Selasa, Ogos 12

Terapi mata di nurseri bunga

Hubby pergi sebelah nurseri ni nak beli makanan ikan. Sebelah nurseri ni ada jual ikan-ikan hiasan dan aksesori ikan. Ikan yang boleh dimakan pun ada juga. 

Saya ambik kesempatan singgah di nurseri bunga sebelahnya. Nak cuci mata kejap. 


Cantiknya bunga ros ni sebab ada dua tona warna. 


Banyaknya bunga sana sini situ......cantiknya. 


Bunga kemboja ni pun ada 2 tona warna. Putih dan merah jambu. Kat tengah tu berwarna kuning. 


Kalau ada kolam boleh la tanam pokok ni. Kolam kat rumah saya ada tanam kiambang. Dah banyaklah pokoknya tetapi dimakan ikan dalam kolam iaitu si ikan kaloi. 


Pokok ni berbunga juga. Close up bunganya. Warna lilac. Lembut je warnanya. 


Pokok lada benggala kuning dan pokok terung ni memang kecik-kecik dah berbuah ke?. Geram dengan pokok terung tu. 


Bunga ros kuning, putih dan bunga ros dua tona warna. 


Ni lah pembelian kami. Bunga kertas nak letak kat beranda atas dan terung. Terung harga RM5 dan bunga kertas ni terlupa pula harganya. 


Tukang tanam hubby la.....moga sihat hendaknya ya....




XOXO,
Ezna. 

 

12 ulasan:

  1. Dapat lihat pokok yang tumbuh subur pun dah seronokkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...memang terapi sungguh la.....suka tengok bunga2 dan hijau-hijau ni rasa tenang je.

      Padam
  2. Sy pun suka tgk bunga2 ni sis..Tapi tak pandai jaga =D...Dulu2 hanya tlg arwah mak siram pokok bunga je.,..yg mnjaganya mak...=)

    BalasPadam
  3. Aiiiih memang cantiiiik kak, bisa tone 2 warna yaaa. Persilangan juga nampaknya, dari rose merah dengan rose putih

    BalasPadam
  4. Lama dh MZ tak singgah nursery...mudah tergoda tgk mcm2 bunga

    BalasPadam
  5. Seronoknya tengok orang pandai menanam..saya nak try menanam dalam pasu je pun tak terbuat-buat nih..tah bilalah nak sampai "seru" nih tah hehe

    BalasPadam
  6. pencinta pokok bunga pasti suka pegi sini..mak kita suka

    BalasPadam
  7. Cantik bunga rose dan bunga kemboja tu. Bunga warna lilac tu unik rupa parasnya, warna macam bunga seri pagi. Tak sah kalau pergi nursery tak membeli. Mesti ada je yang terbeli. hihi...

    BalasPadam
  8. Tampak cantik dan indah bunga-bunga itu Mbak.
    Rupanya Mbak suka memelihara bunga di rumah.

    Salam,

    BalasPadam
  9. Rajin husband menanam pokok ya.. semoga membesar dengan baik.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.