Selasa, Ogos 12

Welcome Iman, terjumpa anak saudara dan roti daging

Alhamdulilah, ada seorang kawan Dania pun kerja kat Parkson, Alamanda ni haaa.....alkisahnya masa Dania interview kat Parkson, saya terjumpa sales girl yang approach saya di J&Co Parkson IOI City Mall. Lepas tu saya kata eh kat Alamanda pun ada?. Terbukak la cerita saya tengah tunggu Dania interview. Dia kata sini ada kosong sebab staff kat sini nak kena transfer ke IOI City Mall. Ada kawan2 anak yang bercuti semester nak kerja ke?. 2 bulan pun tak apa. 

Terus teringat kat Iman sebab dia pun pernah kerja kedai baju kat IOI City Mall tu tapi tak kerja situ sebab kedai tu tengah renovasi. Saya pun whatsapp la Iman tanya kot la nak kerja kat Alamanda. Ternyata Iman pun cakap agak mencabar nak mencari kerja semester ini. Boleh la kalau nak mencuba. Apa lagi saya pun bagi nombor person in charge tu. Tadaaa dah ada promoter dah kat kaunter J&Co ni. Manis pulak tu promoternya. Jangan berani ya ini wakil taekwondo kat SMK Jalan Empat dan UPM. 

Baju-baju dia cantik-cantik juga. Dania ada berkenan satu baju ni....


Lagi photo Iman. Hehe....


Lepas tu ke kaunter Swiss Polo pula tengok anak sendiri. 


Hubby masa saya jumpa Iman dan Dania sibuk beli treats kucing kat Aeon Big so jumpa la kat Food Court ni. 

Eh....anak saudara saya pula lalu kat sini dengan anak dia....Hehe susahnya nak suruh anak dia pandang camera Wan ni ha....Yus ni anak sulung sepupu saya. Anak Yus ni kiranya panggil saya Wan. Alamak tua dah....


Hubby beli roti daging ni yang ala ala kat Salam Noodles. 


Panas lagi ni baru masak. Pegang pun tersakit-sakit tangan. 


Inti dalamnya. Eh sedap la saya suka. Apatah lagi makan panas-panas. 


Ini pula wife Yus nama Salwa. Salwa cakap dulu-dulu masa cuti semester pun kerja Part Time kat Alamanda. Salwa sibuk entertain 3 orang anak-anaknya. 


Hannan ni anak No. 2 Yus & Salwa. Manis je ya...pandai menyanyi tau....suara sedap. Muka saling tak tumpah macam Almarhum atuknya....Hannan ikut mama dan papanya nak menghantar sepupunya kat SBP  Putrajaya ni. Kebetulan adik Yus nama Lina baru bersalin jadi tak dapatlah nak menghantar anak balik asrama. Yus la tolong hantarkan. Ayah saudara yang baik.....


Lepas tu saya dan hubby pun balik la sebelum later....ambik Dania balik. 




XOXO,
Ezna

 

21 ulasan:

  1. Nak pergi Alamanda cari Dania la nanti hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah Aunty Mulan. Nanti selfie la sikit. Hehe....bagitau kawan ummi kat blog.

      Padam
  2. Ya Allah, kebetulan apakah ini? Yg Iman nama sama anak kita, yang Yus, nama sama kita. Rajin betul diorang ni jalan2 kat Alamanda mengendap anak ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yus nama penuh dia Yusof. Iman pula sama nama anak Yus ya?....oh....kawan Dania ramai nama Iman lelaki dan perempuan jadi kena tanya Iman yang mana?....

      Padam
  3. setakat ni tak pernah terjumpa someone yang yang familiar dalam Alamanda, kecuali dalam Aeon Big.. kat ofis jumpa, kat dalam Aeon Big pun jumpa lagi.. hehe.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan anak saudara lalu depan....terus la kita ambik gambar ya....amboiii siapa yang dia selalu terjumpa dan jumpa tu?.

      Padam
  4. Roti daging tu selalu SA beli kalau x tau nak makan apa..memang sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la SA first time cuba terus suka. Pernah rasa yang kat Salaam Noodles tapi yang ni sedap lagi.

      Padam
  5. linda lagi jarang jumpa orang...sebab takde yang dikenali dekat area2 KL nie.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Linda?. Tak apa la tak jumpa pun....tapi kadang2 mana la tahu terserempak dengan saudara mara pulak ya....

      Padam
  6. Wahhhh...Rezeki Iman dpt keje cpt...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.....kebetulan ada kosong pulak kat situ.

      Padam
  7. Hari2 skodeng ni umi nya. Hihi. Muka wife yus tu iras2 muka akak.

    BalasPadam
  8. Roti daging yg Salam noodles ini saya belum coba. Waktu itu coba yg di bukit bintang, sedaaap juga. Nanti saya nak coba yg di Salam noodles kak 😍😍

    BalasPadam
  9. Roti daging ni my fav laaa.terliur

    BalasPadam
  10. Muka Salwa tu iras dgn Ezna la...
    Ada juga geng Dania wpun lain2 kedai ye

    BalasPadam
  11. Bagus Dania ada geng boleh ajak makan tengahari sama2. Comel cucu saudara sis Ezna, betul kata PH ada iras2 sis Ezna la 😄

    BalasPadam
  12. Dalam borak-borak tu tak sangka juga ada peluang untuk Iman kerja situ kan. Dekat-dekat dengan Dania boleh sama-sama tengok-tengokkan gitu. Kebetulan juga jumpa anak buah, dapatlah bersembang dan makan-makan gitu.

    BalasPadam
  13. Tertarik pula tengok roti daging tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Teringin nak makan apa di Pelita?

Dah lama tak singgah Pelita. Jadinya lepas pick up Dania lepas kerja, zummmm ke Cyberjaya pulak. Ada yang saya teringin nak mengunyah kat Pe...