Sambil briskwalk sambil mengambil photo

Berkesempatan kami pada petang ini briskwalk. Sebenarnya sambil sambil tunggu mesin kering kat dobi. 

Ada pembangunan agaknya di Presint Diplomatik ni bila mana hutan ditarah. Cuaca masih panas terik ya walaupun jam 6 petang. 


Bunga liar berwarna ungu berbulu. 


Bunga berwarna ungu juga ni. 


Bunga kat atas pokok sedang kembang. 


Bunga kecil berwarna merah dengan batang berduri halus. 


Daun apakah ini?. Tepi daunnya berbulu sampai Dania kata ummi macam daun ni gatal je kalau pegang. Entahlah....ummi pun tak berani nak pegang. 


Cendawan atas pokok?. Ni bukan cendawan tapi mungkin bunga yang akan berkembang nanti. 


Depan ni matahari terik juga. 


Bunga lalang. 


Sambil berjalan, sambil ambil gambar tumbuh-tumbuhan. Sedar-sedar dah tiba kat kereta dah. Bila briskwalking ni mulalah lenguh2 badan sikit. 😅

Sempat lagi slot minum-minum di Q Bistro. Dania gelakkan ayahnya sebab ayah order teh tarik. Lepas briskwalk minum teh tarik pulak. Habis tu Dania pun minum Milo jugak. 😅


Lepas tu kami Maghrib la kat rumah. Dekat je area Putrajaya ni.




XOXO,
Ezna

16 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Pagi ini saya briskwalk juga tapi di pasar tani.

    ردحذف
  2. Daun berbulu tu masa kecik selalu buat main masak2. Tak gatal pun.

    ردحذف
    الردود
    1. Oh ye ke?.....sebab tak biasa tu yang tak berani nak pegang sebarangan.

      حذف
  3. cantik bunga senduduk purple tu ezna :)

    ردحذف
  4. gambar bunga tu semua lawa2 la ezz! i likeeeee

    ردحذف
  5. Daun berbulu tu pokok senduduk bulu.
    Ada khasiat perubatan.

    ردحذف
  6. Tengok Wak warisan petani tu komen... Orang ada ilmu penuh didada!

    ردحذف
  7. lama sgt x briskwalk...suka sbb mcm ni la, boleh menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa

    ردحذف
  8. Betul jugak tu Kak Ezna..Milo n Teh Tarik lebih kurang je kan haha

    ردحذف
  9. Ezna selalu ke Q Bistro yang Ezna cakap kat SA tu ye...sabar jer la dua beranak tu ye..lepas briskwalk minum teh tarik dan milo...hahahaha

    ردحذف
  10. Biasalah tu, lepas dah berpeluh tambah balik lemak n gula hehe

    Cantik2 semua pokok

    ردحذف
  11. kihkih.. bapa borek anak rintik ya.

    ردحذف
  12. Nah, jadi geng saya dah tu..suka alam tumbuhan menyeri alam, tiba2 menyeri laman blog kan..hehehe bagus2

    ردحذف
  13. Eh saya dah niat memang kak, selama di sana nanti, karena tujuan utama nak wisata kuliner, tak mau skip workout jadinya 🤣. Jadi dah plan pagi2 harus rajin briskwalk dulu 😄. Kayaknya area Putrajaya ini memang seru utk olahraga kan. Cantik2 kawasannya.

    Jam 6 sore masih panas dan terang yaa. Di sini dah gelap gulita 😄

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.