Dah berapa minggu saya tak ke Alamanda jalan-jalan, minum petang seorang diri. Ye lah me time saya. Kali ni jadi juga sebab sebelum ni tak sihat kan. Ni dah ok alhamdulilah. Kalau ada yang bawakan kereta tu lain cerita ya. Hehe.
Masa ni Dania dah thumb print dah pun jadi ummi sorang-sorang la. Order teh o suam dengan sekeping karipap. Oh ya karipap dah kembali kat food court Alamanda ni. Sebelum ni supplier tak hantar pulak.
Teringat hubby yang suka makan karipap Alamanda ni jadi tanya la nak ke beli tapau?. So ya hubby kata boleh juga jadi saya tapau 4 terus la. Harganya RM11 untuk 4 karipap ni.
Karipapnya ada telur rebus dalam ni. Sedap la bagi saya.
Lepas tu saya ke. AEON Big. Nak ambik troli kena tukar pulak duit 50 sen.
Barang yang dibeli menggunakan MYSara....
2 makaroni 400g Kimball
1 angel Hair Kimball
1 jumbo roti Gardenia
2 sardin Adabi
1 bihun Faiza
1 susu Dutch lady Low Fat
Total : RM39.90 adalah balance dalam RM60 lagi. Masa membeli pun ada announcement kata Aeon Big terima pembelian untuk MYSara ni menggunakan ic je. Mujur ic saya tak ada masalah cip rosak. Smooth je alhamdulilah. Boleh je beli sikit-sikit. Nanti dapat resit boleh tengok berapa balance yang tinggal.
Tak boleh redeem pulak barangan basah :
1 paket buah tomato
1 pek cendawan butang hitam
2 buah lada benggala
Ni bayar sendiri je. Kata cashier tu hanya barangan kering je boleh tapi susu boleh pulak redeem ya.
Bawak siap-siap shopping bag ni senang.
You alls dah tebus ke?
Bagus inisiatif kerajaan Madani ni beri one off RM100 untuk membeli barang keperluan buat mereka yang berumur 18 tahun ke atas dari 31 Ogos 2025 - 31 Disember 2025.
Terima kasih PMX!!! RM100 pun kena bersyukur ya...
XOXO,
Ezna






Belum tebus lagi. Wah, baru tahu aeon big boleh. Sy pergi econsave jer kot nanti. Nanti tu bila ek, hehehe.
ردحذفAeon Big boleh. Ni nak senang je ni sebab lepas hantar Dania terus singgah Aeon Big. Econsave macam jauh sikit. Boleh tebus awal2 takut nanti terlupa pula....terlepas dah RM100.
حذفkaripap telur tu kita 1st time makan yg dkt ikea sedap....kita br tebus skit mysara..masih ada baki..tisya pn sama bli skit keperluan ada lg baki
ردحذفAmy....rasa dengan karipap Ikea tu lebih kurang jugak. Tu yang suka karipap kat Alamanda ni. Ohhh dah redeem ya. Kita pun masih ada baki lagi.
حذفDah settle dah Ezna, dengan suami punya sekali terus beli...banyak skit stok barang bleh beli
ردحذفi lom redeem mine, so far dh guna zharfan punya dan mr hubby punya
ردحذفTengah tunggu nak reedem juga...
ردحذفYe barang basah tak boleh. Susu tu kategori bahan kering. Bahan kering pun ada kategori jugak tak semua.
ردحذفbelum sempat lagi nak menebus
ردحذفtakdan lagi menebus.
ردحذفjika dekat leh kita me time sesama kak.
boring juga memerap di rumah ni, kita segan nak me time sesorang. tak reti.
mikir me time sesorang baik dok rumah je la, main stiker. ihiii~
Saya dah tebus dalam RM25 so ada lagi baki RM75. Barang basah tak masuk dalam senarai, memang kena ambik barang kering je.
ردحذفNext week lah pergi menebus. Kadang lupa sebab selalu pergi kedai runcit yang dekat ni.
ردحذفmcm karipap ikea la ye..ada telur rebus
ردحذفTapi karipapnya yg rasa curry kak? Saya suka karipap di Malaysia sebab rasa curry. Beda dengan karipap (pastel) di Indonesia. Di sini isinya telur rebus, kentang dan kadang2 bihun. Suka juga, tp Krn di Indonesia isinya rata2 telur rebus, Krn itu saya prefer rasa lain saat makan karipap di Malaysia 😄
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.