Kiosk Sentuhan Madani

Ni actually kami discover selepas makan di Cili Kampung. Tak perasan la ada kiosk ni. Ada macam-macam urusan boleh buat kat sini ya. Eh eh ni pun dekat je dengan pintu masuk Parkson Alamanda. How come la saya tak perasan? 


Salah satunya ialah kiosk KWSP. Boleh check baki kat KWSP, boleh buka akaun baru etc....eh eh menariklah. Sebelum kerja part time kat Alamanda ni daftar la KWSP nanti majikan masuk la caruman dalam KWSP. Untung nanti KWSP dah ada caruman dalam tu. Kiosk EPF ni berfungsi dari 8 pagi - 8 malam sahaja. 


Senarai perkhidmatan kat sini, boleh bayar bil, bayar saman, renew lesen dan macam-macam lagi rupanya. 


PMX yang merasmikan kat Alamanda ni. Patut ada PMX datang Alamanda ni. 


Mudahnya ada kiosk ni. Baru discover sehari lepas Dania berhenti kerja. Hehe. Tempatnya tersorok sikit macam Cili Kampung jugak tapi memang dekat je dengan pintu masuk tempat Dania kerja kat Parkson Alamanda. 

Tempat you alls ada kiosk macam ni?. 





XOXO,
Ezna
 

8 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.