Bila sesekali hubby dapat beli kerang bersaiz besar. Alhamdulilah. Puas makan sebesar ni. Jadi saya sediakan la sos thai. Sebelum tu rebus kerang dengan serai yang dititik. Jangan rebus lama2 kerang ya sebab takut dia kecut je nanti.
Bahan untuk sos thai :
Sos ikan, sos tiram, perahan limau nipis, gula, garam, (cili api, cili merah dan bawang putih ditumbuk) dan daun ketumbar. Gaulkan semua sehingga sebati.
Garam tu masuk sikit je jangan banyak sebab sos ikan pun ada rasa masin juga.
Kalau makan kerang style gini part paling best meratah dia.....😋
Sebahagian diletak dalam mangkuk kalau nak mencicah. Selebihnya dicampur dalam kerang. Nampak macam akar tu adalah akar ketumbar.
Makan dengan sambal tumis ikan bilis petai. Petai ni pun lama juga tak masaknya.
Dania pulak petainya tak ada cuma sambal tumis ikan bilis je.
XOXO,
Ezna



Sedapnyaaa...lama x makan kerang..nak cari la nanti masak macam ni...
ردحذفSilalah SA.....
حذفBesar betul kerangnya tu. Sedap ratah je.
ردحذفMeratah tu memang sedap sangat la. Tak perlu makan dengan nasi....
حذفdpt kerang yg size besar mmg syok meratah tu...lama tk mkn
ردحذفSebelum ni makan kerang saiz dia kecik sangat. Tak puas makan Amy.
حذفSedapnya kerang.. sy dh lama x mkn kerang, sbb budak2 x brp suka.. lgpun kerang kt sini mcm x brp fresh
ردحذفOh ye ke? Kerang ni kalau dapat yang fresh memang sedap.
حذفsedapnya kerang! in my family, cuma zharfan tak mkn kerang
ردحذفDania peminat kerang jugak...kalau dengan I boleh berlawan-lawan makan. Oh Zharfan tak suka....
حذفteringat zaman kanak-kanak.. bila mak beli kerang, sayalah ditugaskan mencari daun senduduk untuk cuci kulit kerang tu sebelum direbus.. la ni pokok senduduk pun dah pupus.
ردحذفKenangan tu kan....
حذفPuas hati dapat yang besar-besar macam ni. Makan kerang ni memang sedap meratah je. Makan dengan nasi jadi lambat siap makan. sedapnya sambal tumis ikan bilis campur petai. Petai mentah saya tak makan, kalau masak sambal baru makan.
ردحذفBestlah dapat yang besar².. puas makan. Ritu jumpa kat pasar cenonet je.
ردحذفAlhamdulillah kena dengan selera
ردحذفUwaaaah sedaaap sangaaat inn kak. Memang ratah saja makan dengan sambal kan. Habis banyaak lah 😄😄
ردحذفSaya peminat Kerang Rebus/Bakar tau Kak Ezna..sedapnyaaaa
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.