Nasi lemak pandan in da house

Kalau rajin sikit, saya akan masak nasi lemak pandan. Nasi lemak pandan ni kena blend air pandan tu untuk dimasukkan ke dalam beras yang ditanak. Selain itu saya juga masukkan daun pandan yang disimpul dalam beras tu. 

Kali ni saya buat lauk dia sotong. Bahan lain seperti daun salad dan telur rebus. Saya tak letak timun dan kacang ya. Kacang tu sebab Dania dan saya kurang makan kacang. Timun tu tukar jadi daun salad pun sedap juga. 


Kejadian nasinya yang berwarna hijau lembut. Bau masa masak sangat la harum. 


Kalau nak simple sikit, buat nasi lemak biasa ajer. Tak payah blend daun pandan tu. Just letak daun pandan yang disimpul tu je. Kat rumah memang ada tanam daun pandan jadi saya perlukan 7 helai daun pandan. 5 untuk dapatkan airnya dan 2 untuk dimasukkan ke dalam nasi yang ditanak. Boleh la ambik banyak2 sebab daun pandan saya tu rimbun pokoknya. 




XOXO,
Ezna
 

15 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. sedap tu..kita suka sambal sootng guna sootng camni tk suka yg sotong kembang tu

    ردحذف
    الردود
    1. Kita suka sotong kembang lagi. Tapi sotong yang ni pun bila masak sedap jugak.

      حذف
  2. Aduhai..terus lapar semula tgk menu ni =)

    ردحذف
  3. Mesti wangi satu rumah tu kan Kak Ezna.....
    Bestnya ada pokok pandan..senang kalau nak masak je tinggal nak amik...

    ردحذف
    الردود
    1. Tu yang akak letak lebih daunnya Sue. Kalau beli kena jimat la daun pandannya tapi sebab tanam dan pandannya rimbun....tu yang ambik lebih sikit daunnya.

      حذف
  4. Semerbak aroma pandan...cantik warna nasi lemak jus pandan ori.

    ردحذف
  5. dah lama tak masak nasi lemak kat rumah.. telur separuh masak tu buat sis terliur.. ^^

    ردحذف
  6. Alhamdulillah rezeki ada tanam pokok pandan. Boleh guna untuk macam2

    ردحذف
  7. Bau sampai sini Ezna.. sedapnya

    ردحذف
  8. Plan mmg nak buat nasi lemak hujung minggu ni sebab kami complete ber5 insyaallah...tapi kita merancang

    ردحذف
  9. ni antara menu yg i kerap masak esp utk bf weekend (kalau rajin!)

    ردحذف
  10. warghhh sambal sotong tuuuu
    menggodanyaaaaaaa

    ردحذف
  11. Terbayang lah wanginya Nasi lemak kakak 😍😍😍😍. Saya nih memang penggemar nasi lemak. Mau pakai pandan atau tidak, tetap sukaaa 😄. Tapi bedanya saya suka kalo ada kacang. Kriuk2 , ganti kerupuk 😁🤭

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.