Khamis, Oktober 9

Weekend getaway di Genting Highland

Saya ada cerita sikit kata kami nak pergi bercuti kan....kali ni saje la pilih ke Genting Highland. Kali ni bawa Beetle naik atas. Boot pula boleh isi 1 beg besar dan 1 beg sederhana. Atas beg besar boleh letak beg sandang besar juga. 


Masa ni nak isi minyak berdekatan K10, UPM. Nampak banyak kereta sebab student tengah mendaftar. Beli roti kat dalam Petronas ni. Sajian Rozie ni company roti milik ibu kepada kawan Dania masa sekolah rendah. 


Roti ni pun beli jugak. 


Banyak juga roti2 dari Sajian Rozie ni. 


Cuaca berawan kat tol ni. 


Dah on the way dah ni. 


Kami dapat check in awal. Post hotel lepas ni ya. Siap solat, mandi dan rehat baru kami masuk Skyworld ni. Tiket dah beli siap-siap online jadi scan je kat pintu masuk. 


Ni pusing-pusing jadi x la game ni. 


Masa ni main Ice Age Expedition Thin Ice. Nak ke tempat beratur. 


Naik macam benda bulat ni macam kenderaan. Jalan-jalan dalam ni. Ada tayangan dari kartun ice age la. Konon kita kat zaman tu. 


Kalau nak beli gambar. Ambik gambar dari sini je. 😅


Lepas tu kami ke sini. Voyage to moonhaven. Dah siap2 beli baju hujan kat Eco. Kat sini ada part basah ya jadi kena pakai baju hujan. Ramai yang beratur pakai baju hujan. 


Dah siap berbaju hujan dah. 


Kalau booking virtual Queve sini jadi boleh main game laju sikit. Free je. 


Bergambar kat deretan bangunan kat sini. 


Ni lepas keluar kat game Moonhaven tu. 


Cantik la rumput ni....


Bergambar pula kat sini. 


Ni game ketiga tak silap ni. Huiiii yang ni thrill dia No. 1 jadi extreme sikit. Huhuhu. Kami naik roller coaster Acorn Adventure. Get ready for a nutty adventure on this thrilling rollercoaster ride as Scrat is in search of the mystical acorn! Climb as high as 65-feet before making a splash as twists and turns take you around an icy waterfall.

Lepas ajer naik ni...terus terkeluar airmata. Takut weiiii....takmo naik dah....sorry. Bayangkan roller coaster ni boleh nampak gaung kat sebelah. Eiiiiii scary....laju kemain dia turun tu. Lepas tu senget tu laju macam nak terjatuh je. Siapa berani marilah cuba. 😅


Ni pun maaf nak cuba. Menjunam jatuhnya nanti. 


Ni last saya main. Liberty Lane ke Invasion on Planet of the Apes. 3D indoor ride bagai Caesar ada depan kita. Terjerit gak la. Hehe. Masa ni kena tengok video ni dan masing2 disediakan cermin mata 3D. 


Ni nak pergi adventure dah ni. 


Gambar lagi tapi idak la beli. 


Cuaca mendung tapi tak hujan. 


Masa ni saya duduk kat kerusi tunggu Dania dan hubby main game last. Saya dah penat dah rasa pening pun ya jugak. Tak sanggup nak beratur panjang dah. Nampak kereta kabel atas ni. 


Bas ala ala di London. 


Masa tengah menunggu ni ada persembahan tarian. 


Dania ambik gambar ni. 


Lepas tu jam 6 petang dah memang taman tema ni tutup jam 6 petang. Kami singgah solat dulu di surau berdekatan dengan FamilyMart tertinggi di Malaysia katanya. Tunggu kejap sampai solat Maghrib juga kat surau sini sebelum kami bertolak menuruni Genting ni. Hotel kami ni kat bawah. 

***Setakat post ni ditulis, kami dah balik dah....ni kisah weekend getaway kami pada 4 Oktober 2025- 5 Oktober 2025. 




XOXO,
Ezna

 

12 ulasan:

  1. Seronok jugak sesekali masuk tempat gini kan, tapi kalau game yang agak extreme tu lebih sesuai untuk orang muda.

    BalasPadam
  2. wah...berapa hari tu getaway nya...besar beg tu...

    BalasPadam
  3. Saya surrender awal la game² gini 😅

    BalasPadam
  4. Seronoknyaaaaa....SA ada plan ngan Dania nak pi getaway kat sini nanti...

    BalasPadam
  5. Lamanya tak ke Genting. Cie dulu stay sana masa kerja. Tak pernah lagi la bercuti kat sana. Selalu naik & turun semula. Kena repeat naik Genting pulak ni lama tak naik.

    BalasPadam
  6. Wahh..Mmg best ni sis..Voyage tu la sy x dpt masuk sbb hujan...=(

    BalasPadam
  7. Best sbb cuaca nyaman.gmbr pun cantik2! ❤️😍

    BalasPadam
  8. Uwaaah seruuuuuu ❤️❤️❤️❤️. Kalo bab extreme, saya jangan ditanya lah kak. Memang nomor 1 🤣🤣. Wahana yg baby saya tak akan sentuh. JD fokus hanya yg extreme.

    Trakhir ke genting themepark saat masih kuliah. Waktu itu blm renovasi kan.

    Yg paling saya suka Space shot. Tapi agaknya dah ganti nama jadi Alpha space . Saya ingat sangat, saat naik, itu macam kabut di atas. Trus tiba2 dihempas ke bawah, sampai terangkat badan saya hahahahahha. Tapi sukaaaa sangaaaat. ,

    BalasPadam
  9. bestnyaaa. saya tak pernah masuk lagi taman tema genting ni. baca pengalaman kak ezna macam dasyat je roller coaster tu. teringin nak merasa xD

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.