Isnin, Ogos 4

Hari pertama Part Time Promoter di Parkson

1 Ogos 2025 merupakan hari pertama Dania bekerja di dalam Parkson. Ummi as usual akan ikut sehingga ummi puas hati semuanya dah settle down baru ummi akan balik. Tiba awal jadi 10 minit sebelum masuk kerja thumb print dulu. 


Masa ni saya dah tunggu atas. 


Kena isi kad perakam waktu tapi ni tulis jam masuk dan keluar sebab mereka menggunakan thumb print. Nak rehat dan selepas rehat pun kena catit sama. Kena juga thumb print masa nak rehat. 


Ada sesi briefing dengan Nik. 


Nak belajar selok belok tulis resit. Ada caranya jugak. 


Dania sedia memberikan perkhidmatan terbaik sebagai seorang promoter di kaunter Swiss Polo dan Bethany Roma. 😃. Pakaian pula dari tudung, baju, seluar dan kasut kena berwarna hitam. Baju pula kena T-Shirt berkolar dipadankan dengan inner warna hitam, blouse berwarna hitam atau blazer. Ada cawangan Parkson yang kena masukkan tudung dalam baju tapi kat sini nampaknya bebas pula. Baju pula tak boleh ada corak berjalur ke apa. Kena yang plain. Bila dah ikut tatacara pemakaian kat sini...ok good to go dah. 

Sebelum ni Part Time dia lelaki dari Kolej Komuniti. Dia berhenti je, Dania pulak masuk. Kiranya Nik orang pertama yang approach Dania untuk masuk kerja. Boleh terima jika nak Part Time hanya 2 bulan. Kadang orang tak nak ambik jika hanya 2 bulan ya. Paling minima pun 3 bulan ke atas. 


Kaunter Bethany Roma ni hujung sini. Swiss Polo hujung sana. Kena lari-lari kat kedua kaunter ni. Dania kata tenang-tenang ajer crowd kat Alamanda ni berbanding IOI City Mall. 

Kat sini, counter (kaunter) tu maksudnya jenama. Kalau staff yang jaga kaunter pembayaran tu dipanggil cashier. Kat sini Dania kena menjaga 2 kaunter kasut wanita iaitu Swiss Polo dan Bethany Roma. 


Lepas je saya tengok Dania dah ok dah....saya pun dengan senang hati ke food court Alamanda. Haha tapi tersedih pulak sebab selalunya dengan Dania. Hello....satu bangunan je pun 😅. 


Selfie la dulu ya....dah saya citer dengan hubby makan karipap udah katanya kenapa tak beli karipap lebih. 😅 Karipap kat food court Alamanda ni sedap ya. Ada telur rebus dalam karipap. 


Ni masa ambik Dania. Kalau muka macam ni maknanya ok lah hari pertama ni. Dania citer boleh la close sale 3 pasang kasut. 😅. Dania citer 1 family datang kemudian ketiga-tiganya beli kasut. Lepas tu hantar kat cashier....cashier datang cari Dania balik dan kata Dania tak letak sticker harga kasut kat resit. Adehhhh.....sebab Dania lupa. Nak cari kasut kat store kena naik tangga dan susunan kotak kasutnya senang nak cari. Ada juga sales person datang bertanya kat Dania sebab Dania budak baru. 

Lepas tu terjumpa kawan sekolah menengah merangkap satu universiti tetapi berlainan course nak isi borang dan interview kat floor Dania jugak la cuma berlainan company. Itu jual baju perempuan. Dia pun cerita macam susah pula nak mencari kerja cuti sem ni. Sebelum ni kerja kat IOI City Mall tapi berlainan company la dengan Dania. Ada rezeki Isnin minggu depannya masuk kerja. 

Kat dalam Parkson ni ada bermacam company. Nak cari kerja Part Time, kena rajin tanya setiap kaunter (jenama) dalam Parkson tu sebab ia terdiri dari company yang berlainan tetapi nanti....pihak Parkson akan interview / briefing kita. Setiap company tu akan bayar upah Part Time yang berlainan juga dan surat kerja akan disediakan oleh company mana yang kita minta kerja tu. 


Moga baik-baik ajer sepanjang Dania kerja kat tempat baru ni. 😊



XOXO,
Ezna

 

20 ulasan:

  1. Bagus Dania cari pengalaman...

    BalasPadam
  2. Allahumma yassir utk dania! cute jer dania pakai outfit all black

    BalasPadam
  3. semoga yang baik2 untuk Dania, harap2 kawan dania dapat kerja juga

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Slmt bkerja utk Dania...karipap mcm karipap dkt petron jgk..Ade telur rebus dkt dlmnya =)

    BalasPadam
  5. Enjoy the moment Dania 🧡👍....pengalaman paling berharga sebagai student as a partimer.

    BalasPadam
  6. Kat sana banyak kerja kosong. Kena rajin. Semoga pengalaman ni dapat jadi batu loncatan untuk masa depan. Selamat bekerja!

    BalasPadam
  7. Bagus, Dania. Rajin kerja walaupun dua bulan jer cutinya.

    BalasPadam
  8. Aaaamiiin. Semoga yg terbaik untuk Dania .. bagus juga hari pertama dan close 3 sales 👍👍

    BalasPadam
  9. Bestnya dania tak payah masuk tudung dalam baju. All the best bekerja!

    BalasPadam
  10. Moga smooth semuanya buat Dania dan enjoy life kerja part time di situ.

    BalasPadam
  11. first day dpt jual 3 pasang kasut mmg terbaik lah... muka ada byk senyum.. alhamdulillah

    BalasPadam
  12. Anak saya pun struggle nak cari kerja cuti sem ni....dia pun student UPM...akhirnya dapat jugak kerja kafe di bangunan MOF. Dulu pun dia pernah part time di Parkson Alamanda kaunter Carlo Rino

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Dania pun happy tu. Okaylah ambil pengalaman kan. Okay jugalah dia kat sini, Alamanda macam kurang orang sikit. IOI memang sentiasa ramai. Takpelah, mana tersilap tu boleh jadikan pengajaran dan pengalaman supaya tak silap lagi.

    BalasPadam
  14. Smart bila Dania pakai blazer...

    BalasPadam
  15. Dania elegan sangat, dgn senyuman manis meleret.
    Kerja baik-baik Dania. Have a lot experience okey, semoga dipermudahkan semua urusan.

    BalasPadam
  16. Dania tampak tampil elegan dengan uniform kerjanyanya.
    Selamat bekerja Dania. Sukses selalu ya...

    Salam,

    BalasPadam
  17. Senang juga bila outfit serba hitam.

    BalasPadam
  18. Baru follow blog ni.. Bagus juga share pasal kerja part time ni, sebab saya pun tercari-cari juga apa yang boleh dibuat sementara cuti sem atau menunggu result SPM ke utk anak nanti..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Teringin nak makan apa di Pelita?

Dah lama tak singgah Pelita. Jadinya lepas pick up Dania lepas kerja, zummmm ke Cyberjaya pulak. Ada yang saya teringin nak mengunyah kat Pe...