Beli lagi barang praktikal kat Tik Tok. Kali ni saya belikan untuk kawan Dania nama Iman. Masa tu saya whatsapp je la Iman jangan lupa bawak gambar etc untuk interview sehinggalah saya cerita Dania pakai landyard yang ada tempat slot kad, letak id, zip letak duit syiling dan kertas. Terus Iman kata nak kena beli jugak la.
Saya la tawarkan nak belikan untuk Iman. Segan juga Iman pada mulanya tapi saya kata kalau dengan Aunty tak payah segan la. Harganya pun bagi saya ok ajer. Saya terus belikan dan keesokannya sampai sudah. Barangnya dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kalau tengok alamatnya macam selalulah lalu area situ dulu-dulu time Dania bersekolah kat SK Bukit Jalil...
Kalau berminat nak beli boleh la ke Tik Tok Shop 'winwin82'. Ni pun salah satu Star Shop. Code landyard ni NCW-02. Ada banyak design. Belakang yang ni ada secure dengan tali jadinya kad tu akan stay la situ berbanding yang tak ada tali. Ringan pun ya jugak.
Dah bagi kat Iman dah. Nampaknya macam Iman dah pakai dah pun. 😊
XOXO,
Ezna
alhamdullilah....mcm tulah kita mak-mak , mesti ingat juga dekat kawan-kawannya ❤❤❤
BalasPadammak will always mak. kat anak orang pun ingat
BalasPadamAlhamdulillah...Rezeki iman..Thx sis =)
BalasPadamSedang mencari laynard juga ni sebab yang lama dah lusuh.
BalasPadambagus betul lanyard ni!
BalasPadamAlhamdulillah.. rezeki Iman.
BalasPadamPasti senang teman Dania mendapat lanyard multi fungsi begini kak ☺️👍👍👍
BalasPadamBagus n useful sgt.. 👍
BalasPadam