Dania ada bagitau ada bunga-bunga cantik kat Bukit Expo, UPM. Saya pun tak nak lepaskan peluang. Bila pergi je boleh nampak bunga-bunga yang banyak atas bukit. Hubby ikut kejap kemudian ke tasik berdekatan sini untuk riadah.
Banyak bunga-bunga yang berwarna-warni kat sini.

Menurut google lense ini adalah bunga Madagascar Periwinkle.
Boleh pulak terjumpa kawan yang sama-sama kumpulan english online bernama Wardah. Rasanya english online masa tahun 2023. Dah 2 tahun berlalu. Kat UPM ni ada english yang dijalankan online je iaitu LAX. Ia tak semestinya satu program pengajian. Ikut la siapa yang daftar subjek tu sekali. Jadi, assignment semua online je la. Ni kiranya first time Dania face to face dengan Wardah.
Bunga yang paling saya teruja ialah bunga yang ni.
Excited saya dengan bunga yang ini.
Cantik bila dapat bergambar dengan bunga yang berwarna-warni ni.
Bila google lense ternyata ini bunga zinnia. Terapi mata sungguh la.
Ambik gambar ummi dan anak.
Bunga marigold kuning dan putih kekuningan.
Close up bunga marigold.
Bergambar pulak dengan marigold berwarna jingga.
Haaa tudia cantik betul bunganya. Buat ummi geram je. Tapi....janganlah petik bunganya.
Bergambar pulak ummi dan anak....
Lagi gambar....semua yang datang sini nampak student UPM tapi Dania ada kelainan sikit....dia bawa ummi dia. Ternampak seorang student lelaki ambik gambar bunga-bunga ni. Saya tegur la lepas tu dia kata kalau mak saya nampak mesti dia suka. Teringat kat ibunya la tu. Bersungguh nampak dia mengambil gambar bunga-bunga kat sini.
Madagascar Periwinkle berwarna putih dan merah.
Ternampak pula yang ini. Kawasan ni dirasmikan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor.
Terasa macam kat Cameron Highland je tapi hakikatnya kat UPM je.
Lagi gambar ummi dan anak....
Nasib baik la cuaca memberikan kerjasama. Nampak mendung tapi tak hujan.
Bunga matahari sangat cantik di halaman rumahku 🎜🎜🎜.....teringat pula lagu ni masa kelas Muzik dulu. Time zaman saya kena main recorder dan menyanyi.
Ni pula bergambar dengan pokok tergantung pula.
Seronoknya. Walaupun tak besar pun kawasannya tapi dah membuatkan saya dan Dania happy. Cantik betul bunga-bunga kat sini. Bunga-bunga ini katanya persediaan untuk konvokesyen bulan November 2025 nanti.
XOXO,
Ezna


















Betul nampak macam cameroon highlands .. cantik bunga bunga tu semua .. nanti nak cari la ada kerja hari ini di UPM..
ردحذفYa ke?. Silalah. Cari kat Bukit Expo ya. Tempatnya atas bukit berdekatan dengan bawah laluan ERL dan lori jual air sebelah tasik.
حذفCantiknya....Mcm dkt overseas =D
ردحذفFeeling ala ala kat overseas la Niza.
حذفi penchenta bunga2...lawa semua gmbr2 u & dania ni ezz
ردحذفSuka betul nampak bunga-bunga ni Suzz. Happy....
حذفMelihat bunga berkembangg warna warni memang satu terapi mata sekaligus jiwa. Subhanallah yang menjadikan bumi ini dengan penuh hiasan nan indah.
ردحذفYa betul tu.....memang terapi mata. Masa ke sini dah rasa nikmat tak terhingga. Alhamdulilah.
حذفMemang terapi mata sangaaaaaat 😍😍😍. Saya pun sukaaa kak. Walau tak bisa kalau bab tanam menanam, tapi saya suka melihat nyaa 😄. Langsung hati berasa senang, sejuk....
ردحذفYa....lagi pun bunganya berwarna-warni. Perempuan dan bunga memang ngam.
حذفCantiknya Kak Ezna...betul lah tu, macam dah kat CH dah rupanya...
ردحذفSaya ingat jugak lagi lagu bunga Matahari tu Kak Ezna..kalau suruh nyanyi, saya boleh lagi nyanyi hahaha....
Ye terngiang ngiang lirik lagu bunga Matahari ni Sue. Dulu kita kan ada kelas Muzik...banyak lagu kena menyanyi dan main recorder.
حذفHahaha betul..saya pun ingat kena main recorder tu
حذفSenang je nampaknya bunga tu nak hidup subur. Kalau kat laman sendiri takde la nak gemuk macam tu bunga bunga nya
ردحذفKalau laman sendiri tu la kadang bunga tak sama macam bunga ni ya. Eiiiii geram tengoknya Yan. Bunga Marigold tu pun gemuk sangat......entah baja apa diletaknya.
حذفSeronoknya menikmati keindahan dan kesegaran bunga...
ردحذفYa....sangat cantik kat sini Eyma....
حذفcantiknya bunga-bunga tu..tambah seri gambar anakdara
ردحذفTu yang banyak gambarnya tu. Kejap phone akak, kejap phone dia.....
حذفwahhh ni dah kalah Floria Putrajaya...
ردحذفkalau free nnt nak dtg jugalah!
Gi kat Bukit Expo ya....ada satu tempat tu atas bukit. Idak tanya je orang2 kat situ. Betul2 tepi tasik dan berdekatan dengan jalan bawah ERL. Tapi sebelum konvokesyen la kat UPM Serdang iaitu pada 29 November.
حذفlawanya...macam cameron.marigold tu geram tengok
ردحذفMarigold tu gebu gebu kan.....
حذفBunga pink tu ... macam kemunting cina. Cantik. Segar betul.
ردحذفMungkin juga tapi google lense dia cakap Madagascar Periwinkle. Mungkin dalam Bahasa kita kemunting cina.
حذفcantiknya bunga-bunga vinca, zinnia, marigold ( bunga tahi ayam ) tu bila di kumpul banyak-banyak gini, Ezna.. dah macam expo bunga dah jadinya..
ردحذفYa cantik betul. Terapi mata ni bila ke sini. Hati pun happy je tengok bunga berwarna-warni.
حذفBerbunga bunga kembang hati saya ni melihat bunga alam ini..subahanallah cantik sekali ciptaan Allah kan..saya ni memang gemar bunga terutama bunga kertas,.suka tanam2
ردحذفCiptaan Allah tiada cacat celanya. Semuanya indah.....oh Etuza suka menanam....green hand ni....
حذفTerbaik di Malaysia ada juga tempat sebegini indahkan..seolah berada di luar negara lah
ردحذفBoleh la berangan di luar negara.....bersyukur juga melihatnya kerana ia sebagai terapi mata.
حذفOo ya, nak bagitahu ..apakah agak rapat dengan Fanny Nila ke? Harap ada jalan penyelesaian ya
ردحذفOhhhh barulah saya faham maksud Etuza yang ini. Ya saya baik juga dengannya. Sudah kawtim. Boleh jawapannya....Fanny ada contact melalui whatsapp.
حذفSubhanallah lawa² semua! Ralitlah kita peminat bunga ni kan bila dikelilingi bunga macam ni.... Sy baru tahu nama bunga tu periwinkle :D
ردحذفBoleh ke orang awam mcm kami nak melawat situ Ezna?
Sebenarnya Dania yang google lense bunga ni. Tu yang sibuk tengok phone. Suka dengan nama Periwinkle. Boleh je PH sebab Bukit Expo ni orang awam pun exercise kat sini. Errrr saya pun orang awam gak....silakan...
حذفBertentang dengan Bukit Expo. Pemisahnya laluan ERL kat atas. KIta kena lalu kat bawah. Berdekatan dengan tasik dan lori jual air yang letak kerusi meja tu. Kawasan bunga ni atas bukit. Kalau terpandang bunga yang banyak warna kuning kat laluan masuk tu ya lah....
Oh agaknya utk KL Park Festival hari tu dieorang ambik bunga2 dari UPM jugak kot sebab sama spesies je dengan bunga2 yang dipamerkan di KLPF tempoh hari.
ردحذفGambar Dania dan sis dikelilingi bunga oren tu dah boleh buat gambar DP blog 😄
Tak pergi event KL Park Festival tu. Rugi la pulak....Tak tahu pulak Carneyz. Mungkin ya mungkin tak....lawa dan ceria sebab bunganya warna vibrant....
حذفDulu kan SA ada kawan kat UPM...masa umur2 20an la..pernah pi konvokesyen UPM dan meriah sangat...suka la tengok bunga2 tu...orang luar bleh masuk sini tak Ezna? kalau boleh nak terjah dengan my Dania
ردحذفBoleh je orang awam masuk sini SA. Bertentang dengan Bukit Expo. Pemisahnya laluan ERL kat atas. KIta kena lalu kat bawah. Berdekatan dengan tasik dan lori jual air yang letak kerusi meja tu. Kawasan bunga ni atas bukit. Kalau terpandang bunga yang banyak warna kuning kat laluan masuk tu ya lah....
حذفMemang cantik macam di oversea. UPM memang cantik landscape kan sebab university berasaskan pertanian.
ردحذفmarigold, baru lah ada kelas nama bunga nya...saya suka tau bunga tahi ayam tu...sebab cantik je...warna putih cream tu tak pernah tengok
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.