Sabtu, Oktober 11

Bertentang mata dengan Emiizz

Saya banyak kali terima pertanyaan dalam IG tentang pembelajaran di UPM dan kebanyakkan mereka kata ada baca blog saya. Hmmm nampaknya bagus juga la perkongsian dalam blog ni kan....

Ada seorang student ni tanya pasal Animal Science kat blog. Masa tu dia kat Matrikulasi lagi. Memang dia minat nak masuk course ni. Animal Science dia letak pilihan kedua sebab saya ada bagitahu jika CGPA strong boleh letak No. 1 sebab lazimnya course Animal Science ni orang akan letak No. 2 dan No. 1 letak Doktor perubatan veterinar. Kalau Doktor perubatan veterinar ni CGPA mestilah 3.50 ke atas. Ni pun dapat tahu bila lecturer tanya kat kelas Dania. Rata-rata nak jadi seorang Dr. Vet. 

Ok...nak dijadikan cerita Emiizzqasdina ni tak sabar nak bagitahu saya yang dia dapat UPM walaupun bukan Animal Science. Emiizz dapat course di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM pilihan keempatnya. Sekarang ni kebetulan student baru tengah orientasi kat dewan besar dan saya dan Dania plan nak jumpa Emiizz depan dewan. 

Masa jumpa tu hari jumaat dan banyak la bas depan dewan ni nak ambik student lelaki dan bawa ke Masjid UPM untuk solat Jumaat. 


Jumpa dah Emiizzqasdina. Nama bebudak zaman sekarang. Manis orangnya. 


Ikutkan nak bawa Emiizz jap keluar makan dengan Dania tapi sebab dia kata kena dekat2 sebab fasilitator tak bagi keluar mana-mana. Fasi tak nak bagi mereka ponteng program selepas ni la agaknya....


Kawan sebilik Emiizz yang ambil gambar ni. 


Ada la saya bagi gift kat Emiizz yang boleh digunakan juga kat UPM ni. 


Dania dan 'adiknya Emiizz'. Hehe. Kalaulah Emiizz ni dapat Animal Science tentu la Dania boleh guide nanti. Raut wajah lembut pasti berlemah-lembut dengan haiwan juga. Tapi takpe....Allah dah tentukan path untuk Emiizz kan....


Bergambar sekali pulak. Tengok Emiizz pegang tangan saya....macam dah kenal lama kan?. 😅. Peramah sangat Aunty Ezna kot. 


Saya ada cakap kat Emiizz bagitahu mamanya tentang saya. Nak tengok muka saya tunjuk je IG saya sebab ye lah zaman sekarang ni kena berhati-hati juga. Siapa pulak Aunty yang tiba-tiba baik dengan anak kan?. Emiizz kata dah cerita tentang saya kat mamanya. Tu yang saya bawa Dania sekali sebab tak nak la mama Emiizz ni kata nak mengapa-apakan anaknya ke apa....nak culik ke.....mana la tahu kan....kita pun mesti curiga bila ada tiba2 seseorang yang tak dikenali baik dengan anak kan....apa motifnya?. 

Tapi....dengan saya insya allah.....semuanya pasti ok...hehe....


Emiizz kata gambar dia yang ni ok sikit....ok Aunty setuju sebab lighting sangat memberi kerjasama. 💜


Inilah gift yang saya belikan untuk Emiizz. Tote bag warna pink lily & iced matcha dari Typo dan sticky notes comel. Berbaloi beli tote bag ni sebab online Typo hari tu harganya RM20. Harganya sekarang RM45. Samalah juga dengan harga pencil case untuk kawan-kawan Dania tu dapat dengan harga RM15/pencil case. Idak harga asalnya RM30-RM40. 


Moga Emiizzqasdina belajar dengan bersungguh-sungguh ya. Nanti kita makan sekali dengan Kak Dania ya. 😊




XOXO,
Ezna
 

21 ulasan:

  1. Happy weekand..and happy nice day with you friends

    BalasPadam
  2. moga dipermudah urusan pengajian mereka ..aminn

    BalasPadam
  3. Ye blog masih relevan kalau orang search apa2 jumpa la blog kita. Dalam tak sedar kita dah memberi manfaat kepada orang yang mencari info.

    BalasPadam
  4. Yalaah, kak ezna pun baiiiik sangat, sehingga yg baru kenal pun merasa langsung bisa akrab ☺️. Itulah manfaat blog. Banyak tahu kita ttg suatu hal, apalagi kalau dari pengalaman penulisnya langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.....mungkin kak ezna memang macam tu....ya kita tulis yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

      Padam
  5. Baguslah Ezna, admire tau!
    Semoga emiizz cemerlang macam Kak Dania juga 🤲🏻

    BalasPadam
  6. comelnya emizz! pasni boleh makan n jalan2 dgn kak dania. alhamdulillah, dania pun dapat geng baru asbab dari blog mama dia :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe....emiizz kata dia comot tapi sebenarnya manis sangat.....emiizz ni cuma tanya je kat blog....aleh2 jadi baik pulak.

      Padam
  7. mesti kwn dania ni happy dpt hadiah :) sweet laaa totel bag niii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tote bag tu manis je Suzz....berbaloi time I tengok kat Typo online....harga dia RM20 dan besar juga....

      Padam
  8. comeinya Emiizz....betul, muka lembut sgt..mcm Dania jugaks.
    so cute tote bag tu..useful gift

    BalasPadam
  9. Bagus Kak Ezna, very helpful❤️ ..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, untung Emiiz dapat kenal Aunty Ezna...sanagt2 helpful dan peramah....semoga dipermudahkan urusan pembelajaran keduanya

    BalasPadam
  11. Auntie Ezna yang super owesome dan very generous.

    BalasPadam
  12. Pasti Ezmiiz bahagia dapat hadiah kan..boleh bayangkan..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.