenariknya Ezna, seronok juga dapat berbasikal dalam track Sepang gituew .
ردحذفTracknya luas jadi best juga.
حذفBestnya event macam ni.
ردحذفYa Cie....kawasan beraktiviti dia luas.
حذفBest sangat even ni.. bawa budak budak mesti enjoy sgt...
ردحذفYa ramai family juga bawa anak2.
حذفBestnya, aktiviti very interesting. Ramai ya berbasikal..seronok tu..
ردحذفYa banyak aktiviti. Berbasikal, briskwalking, jogging, roller blade, naik scooter....
حذفMenarik...ada petting zoo kalau bawak anak buah best gak ni
ردحذفYa petting zoo untuk anak2 kecik2 memang mereka enjoy.
حذفAda juga manfaatnya SIC Sepang ni bila tiada pertandingan. Orang ramai boleh masuk freely dan join aktiviti.
ردحذفYa kalau tak sepi je SIC ni.
حذفBestnya aktiviti ni. Boleh main basikal, boleh lari.. masuk berbayar tak?
ردحذفFree ajer Mazni.
حذفMeriah jugak ye Kak Ezna..ramaiii...
ردحذفYa lebih 3000 orang daftar....
حذفWaaaah lumayan juga track nya 5k something 😍😍😍😍😍. Bisa olahraga sekalian.
ردحذفBicara ttg penulisan angka di Malaysia, saya ada pengalaman miscommunication pula 🤣. Dengan lecturer ketika di Penang. Exam accounting saat itu. Saya dah lupa soalnya, tapi jawabannya anggab saja, RM5.345.
Saya jawab benar, tapi penulisan saya RM5,345. Beda comma saja. Tapi ternyata beda makna 🤣🤣🤣
Sebab di Indonesia pakai comma, bukan titik(point) untuk menyatakan desimal.
Saya protes dengan lecturer, tetap dia salahkan jawaban saya, sebab yg saya tulis makna dalam Malaysia is 5 thousand, NOT five point three four five 😅
Sejak itu saya belajar utk differentiate ketika menuliskan angka di Indonesia dan di Malaysia 🤣. Jangan salah makna lagi
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.