Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain)

Pagi tu disebabkan Fanny nak naik shuttle ke KLIA jam 1 pm, jadi saya lari kejap kat Rumah Kueh Kak Zu nak belikan sedikit kuih melayu. Kemudian ke IOI City Mall. Dah parking siap....lari kejap ke Typo dalam ni. Zas Zas Zas....dah tahu dah apa yang nak dibeli. Kena pantas ya. 

Kemudian, barulah call Fanny. Ingat Fanny dalam bilik. Rupanya kat Oriental Kopi baru je habis makan. Nasib baik la saya tahu Oriental Kopi tu kat mana. Saya minta Fanny tunggu sekejap. Ok....dah jumpa dah kena wefie lagi. Saya cakap dengan Raka, hari datang Fanny cantik. Nak balik pun Fanny cantik....hehe. 


Sekejap je la cakapnya pun sebab saya tak nak kacau kalau Fanny dan Raka nak last minute shopping sebelum mereka ke Bandara. 


Nak letak sini apa yang diberi jadi next time boleh bagi hadiah yang lain. Kita ni kan lupa....kang terbeli barang yang sama. 😅. Ada la sikit hadiah untuk Fylly dan adiknya. Kuih-muih pula 2 packed untuk Fanny dan Raka. Maaf tunggang langgang dah kuihnya tu....senyum Fanny terima hadiah buat anak2. Ibu mana tak senyum jika dapat hadiah untuk anak2 kan?. 

Saya sebenarnya terkejut dan terharu dalam pada masa yang sama tengok hadiah ulangtahun Dania tu. Banyak ya sampai 6 item jadi saya rasa kena juga bagi extra untuk Fanny walaupun saya rasa hadiah saya ni kecik je nak dibandingkan dengan hadiah Fanny untuk Dania. Itulah sebabnya saya perlu jumpa Fanny lagi walaupun sekejap. 
 

Dah bagi ni rasa tenang dah saya....Alhamdulilah. 




XOXO,
Ezna

16 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Cantiknya Fanny. Saya pun rasa segan, sebab terima hadiah dari Fanny, rasa amat berharga dan susah-susah je. Semoga murah rezeki Fanny. Seronok dapat berjumpa depan mata. Alhamdulillah.

    ردحذف
    الردود
    1. Pernah cakap Fanny ada iras Laudya Cynthia Bella. Manisnya sama. Moga murah rezeki Fanny lagi ya....barang yang dihantar buat teman2 blogger pun bukannya kecil. Nampak beberapa barang dalam satu bungkusan. Akak tahu sebab akak ke pejabat pos mini sekali.

      حذف
  2. Setuju..fanny memang cantik...Harap-harap dikesempatan yang lain SA dapat jumpa Fanny dan Raka...

    ردحذف
  3. org memberi kita merasa. fanny memang cute petite manisss sgt!! pemurah plak tu, memang jadi kesayangan kwn2 bloggers di Msia ni! jom ezz thn dpn kita gi jakarta--boleh dah kita start menabung duit IDR sbb rate best sekrg!

    ردحذف
  4. Cantik Fanny comel je. Baik betul walaupun kenal melalui blog je.

    ردحذف
  5. Alhamdulillah...mesti seronok fanny & family -)

    ردحذف
  6. Eh... mana aci macam ni... Kami jumpa sekali, dia dua kali! Amboi... hahahaha

    ردحذف
  7. wah jmpa lg fanny..aritu ngan geng blogger...

    ردحذف
  8. Kelam kabut dibuatnya ya.. mujur dah tau barang dan tempat mana nak beli jadi terus tuju ke sana.

    ردحذف
  9. Seronoknya bila kita saling berbagi rezeki. Alhamdulillah

    ردحذف
  10. Kaaaaaak kue2nya sedaaaaaaap. Pas saya makan, baru teringat blm foto kue 🤣🤣🤣🤣. Tp memang kue fav saya laah. karipap putar, kue cara... Kue khas tradisional ini memang ga ada lawan. Lewaaat semua kue modern 😄.

    Anak2 saya so happy terima hadiah mereka. Apalagi fylly yg memang dah teenager, dan macam highlight tuh dia pakai utk notes dia di sekolah. Tas nya pun dia sukaaaaaa. Bisa buat les habis sekolah. 😍🫰🫰.

    Thank youuuu kak eznaaaa... 🤗🤗🤗. Memang happy tiap kali bisa jumpa kakak dan teman2 di sana. Itu yg buat saya tak bosan balik Malaysia tiap tahun

    ردحذف
  11. Niat Allah tunaikan, alhamdulillah..bertuah dapat kenalan orang jauh yang baik hati..

    ردحذف
  12. Itu orangnya Fanny Nilla dan Raka suaminya..bahagia kita nampak kan

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.