Khamis, November 27

Hadiah seutas jam tangan

Ada kawan Dania kata nak bagi Dania hadiah belated birthday tapi tak jumpa-jumpa lagi Dania dengan kawannya. Course pun lain jadi masa tu tak sama la. Sebenarnya ex classmate dulu masa Dania program Perniagaantani (Agribusiness). Dia ingat birthday Dania sebab senang nak ingat 7-11. Dah dia kata  nak bagi, saya pun kena siap-siaplah hadiah untuk dibalas. Saya memang suka ke Typo sebab banyak barang yang sesuai dengan umur baya mereka ni. 😀

Ada promo menarik. Beli 2 mug / socks boleh dapat 1 free samada mug / socks. Saya belikan 2 socks untuk Dania dan dapatlah 1 mug free. Saya add on la tote bag 1. Mug tu tulis 'Everybody Wants To Be A Cat'. 


Close up socks. Dania suka je socks comel-comel macam ni. Saya beli yang bawahnya takde corak sangat. Kalau atas tu selalunya tak nampak sebab pakai seluar panjang. 


Saya seronok cari hadiah ni....😁

Ni hadiah daripada Juna untuk Dania tu. Nama Najwa tapi panggil Juna. 


Dan dalamnya ialah....wahhhh seutas jam tangan. 


Close up sikit jam nya. Kecik je. sesuai la dengan tangan Dania. 


Terima kasih Juna...Moga murah rezeki ya...Juna juga pernah bagi Dania segenggam serai. Tudiaaaa memang banyak. Saya dengan senang hati masuklah dalam masakan saya. 

 



XOXO,
Ezna

25 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    Rejeki dania dapat hadiah jam tangan

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...rezeki Dania..
    eh, baru sempat BW blog kak ezna dekat website..nampak header baru... comel je

    BalasPadam
  3. Rezeki ya kak, alhamdulillah. Maaf banget udah lama saya gak bw ke sini.

    BalasPadam
  4. Wahhh..Alhamdulillah rezeki both of them..Sy pun suka part cari hadiah ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Part cari hadiah tu memang suka la sangat2. Tersama pulak kita ya Niza....

      Padam
  5. ada lagi ke promo free mug tu?
    berkenan pula sy hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang kat website dan store dia tak sama promo dia. Bila check website dia mug semua harga RM15. Boleh ke https://cottonon.com/MY/typo/sale/

      Padam
  6. Alhamdulillah..Dapat hadiah birthday comel. Mesti pemberi pun seronok dibalas dengan hadiah juga.

    BalasPadam
  7. Cantik jam. Socks pun comel je.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah rezeki Dania.. Cantik jam tu.
    Kalau bab membeli hadiah ni memang best sangat lah. Excited nak memberi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya excited nak memilih kemudian bila beri orang tu senyum....bahagia je rasa.

      Padam
  9. Comel mug tu... nak jadi kucing agar boleh dibelai² 🤗
    Dapat jam boleh lah bertukar² pakai.

    BalasPadam
  10. Umminya pun pemurah, melimpah berkat ke Dania juga. Cantik jam tu. Mug & stoking tu mmg sesuai utk anak² gadis pelajar ni, function kata orang sekarang

    BalasPadam
  11. Mesti banyak koleksi stokin Dania.
    Alhamdulillah seronok rasa dapat hadiah.

    BalasPadam
  12. bagus tu bertukar2 hadiah. Friendship forever, ok?

    BalasPadam
  13. waa ezz lawanya header baru u!! i like!! cutenya jam tgn tu, memang sesuai utk dania!

    BalasPadam
  14. Jam tangan cantik...yang Kak Ezna balas pun comel-comel....

    BalasPadam
  15. Cantik jam tangan hadiah dari kawan Dania ni.

    BalasPadam
  16. Tahniah ramai yang beri hadiah..

    BalasPadam
  17. Waaah dari vincci yaaa 👍. Sweet sangat modelnya. Bisa dipakai utk acara formal dan informal ❤️

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.