Panda gergasi tiba dari Republik Rakyat China

Panda 🐼 sebelum ni dah dihantar pulang ke Republik Rakyat China. Kini, ada dua ekor panda 🐼 bernama Chen Xing (panda jantan) dan Xiao Yue (panda betina) tiba di Malaysia. Ia sebagai simbol integriti dan persahabatan. Kalau tengok Tik Tok dah sampai kat Zoo Negara dah. Sekarang ni dalam proses kuarantin selama sebulan sebelum dipamerkan di Zoo Negara. 

Credit : Facebook 

Kat bawah ni bukan Panda yang baru tiba tapi panda yang sebelum ini iaitu Xing Xing & Liang Liang. Mereka ni dah selamat dah berada di negara asal mereka. Keduanya menjadi ibu dan bapa kepada 3 anak panda bernama Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi. Gambar saya ambil pada tahun 2023 di Zoo Negara.

Tengok la panda 🐼 ni relax je dia. Badan gebu ya amat ya. Kalau peluk mesti best. 


Alalala.....menggeliat pulak. Selalu nampak kat Tik Tok panda main-main gelongsor ni dengan zoo keeper. Nak kena exercise juga agaknya. 


Jadi, tarikan terbaharu di Zoo Negara pastilah panda 🐼 ni tapi kena tunggu lagi 1 bulan la sebelum mereka menonjolkan diri. Sekarang ni masih kuarantin lagi. Mungkin nak biasakan mereka dengan persekitaran. 

Kawan sekelas Dania berasal dari Chengdu, China jadi lecturer pun cakap tempat Panda tu (cakap in English la). Kat situ pun ada Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding. Dulu masa Dania kat program Agribusiness pula ada pelajar dari Wuhan, China lepas tu lecturer nak bagi info pun minta maaf dulu sebab katanya Covid19 bermula di Wuhan. Ini fakta kan tapi lecturer tak nak bagi pelajar tu terasa tapi beliau minta maaf dulu. Nak menjaga hati kan....

Siapa rasa nak tengok panda 🐼  di Zoo Negara?. 




XOXO,
Ezna


 

24 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Bagus la dah ada panda baru. Panda salah satu tarikan utama di Zoo Negara selain dari simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

    ردحذف
  2. yeay boleh la pergi,yang haritu tak sempat tengok,tau2 dah balik China...

    ردحذف
    الردود
    1. Ya...yang sebelum ni dah balik China sekali dengan anak2 mereka.

      حذف
  3. ramai la nnt berkunjung ke zoo negara. suka kanak2.

    ردحذف
  4. Kerajaan China bijak mengawal haiwan semulajadi mereka.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya....tapi ada panda yang dihantar ke luar negara....tak cukup makan. nampak tak sihat...tapi kat Malaysia....panda dijaga dengan baik.

      حذف
  5. tiba2 i rasa confused antara panda dan koala hahhah teringat psl koala masa gi sydney laaa

    ردحذف
    الردود
    1. Koala ni kat Australia ada....kalau panda ni sejenis beruang warna hitam putih. Kalau nak ingat kartun Kung Fu Panda tu.

      حذف
  6. Pandai Pihak Pengurusan Zoo Negara, lepas ni boleh tarik lagi kunjungan pelancong dalam dan luar negara..SA nk bawak suami pi sini sebab suami kata dia x pernah pi Zoo Negara....muahahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kita pun enjoy dalam tu SA. Kalau nak tengok Panda kena tunggu sebulan lagi.

      حذف
  7. Cantiiiiik nya panda2 ini. Jadi panda yg lama, punya anak di Malaysia, anaknya juga dikembalikan ke China ya kak? Memang sukaaa saga lihat kelakuan lucu panda2 iniii. Gemaaaas lah 😍😍😍😄

    ردحذف
    الردود
    1. Ya Panda yang lama ada anak2 semasa di Malaysia. Sudah dikembalikan. Tak silap hanya 11 tahun di Malaysia. Mereka balik bulan Mei 2025. Anak2 mereka rasanya balik dulu. Patut 10 tahun di Malaysia tapi sebab Covid, tak boleh balik awal.

      حذف
  8. Aah dengar juga dekat news... Katanya > sebulan quarantine baru boleh tengok pandas ni

    ردحذف
    الردود
    1. Memang comel PH tapi masa tengok Panda tahun 2023 tu macam dia bermalas-malasan. Hehe

      حذف
  9. dari yang pertama datang ke Malaysia hari tu belum lagi kak ana masuk dan jumpa si panda comel gebu bolat ni Ezna.. :)

    ردحذف
  10. Peluk memang best... tapi tak tau la bau dia macam mana....

    ردحذف
  11. Pandanya tampak menarik dan lucu ya. Menyenangkan.

    ردحذف
  12. comei je..ada terbaca jugak baru2 ni

    ردحذف
  13. dekat10 tahun kot tak ke zoo negara, dulu nak tengok panda ..masa tu tiket dalam rm30 kalau tak silap masuk zoo.

    ردحذف
  14. Yeay dah ada panda baru. Dapatlah orang Malaysia tengok panda lagi. Belum berkesempatan lagi nak tengok panda kat Zoo Negara.

    ردحذف
  15. Haritu elok balik dari pergi Zoo Negara sekali baca Panda baru dah nak sampai...
    Tapi takpe...nanti nak repeat lagi....in sha Allah..

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.