Dalam group muslimat ada war war kan kalau sesiapa berminat nak beli buah pulasan yang baru dipetik dari kebun. Since saya suka buah rambutan....pulasan ni seakan-akan rasa rambutan jadi saya pun order je la. 1kg = RM6 dan buah akan dihantar terus ke rumah. Selalu yang banyak dijual tu buah rambutan. Kalau pulasan ni jarang2 ada.
Buah pula disangkut kat pintu pagar. Buah ni kalau nak kopek dia pulas je. Tu pasal agaknya nama dia pulasan.
Bila rasa buahnya ada yang manis, manis betul dan ada yang masam. Order 1kg je pun. Jadilah dapat merasa.
Ada yang suka buah pulasan?.
XOXO,
Ezna


Sy suka pulasan. Pulasan ni ramai yg tak suka mungkin sebab kadang masam dan selalunya tak longkah. Kalau dapat yg longkah tu memang suka sangat, yg longkah mesti manis.
ردحذفlinda tak suka sangat pulasan, jarang jumpa satu hal..lepas tu, jrg dapat makan yang manis...semua masam2...
ردحذفjarang org jual pulasan...pernah makan tp yg kita makan dlu kulit nya keras tkleh pulas kena guna pisau
ردحذفi tak pernah mkn la buah ni
ردحذفSedap ni buah segar baru petik... PH suka juga pulasan ni...
ردحذفEeeee.... lama tak pekena pulasan!
ردحذفSini tak jumpa lagi buah pulasan ni. Kalau ada, kena cuba jugak lah.
ردحذفAlhamdulillah
ردحذفSedap pulasan ni
Jarang jumpa buah ni. Kalau ada makan je cuma tak pernah beli sendiri buah ni. Orang bagi pernah la.
ردحذفSedapnya..dulu arwah abah saya ada tanam pokok ni...sangat sedap...pokok dia cepat patah....
ردحذفBaru ni ke Hulu Langat memang berjamu pulasan.
ردحذفSA suka jugak tapi x leh makan banyak sebab senang dapat batuk
ردحذفSaya kalau rambutan, pulsa memang tak suka 😂😂. Tak pandai makannya, sebab kulit Ari biji nya selalu ikut termakan. Sebab tuh saya kurang suka buah rambutan atau pulasan ini.
ردحذفSuka jugak buah pulasan..tapi jarang jumpa (dapat sebenarnya hihi)...
ردحذفDulu ada je bila sekali sekala balik kampung...
Bestnya dapat makan buah pulasan fresh from pokok. Berbaloi beli. Suka buah pulasan lagi berbanding rambutan.
ردحذفnak kopek senang sikit dari rambutan.
ردحذفakak suka pulasan ni tapi tu lah.. buah bermusim.
Pulasan...jrg jumpa kannn
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.