Kalau saya seorang je kat rumah ni selalunya tengahari ni saya tak makan sebab pagi dah heavy breakfast. Kalau lapar tengahari barulah saya Grab Food kan je....malas nak keluar pulak.
Pilih punya pilih sebab tak tahu nak makan apa...jadi pilih makan dumpling mee soup. Pemandu grab order saya seorang wanita. Memang nampak lasak sebab muka ditutup sampai hidung. Menampakkan mata je. Bila hantar tu dia buka la penutup muka tu. Nak elakkan sunburn dan habuk la mungkin. Nurul Iman namanya. Takpelah kan...buat kerja yang halal pun.....
Order sampai dalam 20-30 minit.
Alhamdulilah....selamat dah tiba makanan dari Mohd Chan ni.
Mi dia tak campur sekali dengan sup jadi tak kembanglah mi ni.
Sedap betul soup ni. Clear soup je ni....saya suka soup macam ni....hirup pula panas-panas. Ada juga rasa minyak bijan sikit. Dania kalau ke Mohd Chan mesti order menu ni. Saya selalunya order menu lain tapi tiba-tiba teringin nak makan ni.
Selesai makan kenyanglah. Alhamdulilah untuk hari ini.
XOXO,
Ezna


dumpling tu nampak comel..sekarang ni senang kak,malas pun takde hal,ramai yang boleh tolong hantar
ردحذفhihi betul tu....order je la....
حذفSamalah, kalau malas masak / takde idea / tak cukup bahan2 kat rumah, grab je la jawapannya 🤭 tapi kalau sorang je kat rumah (anak2 kat sekolah), saya prefer masak mee segera sbb grab tak boleh hantar ke tingkat atas, nak tak nak kena sarung tudung & sweater turun ambik kat lobi.
ردحذفOh....kalau rumah tinggi kita kena turun eh....ingat dia hantar sampai depan pintu terus.
حذفKalau sorang memang malas juga nak masak kan Ezna, order sahaja hehe :)
ردحذفYe...saya order kalau lapar sangat. Kalau rasa kenyang memang tak makan....
حذفNurul Iman tu nama mcm kawan Sy :)
ردحذفSenang sekarang ni, order je sampai la ke rumah..
Ye ke PH? Dulu surau rumah lama saya nama dia Surau Nurul Iman (SNI). Teringat surau lama dengan kariahnya sekali.....
حذفSiapalah kita tanpa grab food kan? hehehe
ردحذفUG pun selalu order ke?
حذفsy kalau sorang mmg mkn megi je... merdekaaa gitu.. hahaha
ردحذفHehe....tak tunjuk anak2 makan maggi ya....sedap juga sesekali tu. Hirup kuah dia tu....sedap....
حذفSama kita. Kalau yg makan cuma saya seorang, memang pesan saja lah 🤣. Lebih murah drpd masak. Kalau hanya utk sendiri yaaa. kalo makan ramai, barulah sebaiknya masak 😄.
ردحذفSesekali je pesan ni Fanny. Kalau paginya heavy breakfast kakak tahan tak makan pun.
حذفRasa2 nya saya ada lihat resto Moh Chan ini, tp macam lupa di mana 😅😅. Sayang tak coba pula
ردحذفMungkin masa Fanny jalan2 mungkin. Kalau nak rasa masakan cina halal di sini sebab ownernya orang cina tapi baru2 ini Mohd Chan (owner) udah meninggal.
حذفSuka soup clear macam ni. Sedap makan panas-panas. Biasanya rider memang akan tutup muka sampai hidung tu elak sunburn atau habuk.
ردحذفYa sama suka clear soup masakan cina jugak. Ye nak melindungi diri kan...tapi sekali imbas rider tu cam lelaki sebab nampak lasak. Bukak pelindung muka baru nampak feminin.
حذفrasa balik ni kang nak singgah laa mohd chan hehehe
ردحذفHaaa sila sila Anies. Nak makan apa tu?.
حذفBila tengok orang lain makan menu dari Mohd Chan sedap je.... tapi bila pergi sendiri tak tau nak makan apa.
ردحذفKalau seorang bolehlah pesan makanan. Senang.
ردحذفnampak sedaplah menu ni ezz! i pun terliur!
ردحذفSedapnya dumplings...saya suka betul clear soup Kak Ezna..
ردحذفKalau makan hotpot kalau boleh pilih, memang saya pilih clear soup, taktaulah kenapa...
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.