Jumaat, November 28

Ampera Raya | Restoran Masakan Padang

Hubby ajak makan nasi padang. Tak jauh dari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ni ada Restoran Masakan Padang Ampera Raya. Ni kes tengok youtube Warung Hunter ke Padu Beb ke ni tak pun Destinasi TV. 


Kami pergi ni dalam jam 6 petang camtu. 
'Lamak Bana makan disiko'
Lamak bana : Enak sekali, Makan disiko : Makan di sini.
Bila ada sebutan 'disiko' ni teringat arwah papa saya ada bercakap perkataan dan bahasa ni dengan arwah atuk saya. Mereka keturunan orang Talu di Indonesia yang menggunakan bahasa minangkabau. Tapi tu lah tak pernah pula papa bawa kami ke Indonesia bertemu sanak saudara di sana. Jadi saya ni ada mix belah Indonesia jugak....Ohhh...ada banyak mix....😁. Cuba tengok susur galur kita....bukannya pure orang Malaysia ya...entah2 Arab ke, Portugis ke, yang datang berdagang kat Tanah Melayu dulu....Opah saya belah mama saya pula berketurunan Cina....jadi ya darah cina pun saya ada jugak. Tu yang banyak mix tu....


Dania nak makan apa tu? Teringat dulu masa Dania kecik2. Kami melancong ke BukitTinggi, Indonesia. Boleh katakan setiap kali makan je Dania nak makan ayam pop. Hehe


Nak kata lauk banyak sangat tak juga. 


Ni lauk yang kami pilih. 
Ada ayam pop berkuah, daging dendeng, gulai tunjang (urat) dan sambal ijo. Kalau kat BukitTinggi punya banyak terhidang atas meja. Mana yang kita cuit je bayar jadi kalau tak nak makan jangan cuba-cuba cuit ya.....rasa sikit2 pun tak boleh.  

Ayam pop masa makan kat BukitTinggi tu macam tak ada kuah je. Kat sini berkuah pulak. 


Baru sibuk nak bergambar. Makanan pun nak habis dah. 


Anakanda lepas makan. Kemain senyum meleret entah sebab apa. Ada ummi usik something rasanya. 

Makanannya ok la tapi rasanya portion dia macam sedikit je. Apa pun rasanya sedap jugak la cumanya macam tak banyak pilihan. Mungkin kami pergi petang so kurang la lauk-pauknya. 

Ampera Raya 

No. 2, 2-G, Jalan Putra 2
Taman Putra Kajang
43000 Kajang, Selangor

Tak silap Ampera Raya ni pun ada cawangan di Shah Alam dan Kuala Lumpur. 




XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. Pernah masuk rest nasi padang, lepas tu keluar balik takut tak kena selera.

    BalasPadam
  2. dkt area opis pn ada juga nmpk aritu tp tk sempat lg nk try

    BalasPadam
  3. Biasanya restoran masakan Padang memang penuh lauk pauknya sampai keliru nak makan mana satu. Tapi mungkin di Malaysia jadi tak sama caranya, tambahan pulak datang dah petang.

    BalasPadam
  4. cantik interior restoran ni, kemas dan teratur je.. nak makan pun rasa selesa. hari lain kena datang awal, baru sedap memilih lauk hihi

    BalasPadam
  5. Sedapnya gulai tunjang! Dah lama tak makan nasi padang.

    BalasPadam
  6. bila dgr perkataan 'nasi padang' tu, i teringat arwah my elder brother sbb dia minat mkn nasi padang...i time balik kelate, ada jugak singgah restoran yg jual nasi padang ni..

    BalasPadam
  7. Biasa masakan padang gulai tunjangnya sedap. Seingat akak kalau ayam pop tu macam kering.
    Bahaya tengok YT geng² makan tu😆

    BalasPadam
  8. Ayam pop itu memang banyak versi kak. Di Sumatra Barat sendiri ada Macam2. Ada yg tak berkuah, ada yg berkuah, ada juga yg kuahnya pekat sangat, jadi macam krim. Saya suka semuanya. Yg penting sebenarnya sambal dia. Itu penentu 😄😄. Sambal tak sedap, memang failed lah.

    Oh ic kakak ada darah Minang juga... Pantas lah dulu sering ke Indonesia yaa .. sebenarnya tak heran jika Indonesia dan Malaysia ini punya banyak kesamaan budaya dan makanan. Sebab memang banyak orang merantau, dan menetap. Itulah yg dia bawa budaya asli dia ke tempat yg baru.

    BalasPadam
  9. Betul lah tu Kak Ezna, saya pun ada darah Jawa dari side Arwah Abah saya (mix melayu n jawa)...tapi pelik sikit, jawa tapi Arwah Embah Lanang (lelaki) rupa macam arab-arab pakistan pulak..Mak saya pulak pure Perak takde mix apa-apa..
    Zaman dulu kan zaman merantau, lebih kurang mesti ada jugak mix sikit kan...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.