Ni masa nak hantar Dania masuk kerja ni. Hubby yang drive jadi ummi sebelah je la. Sempat menoleh ke belakang tengok Dania nak touch up sikit. Oles lip balm berwarna dan bedak sikit. Nak jumpa customer kena presentable la kan...
Kami tiba awal ke Alamanda jadi sempat la Dania belek novel kat MPH. Rupanya kadang masa rehat lepas solat, makan sempat lagi ke MPH belek novel. Ada banyak masa katanya bila kerja kat Alamanda sebab orang tak berapa ramai, kedai pun sama jugak tak berapa ramai. Nak beli jus ke apa ke line pun tak panjang. Silap2 terus beli je. Kalau kat IOI City Mall, tempat nak pergi tu jauh sikit kedai buku Popular tu. Orang pun ramai sangat jadi masa berjalan tu terganggu. lagi pun IOI City Mall tu besar. Alamanda ni tak sebesar IOI City Mall tu.
Kerja kat Alamanda ni tenang sangat. Ramai baya Dania, yang cuti semester lepasan Asasi atau Universiti kerja sini. Nak solat senang, satu level je sebab ada tempat solat staff. Boleh letak telekung terus dalam locker disediakan. Ada cafe untuk pekerja juga kat bawah tapi Dania akan bawa bekal dan makan kat situ je la. Air pun Dania bawa dari rumah.
Novel yang Dania pegang tu novel dari luar negara jadi harganya keras sikit iaitu RM60++.
Dania dah ada novel belah kiri warna putih dan plan nak beli yang sekuel pulak warna hijau. Ni hasil penulisan penulis tempatan.
Penulis tempatan pun harganya RM42 sebuah. Mahal juga.
Tempat Dania kerja kena naik escalator tingkat atas tapi nak thumb print kat floor bawah ni.
Saya masuk sini. Hubby ke Aeon Big nak beli minyak masak dan beberapa barang keperluan lagi.
Saya ternampak seleksi seluar cotton ni.
Belikan sehelai untuk Dania buat tukar-tukar. Boleh pakai kat kelas jugak. Fabrik dia lembut.
Penutupnya hubby pulak nak mencari T Shirt berkolar. Cari je la kat sini. Jumpa la sehelai setelah itu tak kena, ini tak kena 😅. Lepas tu ternampak la Dania sibuk tengok resit-resit pembelian dan tengah susun la tu. Cik....Cik.....mana pergi promoter kat sini?. Kebetulan promoter kat kaunter jenama Marq ni tak ada orang. Mana nak cari saiz baju lagi. Kalau boleh nak yang baru la kan bukan yang display. Memang tak ada promoter dia. Samada rehat atau bercuti la kot.
Dania kerja kebetulan time ni 4 jam je jadi malam karang nanti ambik balik. 😁
XOXO,
Ezna
Happy Working Dania....
BalasPadam