Selasa, Ogos 19

Pick up hasil dari Sabah & Langkawi

Bila nak pick up hasil tangkapan adik saya dari Sabah dan Langkawi....kebetulan Ema kena outstation kat kedua tempat ni. Ni Eerfan....ehhh kenapa Aunty Ena tengok dah makin tinggi?. Eerfan ni adik Sofiah dan manja betul dengan kakaknya Sofiah tu. Dulu....bila kakak dia kat asrama....Eerfan mengendeng kat Kak Dania pulak. Dania pun pandai je ambik hati adik-adik sepupu ni. 


Ikan bilis 2 packed tu 1kg setiap satu. Ikan bilis dari Sabah. Ada tambahan Amplang iaitu keropok ikan yang popular di Sabah. Coklat pula sinonim dengan Langkawi la. 


Ada yang saya kirim dan ada yang adik saya belikan je....Terima kasih adik....moga murah rezekinya. Macam tu la adik-beradik ya....kejap kita memberi, kejap kita dapat....beri lagi, dapat lagi....begitulah seterusnya. 




XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. pintu tu macam pintu cerita korea eh...pakai kombinasi nombor tu? berangan nak pakai kunci pintu rumah macam tu...hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya pintu pakai nombor. Bila betul je kombinasi tu dia berbunyi. Kawasan sini kejiranan tak ada pagar cuma luar je sekeliling berpagar. Boleh je.....kena dengan budget nanti Linda buat.

      Padam
  2. favourite sis amplang tu.. kalau g langkawi, tak sah kalau tak beli coklat.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka juga amplang tu. Kadang tawar je dia tak ada rasa masin pun. Langkawi ni memang syurga coklat.

      Padam
  3. Semalam pun dpt amplang...sedappp, wat kudap kudap

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah rezeki...Sy pun masih ade lg sikit stock ikan bilis dr sabah...Buat goreng saje & sambal ikan bilis..Oh ya..Sambal belacan ikan bilis pun sy dh buat =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ikan bilis dari blogger Amie ya?. Memang adik ni asal ke Sabah dia akan beli ikan bilis. Oh ya sambal belacan ikan bilis?. Nak kena cari resipi dulu la. Tak pernah buat.

      Padam
  5. alhamdulillah, berkasih sayang antara adik beradik

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pick up hasil dari Sabah & Langkawi

Bila nak pick up hasil tangkapan adik saya dari Sabah dan Langkawi....kebetulan Ema kena outstation kat kedua tempat ni. Ni Eerfan....ehhh k...