Isnin, November 10

Sambut birthday November Babies

Hari Jumaat, 7 November 2025....Dania keluar dengan kawannya bernama Wan Nadiatul Khairiah. Dania panggil Khai. Saya panggil Khairiah sebab itu nama mama saya. Lama tak panggil nama mama ni 😭. Ikutkan mereka nak pergi sambut birthday month kat Aquaria. Dulu Aquaria bagi tiket free untuk masuk jika birthday month. Sekarang katanya dah tak ada sebab tak mampu nak bagi masuk free pulak. Tukar la lokasi ke IOI City Mall je. Lagi la saya suka sebab dekat sikit. 😅


Dania dah siap-siap bawa kek comey nak celebrate birthday November babies. Oh ya....Khairiah juga anak kawan saya. Ibu Khairiah sama sekolah menengah F.1 - F.3 dengan saya dekat sekolah agama. Baru tahu juga yang ayah Khairiah ni senior saya kat sekolah menengah. Baru tahu je. Ohhh Asma kahwin dengan senior. Khai la cerita dengan Dania. 

Khai ambil Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman Dengan Kepujian kat UPM ni. Bahasa Jerman ni diantara bahasa yang susah untuk dipelajari sebenarnya. Respect juga la Khai mencabar dirinya....kata kuncinya di sini kena rajin berusaha. 


 Mereka berdua pencinta kucing jadi mereka ke Cat Cafe nama Puchi Marry kat IOI City Mall ni. 


Saya ambik gambar dari luar je la ya. Sebelah tangan Dania tu treats. Nak masuk cafe ni kena bayar RM30 untuk sesi 30 minit tapi hari tu kena bayar cuma RM15 dan treats tu harga RM9. Jadi total Dania bayar RM24. 


Alaaa sayang kenapa jelir lidah ni?. 


Nampak Dania dan Khai tengah enjoy dalam tu. 


Seronok buat pencinta kucing. Ada juga minuman dan makanan kalau nak makan dalam ni. 


Dania kata kalau nak minum air free flow dan banyak jenis air dalam ni. Nak makan kena bayar ya. 


Bye Bye Ummi....Hehe


Ni masa Dania dan Khai makan kat food court. Lepas tu makan sekali la birthday cake tu. 


Ni lah rupa birthday cake Rainbow tu. Kecik je kek dia. Khai kata tak manis sangat. 


Tak dilupakan hadiah buat Khai dan kawan saya Asma (ibu Khai). Kek pisang 2 bekas. 
Dari Typo, buku nota meow (memang sesuai la bagi pencinta meow ni kan...), highlighter dan pen 3 warna pula hadiah Hari Jadi Khai pada 12 November nanti. Advance birthday present. 


Moga keduanya menjadi anak yang solehah buat kedua ibu ayahnya....ditunaikan impian, dapat jodoh yang baik-baik, cemerlang di dunia dan akhirat....💜💜💜




XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. syok tu utk pencinta kucing dkt cat cafe tu...happy birthday utk november babies

    BalasPadam
  2. Seronok Dania dapat spend time dengan kawan. Sementara masih remaja ni boleh la enjoy dengan kawan.

    BalasPadam
  3. Happyyy Birthday to them..Semoga menjadi anak yang berjaya Dan membahagiakan Kedua ibu bapa. InshaAllah! Bagusnya pencinta kucing..Kalau saya, lari dulu.. Haha..

    Cute cake untuk orang yang cute cute.. Rupanya parents pun saling mengenali ek..

    BalasPadam
  4. aamiin for the doa! moga yg baik2 ajer utk anak2 kesayangan kita

    BalasPadam
  5. Happy Birthday sweeties..!! Moga cemerlang dunia akhirat.

    BalasPadam
  6. happy birthday to them... bersahabat baik2 ya...
    betul tu, bahasa Jerman susah ya...

    BalasPadam
  7. Enjoy ..Berikan kasih sayang , pasti ramai yang sayang kat Ezna..ibu terbaik memahami anak remaja..

    BalasPadam
  8. Kalau dah sayang kat kucing.. masuk tempat camni pun boleh jadi seronok ya.

    BalasPadam
  9. Kecik je dunia. Anak kepada kawan sekolah berkawan dgn dania. Bagusnya dua2 pencinta kucing!

    Yg aquaria tu, tak sampai 2 bulan kot terus dia tutup entry masuk free tu hahaha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...