Hasil dari jambul

Gambar-gambar diambil dari IG kawan....ni nak citer....masa tahun lepas, kawan ni orang Terengganu. Dia kata dia ada belikan saya keropok keping. Bila orang nak bagi something....takkan la kita pergi dengan tangan kosong kan?.....

Gambar bawah ni saya yang selfie guna phone saya. 😁


Kebetulan masa tu saya lepas makan kat Saudagar Nanas Agrofarm. Ada jual jambul nanas ni. Jadi saya belikan 2 jambul. Katanya nanas ni jenis yang bila makan tu tak tajam di lidah dan rasanya manis. Ni kawan saya letak dalam kolam kecik sebelum tanam. 


Setelah hampir 1 tahun 1/2, nanas pun masak. Lama juga ya nak dapatkan hasil buah nanas ni ya?. Mula tu kawan saya macam eh nanas ni jantan ke sebab takde keluarkan buah. Hehe. Kuning nampaknya nanas tu. Nanas saya yang kuning sikit....tak sempat tuai....musang pandan dah makan. Hebat betul gigi dia yang tajam tu ya?. Ngap terus. Hilang buahnya ok....

Tak silap saya gred nanas ni MD2. 


Ni haaa buahnya yang kawan saya kata manis betul. Ya la kita dengar je la ya....takde rezeki buah rumah saya tu. Kena rembat dah. 


Alhamdulilah kawan saya dapat makan buah nanas hasil jambul saya hadiahkan tu. Lepas makan, jambul nanas yang dituai pun akan ditanam balik. Alhamdulilah. 




XOXO,
Ezna

17 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. comel je buah nanas nya..nampak kuning tu, memang sedap betul...
    iye kak ezna, nenas memang lambat sikit nak berbuah

    ردحذف
    الردود
    1. Ah ah buah dia memang jenis kecik. Jambul dia je panjang.

      حذف
  2. Wah…seronok tengok jambul yang diberi dah mengeluarkan hasil. Boleh jadi pahala yang berpanjangan pemberian gini.

    ردحذف
  3. Nanas memang ambil masa nak berbuah kan....PZ pernah tanam..

    ردحذف
  4. Wahhh..Alhamdulillah..Menjadi pokoknya =)

    ردحذف
  5. akak suka nenas. MD ni jenis manis kan.

    ردحذف
  6. sedapnya nenas, kita baru nak makan tadi tapi takde kicap. hahaaa...
    suka makan nanas dgn kicap.

    ردحذف
  7. Alhamdulillah..berhasil akhirnya. Lama juga tu nak menunggu buahnya muncul setahun lebih. Takpelah, tak ada rezeki kak Ezna tapi ada rezeki lain tu. Nanas MD2 memang manis sebab madu kan.

    ردحذف
  8. Memang bercinta nk tunggu nanas berbuah kan... Tapi kalau dpt nanas tu cuba akak try buat air pina colada. Letak santan, letak garam sikit pastu blend sekali ngn ais...wahh padu rasa

    ردحذف
  9. sedapnya nanas hasil tanam sendiri ezz! puas hati sgt!

    ردحذف
  10. Ingatkab jambul apa tadi rupanya nenas. Hihi

    ردحذف
  11. Alhamdulillah... Menjadi nenas nya

    ردحذف
  12. Saya sukaaa sangat nenas. Dulu saat di Aceh ada pohon nenas papa tanam. Selalu berbuah dan manis juga. Tp taklah semanis nanas madu. Skr, kalo nak nenas, memang beli jadinya 😄

    ردحذف
  13. Ya Allah Kak Ezna..menjadi ye..nampak cantik kuning dia, memang manis tu...rezeki kawan Kak Ezna...pahala berpanjangan untuk Kak Ezna juga...

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.