Walau tak sihat tapi gagahkan juga....

Walaupun tak sihat....gagahkan juga la sediakan lauk tengahari. Hubby tanya ok ke nak masak? Kalau tak ok boleh beli je tapi saya kata ok sebab kesian pulak Dania nak pergi kerja kan? Kena la masak siap2. Mak mak kan. Semangat je lebih walau kudrat dia kadang tak larat pun. Tapi bab makanan tapau, Dania tak nak bawa bekal hari ni sebab niat nak beli kat Subway. Hmmm teringin la tu. 

Terjadinya telur dadar. Bahan semua saya siap2 campurkan seperti telur, cendawan shitake, daun sup & bawang holland dan bawang merah, cili api dan cili merah serta garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam. Penyudahnya hubby tolong gorengkan. Alhamdulilah. Elok kejadiannya. 


Sup daging pulak kali ni tanpa serbuk sup, just air je dengan bahan asas seperti bawang holland, halia, bawang merah dan putih, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam. Daun sup dan daun bawang pun ada selain cili merah dan cili api. Daging pulak, hubby tolong potongkan. Masukkan dalam periuk tekanan tinggi dan tunggu masak. Ada kentang 2 biji juga saya potong 4. 


Tu je lah. Bila ada kerjasama semua ni cepat la siapnya. Hubby pun dah offer nak tolong hantarkan Dania ke tempat kerja memandangkan dia dengar isterinya suara pun dah tak berapa nak keluar. Ada batuk juga. Semalam sakit tekak. Hari ni payah nak cakap pulak. 😅

Bila hirup sup panas-panas ni rasa lega bila lalu kat tekak. 




XOXO,
Ezna

 

11 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Begitulah mak² kan, selagi ada daya mesti nak juga masak utk anak. Kepuasan tu berbeza.
    Semoga cepat sihat Ezna 🤲🏻

    ردحذف
  2. Semoga cepat sihat kak. Menu gini kalau air tangan ibu memang sedap. Dimasak dengan penuh kasih sayang.

    ردحذف
  3. Setuju!
    Kita ni emak-emak memang semangat kuat tapi terlupa kudrat semakin berkurang. Bawa-bawa berehat ye.

    ردحذف
  4. Semoga cepat sembuhnya.
    jangan lupa cari ubat.

    ردحذف
  5. smoga cpt sihat...bila tk sihat dpt menu sup tu lega...kita tk sihat mmg tk masak...sihat pn jrg masak..mmg husband je la masak slalu

    ردحذف
  6. Semoga cepat-cepat sihat Kak Ezna...

    ردحذف
  7. Aiiih, cepat sembuh ya kak ezna 🤗🤗. Minum vitamin juga dan banyak minum air putih.

    Sup memang paling pas dimakan ketika sakit

    ردحذف
  8. have a good rest & semoga cepat sembuh.. kena sup memang emm, dappp...alhamdulillah

    ردحذف
  9. sekali sekala makan clear sup pun sedap

    ردحذف
  10. Rest well Ezna.. semoga cepat sembuh.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.