Ikutkan saya memang la masak tiap hari selalunya pun....tapi selalunya lauknya saya masak 2 jenis je. Kali ni saya buat masak lemak cili api udang. Kuahnya tidaklah pekat sangat. Kami suka makan yang tahap kuahnya sederhana. Tidak pekat dan tidak terlalu cair. Tahap kepedasan takdelah pedas sangat. Pedas yang tak menyengat.....haaa gitewww....dulu...saya tak suka makan masak lemak ni tapi entah macam mana dah jatuh cinta dengan masakan ni pula. Hehe.....
Kebetulan ada sekuntum bunga kantan di halaman jadi saya buat ikan bilis dan kentang dengan bunga kantan. Sedaplah sebab wangi bau bunga kantan tu. Ditambah pula dengan cili api, cili merah, bawang putih dan bawang merah ditumbuk dan ditumis.
Inilah lauknya.....Alhamdulilah....Paling best sebab habis licin....happy la tukang masak ni ya...
XOXO,
Ezna


kalau masak, habis licin.. memang lega lah...kalau tak mening nak dibuat apa lagi
ردحذفYa Linda....tu yang tukang masak lega...idak tukang masak pening la.
حذفmakan dengan nasi panas panas memang sedap. naniey kalau beli bunga kantan lepas tu tak tahu nak buat apa naniey buat sambal kantan je.
ردحذفItulah....sambal kantan pun sedap....suka bau dia wangi sangat.
حذفBahagia bila makanan yang dimasak licin semunya.
ردحذفKalau buat nasi goreng bubuh daun kantan pun sedap juga.
Haaa nasi goreng bunga kantan yang belum cuba masak lagi....
حذفnampak sedap ajer tu! homecooked meal is the best sbb dimasak dgn penuh kasih sayang!
ردحذفsedap tu menu masak lemak..kt umh aritu menu masak lemak ayam
ردحذفMemang seronok bila kita masak, orang makan sampai licin. Bersemangat nak masak lagi :)
ردحذفLicin tu macam penghargaan lah kan?
ردحذفIkan bilis kantan tu paling sedap makan dengan nasi panas2 tak payah lauk lain dah.
ردحذفLauk simple macam ni pun dah sedap dah. Tak payah penuh satu meja dengan aneka lauk pauk.
ردحذفSA balik kampung hari tu memang ambil bunga kantan banyak2...best masak asam pedas ke masak tempoyak ke..paling best hiris halus2 dan masukkan dalam nasi goreng...sedap giler
ردحذفBunga kantan itu memang sedaaaaap lah kak. Mungkin Krn aromatik yaa, wangiiiii dan rasanya pun khas. JD saat dicampur dengan aneka makanan, makin sedap yg ada 😍😍
ردحذفsuka bunga kantan...aroma & rasa dia..best
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.