Rabu, November 12

Lunch Birthday Girl 🍰

Birthday Girl ajak makan kat Mokky's with flaaah di IOI City Mall. Baru buka kat IOI City Mall ni. Kami pergi ni weekend la sebab birthday Dania hari jumaat. Mokky ni diasaskan oleh Muhammad Shahmi Shaharudin (Mokky), Umar Abdul Aziz, Zarif dan Aswa. Shahmi ni terinspirasi nak memulakan perniagaan pizza ni ketika mengunjungi New York, USA. Beliau menggemari pizza di New York. 


Kami duduk ni kat luar tapi masih kawasan berbumbung. 


Lagi gambar.....Birthday Girl pakai tudung baru Naelofar X Hello Kitty. 


Kami order jam 1.54 petang. Air ni free je. Selalu kena bayar kan?. Air kosong dalam botol gelap tu. Kalau nak air sejuk didatangkan dengan gelas yang ada ais. 


Mana lah order kami ni tak sampai ni?. 


Nasib baik la order Buff wings ni. Tiba 2.31 petang camtu. Boleh la lapik perut dulu ya. Sedap juga salutan ayam ni. 


Makan dengan sos Sabacco dari Kunak. Pedas sos dia....tapi unik betul rasanya ada masam-masam sikit. First try saya sos dia macam pedas menyengat tau. Lepas tu dah ok dah dengan tahap kepedasan ni. 


Seleksi menunya.....


Menu makanan di Mokky's. 


Jam 2.36 barulah tiba pizza yang dinanti-nantikan ni. Kami order Fake Margheritta. Crust dia crunchy. Rasa dia sedap lagi Pizza Margheritta di Two Sons. Kalau pizza ni memang teringat pizza yang kami makan di Air Restaurant kat Zurich Airport tu. Sedap sangat. 


Makan dengan chilli flakes pizza ni jadi rasa pedas sikit. 


Kalau nak makan pizza kat sini, order la makanan lain dulu sebab pizza dia lambat sampai. Overall ok lah....boleh repeat lagi. Birthday Girl puas hati.....ummi dan ayah pun happy 😉




XOXO,
Ezna











 

8 ulasan:

  1. byk dh cawangan mokky pizza skarang..kita pernah mkn kt outlet subang parade

    BalasPadam
  2. yg penting, bday girl happy!! semua nampak sedap tu food nya :)

    BalasPadam
  3. Nampak sedap la... Tempat pun nampak selesa. Tunggu lama sikit takpe, janji bday girl happy :)

    BalasPadam
  4. Blm pernah jejak kan kaki lagi ke Mokky pizza ni.. kalau terjumpa boleh terjah juga..

    BalasPadam
  5. Happy birtday for you girl..semoga sentiasa bahagia bersama mak ayah..
    wah! nampak produk dari Kunak Sabah..saya sendiri belum pernah jumpa produk ni..hehehe..terbaik..

    BalasPadam
  6. Seremban belum ada Mokky lagi...best la tengok ayam tu..sos tu dh sekali pandang macam Nandos nyee sauce

    BalasPadam
  7. Sos Sabacco tu ada jual kat Sugar Bun. Masa awal-awal Sugar Bun buka di area kami, setiap kali pembelian menu mereka bagi free sos Sabacco. Kiranya promo lah masa tu.

    BalasPadam
  8. Haritu saya makan perisa buttermilk dgn pepperoni. Saya lebih suka pizza sos merah, buttermilk tu mcm muak sikit.

    Bilalah nk repeat lagi makan pizza flavor lain pulaa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.