Selasa, November 4

Salahkan burung 😅

Kat depan Beryl's ni ada jualan gorengan. Saya beli keropok lekor nipis. 


Bila pergi kat kereta....Tudia.....banyaknya tinja burung. Atas kereta, tepi cermin.....


Huh melimpah tinja burung kat cermin belakang kereta. 


Tak tahan tengok kereta yang penuh tinja burung, terus teringat ada tempat basuh kereta masa saya otw ke Beryl's. 


Dania terpaksa tunggu kejap la ya. Ummi nak basuh kereta kejap. 


Snow wash katanya. Biar mandi kereta saya ni haa....


Basuh kereta 5 kali, dapat 1 kali free basuh kereta untuk luar dan dalam. Maknanya free tu siap vakum sekali. 


Hmmm dah cantik dan berkilat dah dia.....


Berdekatan dengan Beryl's tu ada tempat parking kereta tu janganlah parking di bawah tiang lampu. Parking jauh sikit dari tiang lampu sebab burung-burung buat perjumpaan atas tiang lampu tu. 

Ambik Dania kat food court tu lewat 15 minit la lebih kurang. Kawan dia sanggup tunggu sampai ummi datang. Kawan dia kata tak rushing ke mana. 




XOXO,
Ezna


23 ulasan:

  1. Memang tak suka kena tinja burung ni. Gorengan tu semua sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pulak tu jadi kita basuh kereta....sakit mata tengoknya.

      Padam
  2. Wow..Byk spot dia bg dkt kereta sis..Nasib tmpt cuci kereta dkt je =)

    BalasPadam
  3. Oooo..kisahnyaaaa...nak buat cane erk, kena la salahkan burung..hahahaha...sekarang susah nak dapat pisang goreng sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksa la burung tu disalahkan. Lain kali jangan parking bawah tiang lampu nak elakkan kena tinja mereka. Huhuhu.....

      Padam
  4. tak suka tahi burung kena kereta terasa kemalasan meningkat naik.
    comelnya kereta kakEzna~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinja burung ni kalau banyak sangat segan pulak nak bawa kereta jadi siap2 mandikan dia. Hehe.....

      Terima kasih :)

      Padam
  5. Mana tahu burung tu bertenggek dekat situ...si merah dapat mandi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya warna dia Habanero Orange tapi sesekali nampak macam warna merah pulak. Burung tu bertenggek atas tiang lampu...memang kawasan tu kalau tengok tiang lampu tu ramai gang burung ni.

      Padam
  6. Iye betul dekat depan Beryl's tu port diorg membuang :p
    Bila bersih makin terserlah kecantikan kereta 😍

    BalasPadam
  7. Alamak, pernah kena juga begini..lepas kena tak lagi lah nak parking bawah tiang leterik..ada ja burung nak bermalam, terutama masa petang, burung layang - layang ..burung ni suka hingap atas wayar letrik

    BalasPadam
  8. kalau kat tempat saya kawasan bandar waktu petang dan malam jangan parking bawah pokok.. siap ada signboard lagi larang parking..

    BalasPadam
  9. Terus uncle gugel maksud tinja... (baru tahu)

    BalasPadam
  10. Selalu juga terkena begini bila parkir kereta bawah pokok. Aduh

    BalasPadam
  11. i pun geram kalau tgk tahi burung kena kat keta..raas geli ewww gitu! cute la keta u ezz ;) nice kaler sgt!!!

    BalasPadam
  12. Selain tiang lampu, burung suka duduk dalam rimbunan pokok. Kalau letak kereta di bawahnya, memang bertimbunlah tinjanya.

    BalasPadam
  13. tengok kereta kak ezna, terus teringat bumblebee... comel nya...
    sabar jelah kan, kalau kat lotus Rawang nie, kena hati2 juga..burung2 berumah dekat tempat parking kereta.. sabar je lah

    BalasPadam
  14. Nasib baik ada car wash dekat2 situ ye sis. Btw lawa la warna VW Beetle sis Ezna 😉 Merecik!

    BalasPadam
  15. Hahahahahah nakaaaal burung2 nya yaaaa. Saya pun paling benci dengan kotoran burung ini. Teringat dulu papa pelihara merpati. Banyaaak. Dan dilepas semua. Jadi kebun belakang penuh lah kotoran. Untung akhirnya papa menyerah juga. Setelah dipaksa mama dan saya utk potong itu semua burung, supaya kebun belakang bersih 🤣🤣. Akhirnya disembelih semua, lalu goreng . Sedap dagingnya

    BalasPadam
  16. Sampai meleleh leleh taik burung tu. Nasib baikla jumpa carwash kat area berdekatan

    BalasPadam
  17. Alamakkk terkena ye Kak Ezna...
    Kitoarang pernah jugak sekali, nak menapau jugaklah, tau-tau penuhhh satu kereta..memang terus basuh jugaklah jawabnya..kalau tak bertanda kereta..

    BalasPadam
  18. makaihh... berpesta pulak burung tu. Kat sesetengah tiang dan wayar letrik memang burung suka berbaris.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...