Setelah 8 tahun baru perasan DM ni

Setelah godek di bahagian DM Instagram ni kat bahagian request ada 'hidden request' pulak. Pastu nampak DM ni yang kalau tengok namanya macam nama orang Turki. Tahun 2017 lagi 😅. Maknanya dekat 8 tahun dah la. Rasanya time tu tak reti sangat dengan IG ni haaa....sekarang reti sikit la 😁

Beliau nak tanya makna nama Ezna sebab nama anak dia pun Ezna. Err tak tahu makna kenapa taruh nama Ezna?. 😅


Kita google la kan....
Alhamdulilah cantik juga maknanya. Datang dari perkataan Arab Izna yang membawa maksud 'Pemberian tuhan', 'Cahaya' & 'Kecerahan'. 



Nama hubby pun ada maknanya juga iaitu Hasbullah bermakna 'Jaminan Allah'. Dania Yasmine pula, Dania membawa maksud 'Hampir' & Yasmine pula 'Bunga Melur. Dania di dalam Al Quran dihuraikan tentang kedudukan buah-buahan di dalam syurga yang 'hampir' dan boleh dipetik. 

Bila bagitau kat hubby dia kata patutlah saya suka tengok lampu 😅 Cett....entah apa-apa lah. Ya saya suka tengok lampu berwarna-warni 😅




XOXO,
Ezna


 

17 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. maksudnya terang...tu yang suka lampu...hihihi
    sabar je lah jawapan suami tu

    ردحذف
  2. Hahaha.. iye la tu dia ada anak nama Ezna. Hati², sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Tak balas pun. Tengok je. Lama dah tu 8 tahun yang lalu baru baca tahun 2025.

      حذف
  3. lamanya... DM dekat IG kalau tak kawan memang dia masuk dalam folder hidden tu. Selalunya penuh pilot scammer aje pun.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya scammer ramai betul masuk situ. Baru perasan dm yang satu ni. Delete la terus.

      حذف
  4. Dah 8 tahun dah agaknya umur baby tu ye :D
    Sy suka nama Yasmine, classy.

    ردحذف
  5. Terlepas dari maksud dia nak scam atau betul2 bertanya, tapi memang tak salah cari tahu arti nama sendiri kan 😄.

    Saya dulu bagi nama anak, jujur memang bukan nama Islam. Tapi dari perkataan bahasa Batak, sanskerta dan Jawa. 😁.

    ردحذف
  6. sweet sgt makna nama you..
    emm, MA pun x tau kewujudan "hidden request" tu...

    ردحذف
  7. dan baby tu pun dah besar sekarang ni...entah2 dah ada Ezna ke-2 dan ke-3 hahaha

    ردحذف
  8. Sedap nama, sedap maksudnya...
    Kelakarnya..memang elok pulak Kak Ezna suka tengok lampu ye haha

    ردحذف
  9. Kadang tak perasan hidden request message tu. Cantik nama dan maksudnya. Harap betullah persoalan dia tu. Tapi lama sungguh tu. Nak reply macam dah tak valid dah kot kan. hihi...

    ردحذف
  10. Cantik dan semua nama memberi makna yang baik².

    ردحذف
  11. Saya pun kadang2 tak perasan hidden request message tu.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.