Kisah pelangi yang saya jumpa masa balik lepas hantar Dania ke tempat kerja. Dania masa ni masuk kerja jam 6 petang. Hujan rintik-rintik dan nampak ada pelangi yang sangat cantik depan saya. Pelangi ni bukan selalu ada. Kadang-kadang ajer dia muncul. Bila sesekali dia menjengah tu yang kita pun teruja. Errr saya la tu...
Haaa tudia....sempat ambik gambar pelangi masa kereta tengah berhenti kat traffic light ya. Beria bukak tingkap sebab nak ambik gambar punya pasal 😅
Lagi gambar pelangi. Separuh bulat. Boleh nampak juga ada pelangi kedua tapi warna dia pudar sikit. Kereta banyak masa petang-petang masa ni jadi memang tak lepas lagi la kereta saya. Memang kena berhenti lagi kat traffic light ni. Jadi tu lah kerjanya ambik gambar pelangi. Hehehe....
Ni gambar pelangi yang saya edit kat phone. Cantiknya ciptaan Allah kan?.
Lepas ni idak la saya ambik gambar pelangi lagi sebab smooth je takde traffic light terus menuju ke rumah je.
Tapi ada juga saya dengar masa kecik2 dulu....jangan tunjuk pelangi nanti kudung tangan. Haishhhh mana datang la cakap2 macam ni. You alls pernah dengar ke?.
XOXO,
Ezna




Cantiknya pelangi. Dah lama tak tengok pelangi depan mata. A'ah pernah dengar pantang larang tu. Betul ke tidak entah.
ردحذفMasa kecik2 time tu kita selalunya percaya la. Hehehe
حذفAah masa kecik dulu selalu la dimomokkan jangan tunjuk pelangi nanti jari kudung 😆
ردحذفYa kan....tu lah....dulu2 memang kita percaya tapi tunjuk jugak pelangi tu. Kih Kih....
حذفTak pernah tak teruja & terpesona bila nampak pelangi....
ردحذفYe, mmg ada orang tua² pesan gitu. Punyalah takut jari kudung, dah besar baru realistic sikit haha
Orang tua2 nenek saya la tu kata jangan tunjuk pelangi....dah kenapa pulak. Masa kecik2 mungkin kita percaya tapi degil jugak tunjuk jugak. Hehe.
حذفsubhanallah alhamdulillah, cantik sgt2 la pelangi ni ezz
ردحذفCantik sangat-sangat.
حذفcantiknyaaa, yang separuh bulat tu. masyaaALLAH indah ciptaanNYA.
ردحذفYa ciptaan Allah semuanya sempurna.
حذفcantik sangat. setiap kali nampak pelangi, mesti nak kena ambil gambar, hehe
ردحذفtulah, pepatah orang dulu2 ni aneh2 je. punyalah cantik pelangi tu, how come boleh kudung tangan kalau kita tunjuk pelangi tu hahaha
Ya macam mana la boleh kudung tangan ya.....tak faham betul la. Pelangi ni pun rare sebab bukan selalu ada.
حذفsubhanallah..cantik sgt.
ردحذفYa MA.....cantik.....
حذفKudung tangan maksudnya apa kak?
ردحذفLamaaaa dah tak lihat pelangi. Mungkin Krn saya jarang kluar akhir2 ini. Padahal tiap hari jakarta hujan. Biasanya selalu ada pelangi habis hujan 😄. Bisa lah nikmati dari foto2 kakak. Cantiiiik gambar pelanginya, double pula tuh
Kudung tangan tu maknanya tangan telah diamputasi. Ya... pelangi timbul ketika habis hujan atau kadang-kadang ketika gerimis dan ada cahaya matahari.
حذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.