Pulasan

Dalam group muslimat ada war war kan kalau sesiapa berminat nak beli buah pulasan yang baru dipetik dari kebun. Since saya suka buah rambutan....pulasan ni seakan-akan rasa rambutan jadi saya pun order je la. 1kg = RM6 dan buah akan dihantar terus ke rumah. Selalu yang banyak dijual tu buah rambutan. Kalau pulasan ni jarang2 ada. 


Buah pula disangkut kat pintu pagar. Buah ni kalau nak kopek dia pulas je. Tu pasal agaknya nama dia pulasan. 


Bila rasa buahnya ada yang manis, manis betul dan ada yang masam. Order 1kg je pun. Jadilah dapat merasa. 

Ada yang suka buah pulasan?. 




XOXO,
Ezna

 

17 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sy suka pulasan. Pulasan ni ramai yg tak suka mungkin sebab kadang masam dan selalunya tak longkah. Kalau dapat yg longkah tu memang suka sangat, yg longkah mesti manis.

    ردحذف
  2. linda tak suka sangat pulasan, jarang jumpa satu hal..lepas tu, jrg dapat makan yang manis...semua masam2...

    ردحذف
  3. jarang org jual pulasan...pernah makan tp yg kita makan dlu kulit nya keras tkleh pulas kena guna pisau

    ردحذف
  4. Sedap ni buah segar baru petik... PH suka juga pulasan ni...

    ردحذف
  5. Sini tak jumpa lagi buah pulasan ni. Kalau ada, kena cuba jugak lah.

    ردحذف
  6. Jarang jumpa buah ni. Kalau ada makan je cuma tak pernah beli sendiri buah ni. Orang bagi pernah la.

    ردحذف
  7. Sedapnya..dulu arwah abah saya ada tanam pokok ni...sangat sedap...pokok dia cepat patah....

    ردحذف
  8. Baru ni ke Hulu Langat memang berjamu pulasan.

    ردحذف
  9. SA suka jugak tapi x leh makan banyak sebab senang dapat batuk

    ردحذف
  10. Saya kalau rambutan, pulsa memang tak suka 😂😂. Tak pandai makannya, sebab kulit Ari biji nya selalu ikut termakan. Sebab tuh saya kurang suka buah rambutan atau pulasan ini.

    ردحذف
  11. Suka jugak buah pulasan..tapi jarang jumpa (dapat sebenarnya hihi)...
    Dulu ada je bila sekali sekala balik kampung...

    ردحذف
  12. Bestnya dapat makan buah pulasan fresh from pokok. Berbaloi beli. Suka buah pulasan lagi berbanding rambutan.

    ردحذف
  13. nak kopek senang sikit dari rambutan.
    akak suka pulasan ni tapi tu lah.. buah bermusim.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.