Isnin, Ogos 18

Masakan senang, sederhana & renyah

Kadang, bila nak masak ni ada masanya kita ada banyak masa dan ada masanya kita kekurangan masa disebabkan ada plan lepas tu atau ada nak kemana lepas tu....



1. Masakan senang

Selalunya kalau nak masakan yang senang, saya akan masak makaroni goreng ni la. Makaroni ni letak isi ayam, telur, buah tomato dan lobak merah. Tak pun masakan senang yang lain buat nasi goreng, kuetiaw goreng tak pun bihun sup yang kebanyakkan bahannya rebus je. Tak pun buat tomyam dengan semua isi seafood kat dalam tu dengan sayur dan masak nasi. Haa ni pun kategori senang. 




2. Masakan sederhana 

Masakan sederhana yang tak senang mana ialah nasi lemak. Agak renyah juga sebab kena sediakan bahan-bahan seperti sambalnya dan yang lain seperti telur rebus, ikan bilis ke....dan ikutlah lauk apa yang kita nak masak tu. Sebab ada banyak kena sediakan jadi saya kategorikan dalam masakan sederhana. Ikutkan nak masak ni tak ambil masa yang lama sangat. 




3. Masakan renyah

Lazimnya dalam kategori ni saya letak nasi ayam sebagai masakan renyah sebab kena rebus dulu ayam tu sebab nak ambil supnya untuk dijadikan air dalam nasi ayam. Kemudian kena sediakan sambal nasi ayam dan kicap nasi ayam. Ayam pula selalunya saya akan perap dulu setelah direbus kemudian akan digoreng sekejap. Selalunya saya akan masak nasi ayam ni weekend la. Kalau hari biasa sibuk pula Dania dengan kelasnya. Selalunya Dania yang bantu saya masak. 


Tentulah you alls pun ada kategori masakan yang senang, sederhana dan renyah juga kan. Saya pula takde la masak banyak2 untuk keluarga kecil saya ni. Ngam ngam je la untuk mengelakkan pembaziran. 




XOXO,
Ezna

 

5 ulasan:

  1. itulah, orang cakap dengan linda, masak nasi ayam senang je...ya, dia senang, tapi renyah..memang tak sesuai la dengan linda yang tak suka masak nie.. hahha...linda memang tak reti masak nasi ayam

    BalasPadam
  2. Nasi lemak tu nak buat sambal tu yang ambil masa kan... telur boleh kukus sambil masak nasi kalau ada 2-in-1 cooker
    Nasi ayam banyak geng dia, bg sy pun renyah juga

    BalasPadam
  3. Makanan senang tu mudah nak memasak nak mengemas...x mau lama2 dekat dapur...

    BalasPadam
  4. Sy selalu pilih option no.1 tiap kali Hata outstation..Option no.3 utk hari weekend kalau xde planning keluar kemana2 =)

    BalasPadam
  5. SA pilih semua tu..sebab dah merasa masak yang senang, sederhana dan renyah...aduhh...lupa la DAnia ada request nasi ayam..tapi nak SA masak..dah balik ke Kolej dah dia semalam..sampai ke sudah x dapat nasi ayam..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hasil dari jambul

Gambar-gambar diambil dari IG kawan....ni nak citer....masa tahun lepas, kawan ni orang Terengganu. Dia kata dia ada belikan saya keropok ke...