Rabu, November 12

Breakfast dan terus main paddle boat

Hubby ajak breakfast di Putrajaya Lake Recreation Center pada 2 November (Ahad) di Pusat Rekreasi Air di Putrajaya ni. 


Ni kafenya. Masa makan ni nampak la paddle boat, kayak etc ni. 
Hubby makan nasi lemak. Disebabkan nasi lemak hubby tiba dulu lalu offer la saya dan Dania rasa nasi lemaknya. 


Hubby tersalah order Sarang Burung untuk Dania. Dania nak roti planta. Dania makan sikit kemudian hubby yang habiskan. 


Saya pula roti tampal dan Dania scoop kan telur sarang burung tu untuk saya. 


Roti planta Dania ni ni macam gelap je. Hehe. Overcooked. 


Lepas tu teringin saya nak main paddle boat. Kami pilih naik paddle boat 30 minit dengan harga RM30/weekend. Kalau weekdays murah sikit. Harga RM30 untuk satu boat ya dan bukan dikira untuk setiap individu. 


Dah dapat dah 1 paddle boat yang boleh naik 4 dewasa. 


Saya jadi mam besar sebab cakap dengan Dania ummi nak kayuh....Dania kata dia nak kayuh. Banyak kali ya saya cakap nak kayuh. Ok....kayuh la....biar ummi jadi mam besar je dan tunjuk nak pergi mana je. Haha. 

Nak ambik gambar atas paddle boat ni kena berhati-hati ya takut terjatuh phone dalam air. Seriau je saya....


Ada beberapa juga paddle boat dan kayak yang disewa. Ada tempat-tempat yang dilarang untuk pergi juga jadi dengar penerangan staff sini ya. Bawah jambatan tu diantara tempat yang dilarang pergi selain kawasan berdekatan empangan dan kawasan memancing. 

Belakang ni boleh nampak beberapa pulau kecik. Saya kira ada 5 pulau kecik kat sini. 


Belakang saya ni pulau kecik. Tak boleh naik di atasnya juga. Kayuh di sekitarnya sahaja dibenarkan. Setiap pulau ada namanya. 


Boleh nampak dasar juga tepi pulau kecik ni. Bila tiba pulau ni kami berhenti rehat kejap. Lagi satu pulau ni pun banyak pokok-pokok jadi teduh la. 


Deretan paddle boat yang sedang menunggu penyewanya. Masa selesai naik paddle boat ni langit mendung dah. Nasib baik kami awal sikit je. 

Lencun hubby kayuh paddle boat ni tapi takpelah sebab bakar la kalori yang makan terlebih tadi. Saya?? errr peluh manja-manja je. 😜. Kayuh kejap je.....orang lain yang kayuh lebih. Dania bagi ummi merasa kayuh kejap je. 


Dalam perjalanan balik, hujan pun turun.....

Kat sini bukan hanya paddle boat tetapi juga boleh berkayak, memancing, sewa basikal, berpiknik. Boleh repeat lagi la kat sini. Kalau piknik tu mesti best dengan suasana tenang macam ni. 




XOXO,
Ezna


 

19 ulasan:

  1. menariknya ada mcm2 aktiviti. boleh jugak i try dtg sini nanti kalau ada free time! my boys suka jer aktiviti2 gini ;) thanks for sharing!! p.s - i dh letak perfume yg u bagi tu kat opis! wangi sgt!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nanti datang sini Suzz.....menarik juga dengan persekitaran hijau dan tasik yang tenang.....banyak aktiviti jugak....boleh bawak kerusi healing atau picnic blanket jugak.

      Padam
    2. Perfume tu memang best. Kalau habis boleh cari kat Lovely Lace :) I suka bau dia gak....

      Padam
  2. Saya selalu datang sini mancing... Banyak ikan lampam.. balik buat pekasam huhuu.. 😅

    BalasPadam
  3. Happy nya, tumpang gembira ya..sangat indah ..aktiviti yang sangat enjoy..Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sangat enjoy apatah lagi ada yang mengemudi paddle boat ni. Hehe

      Padam
  4. Alaaaa... telur sarang burung dia tak berapa cantik la... macam masak sangat

    BalasPadam
  5. Banyak aktiviti kat Putrajaya kan..SA x sempat explore lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul SA. Nanti ada masa boleh la try ke sini.

      Padam
  6. Banyak aktiviti kat Putrajaya kan..SA x sempat explore lagi....

    BalasPadam
  7. salam kenal...
    wahh boleh masuk dalam list sy ni.. kalau g putrajaya ni terkadang tak tau nak tuju ke mana tempat menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nanti boleh la masuk aktiviti yang boleh dibuat kat sini.

      Padam
  8. RM30/30 minit tu utk satu paddle boat atau seorang ye, Sis Ezna? Dekat tasik Titiwangsa kiteorg kena RM20/pax dan sama jugak tempoh masa, 30 minit. Kalau RM30 utk 4 org murah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM30 tu sewaan paddle boat. Dia tak kira per individu. Tempat duduk kat paddle boat ni ada 4. Sewaan kat Tasik Titiwangsa best juga ya harganya....kalau tak nak naik paddle boat boleh berkayak jugak.

      Padam
  9. Pernah naik paddle pop tak ingat kat mana... jenuh juga mengayuh 😁

    BalasPadam
  10. Paddle boat ni boleh muat 4 orangla kan? Selalu nampak utk 2 orang punya je

    BalasPadam
  11. Seronok jadi warga Putrajaya ni banyak tempat riadah menarik di sini. Paddle boat last naik kat 99 Wonderland tu. Jenuh juga nak kayuh. Tapi seronoklah ada masa bersama buat kenangan.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.