Selesai sudah Final Exam Bahasa Korea

Alhamdulilah. Selesai sudah paper Bahasa Korea ni. Kali ni, malam sebelumnya badan rasa panas. Makan panadol terus tidur awal. Paginya kata sakit tekak pulak. Badan dah kurang panas. Paper pulak lewat pada 3.30 petang - 5.30 petang. 

Test 1 Dania siapkan dalam 20 minit tapi masa test ialah 1 jam. Test 2 ummi bising sebab keluar awal....masih juga keluar awal. Dania siapkan selama 30 minit. 😅 To my surprise kedua-dua Test Dania dapat markah penuh. Alhamdulilah. Jadi....tak kiralah keluar awal masih ada peluang dapat markah penuh la. 

Ok Final Exam ni membawa markah 30 sebab 70 carry marks. Dania baca-baca jugak la sebelum tiba Kompleks Akademik A tu. Ya Dania sangat minat Bahasa Korea ni. Apatah lagi lecturer yang mengajar pun sangat baik. 

Jangan awal sangat keluar ya. Check dan check lagi....


Pilihan saya untuk tunggu je Dania masa exam dan tak balik tepat sebab Dania keluar 45 minit awal sebelum habis masa yang diperuntukkan. Ini muka lepas keluar. 😅. Keluar awal lagi. Dania kata deret dia masa dia panggung kepala katanya dia sorang je tinggal. Lain-lain dah keluar. 


Tak apalah kalau dah confident dengan jawapan yang dihantar. Lepas ni nak pergi cari dessert pulak. Kat mana?. Tunggu.....Ok lagi 2 paper final minggu depan pulak. 





XOXO,
Ezna
 

13 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kalau minat memang boleh score. InsyaAllah boleh score tu nampak confident.

    ردحذف
  2. Saya pun dulu begitu. Kalo dah yakin dengan jawaban, langsung kluar walau waktu msh banyak lagi 😅.

    ردحذف
  3. Hebat Dania ini selalu keluar awal saat test ya.
    Sukses selalu untuk Dania...

    Salam,

    ردحذف
  4. Alhamdulilah mesti lega tu da lepas kertas tu hihihii...harap dapat keputusan yang cemerlang

    ردحذف
  5. kalau dah yakin, memang keluar awal je xD boleh melepak mana2 dulu

    ردحذف
  6. Boleh celebrate la ni...! Hu ha hu ha!

    ردحذف
  7. congrats dania! insya Allah boleh dpt A tu ;)

    ردحذف
  8. Musim panas ni..banyak minum air Dania ..all the best ye...

    ردحذف
  9. Muka ceria je tu... confident full marks kan.
    Good job Dania!

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.