Dinner masak apa?

Hubby ada beli ketam. Kebetulan ada pula telur masin. Hmmm....menjadilah ketam masak telur masin. Mulanya tak jadi nak masak tapi akhirnya jadi jugak walaupun mula masak pun lewat. Semangat pula nak masak padehal hubby kata kalau tak sempat takpe la tak masak. 

Ketam masak telur masin ni sama je bahannya macam buttermilk cuma tambah telur masin je. Saya masukkan semua telur masin tu. Ada yang masukkan telur kuning je. You alls yang masak salted egg ni masukkan semua atau telur kuning je?. 

Susu juga dimasukkan dalam masakan ni tapi bau susu dah tak ada jadi saya ok. Saya memang tak suka susu putih tu.....😅. Kena campur bahan lain barulah bau susu tu tak ada. 


Ada juga kucai dengan ikan bilis tumis. Kucai ni tak boleh dibiarkan lama selepas beli sebab senang layu. 


Dua je lauknya....lepas tu makan pun lepas maghrib dan kebetulan ada kuliah di surau. Lambat la nak azan Isyak. Sekarang ni kan waktu solatnya awal. Lepas tu hubby tambah la nasi makan dengan ketam tu....(sedap la tu...hehehe). Elok beberapa suap....dah azan .....nasib baik la sempat nak ke surau solat jemaah. Memang dekat pun suraunya 210 meter je. Kadang ke surau jalan kaki...kadang ke surau naik basikal tak pun naik motor lama yang bunyinya jemaah surau kata macam bunyi motor boat 😅. Motor lama....zaman belajar kat MRSM Beseri tahun 80an dulu. 




XOXO,
Ezna

15 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. 1st time jugak ni tengok kucai goreng gitu je. Biasa campur dalam taugeh atau cucur.

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap juga jika ada telur hancur tak pun masukkan udang sekali. Cumanya ia ditumis sekejap. Kalau lama dia lembik. Tak sedap dah.

      حذف
  2. Nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera.

    ردحذف
  3. Lama tak beli ketam, harga ya ampun mahal betul :(
    Bab motor tu sama dgn motor husband sy, kemain kuat bunyinya 😁

    ردحذف
    الردود
    1. Ni pun sebenarnya lama jugak tak beli. Tiba2 suami kata dia beli...tu yang masak la resipi ni. Hehe...kuat kan bunyinya....dari jauh dah tahu dah suami kita balik. Hehe.

      حذف
  4. Belum pernah lagi masak ketam telur masin. Selalu ketam masak lemak atau sup sahaja. Pastu, Saya kalau masak kucai wajib nak kena ada tauhu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ohhh next time kena try la masuk tauhu. Sedap juga tu cumanya kalau taugeh tak masuk sebab tak berapa suka.

      حذف
  5. sedapnya ketam! i dh lama tak mkn ketam...craving la plak

    ردحذف
  6. First time makan sayur kucai dekat rumah MIL..tak tau pula bole buat sayur.. hahaha

    ردحذف
  7. Sedapnya ketam masak salted egg ni. Sedap meratah je. Makan ketam ni kena berlamaan baru puas habis makan. Cukuplah lauk ni je kalau berdua kan. Alhamdulillah.

    ردحذف
  8. Akak kalau masak salted egg masukkan je semua.. kalau masuk yang kuning je takde sapa pulak nak makan yang putih camtu je.

    ردحذف
  9. Saya suka menu yg pakai saus telur asin. Tp memang tak pernah coba buat sendiri kak. Sebab kadang terpikir, bau amis telur etc. Krn itu kalau teringin, memang beli dari Chinese resto dekat rumah 😅.

    ردحذف
  10. Tadi mauk blog SK ada ketam Nipah..masuk sini pun ada ketam gak..lamanya tak mengetam ni...

    ردحذف
  11. Sedapnya lauk yang Kak Ezna masak...
    Saya sampai sekarnag tak pandai nak masak Buttermilk Kak Ezna...
    Kalau masak yang versi Telur masin alamat saya jelah sorang-sorang yang makan...eh untung jugak kan hihi...

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.