Bila anak duduk kat rumah ni bab makan selalunya settle la. Sebelum Dania pergi Fakulti untuk exam, Dania makan dulu makaroni dengan lala. Lala tu letak lebih sikit. Ada juga sayur Pak Choy. Buat ni tak ada la pedas sangat takut sakit perut je nanti. Buat yang biasa ajer tahap kepedasannya.
Muka orang yang cuak. Katanya dah selesai study dah untuk exam ni tapi takut....kawan2 sekelas Dania juga dapat sebatang pen setiap seorang. Maybe nak buat setiap kali final exam. Dania pun pakai pen Faber Castell Ball Pen ni saiz 0.7. Dania kalau exam suka tukar2 warna pen. Kadang exam pakai pen biru, kadang pakai pen hitam. Exam kali ni dijadualkan selama 2 jam.
Kawan Dania sebilik dulu masa asasi. Sekarang ni jadi 'senior' Dania la untuk Animal Science cakap subjek ni memeningkan. Hmmm...kita tengok la pening macam mana ya....dah tentu ada kira-kiranya sebab statistics.
Muka setelah habis exam ada senyum la. Kalau macam ni ummi boleh tenang sikit la.
Beberapa snap candid je ni.
Moga apa yang Dania jawab tu mengikut skima pemarkahan ya. Selesai 2 dah paper final exam. Gap dengan yang pertama tu 8 hari. Lepas ni this week ada paper Bahasa Korea pulak. Ummi dia tetap la berdebar bila anak nak exam. Dari kecik sampai la besar ni. 😅. Semester ni ada 7 subjek yang Dania ambik. Cuma ada 5 subjek je yang ada Final Exam. 2 lagi tak ada Final Exam. Walaupun tak ada Final Exam, tetap juga kena buat betul2 supaya dapat score.
XOXO,
Ezna




lega dh abis exam
ردحذفMoga dipermudah kan semua nya buat Dania, cemerlang dalam exam dan seterusnya.
ردحذفAlhamdullilah dah selesai 1 subject. Animal Science tu Dania belajar skop apa? minta maaflah aunty sibuk tanya...sebab macam menarik subjek dania tu 🥰🥰🥰
ردحذفall the best utk dania! Allahumma yassir
ردحذفantara 5 paper ni, subjek stats ni yg paling susah ke?
ردحذفapa2 pun all the best dania!
Bila muka ada senyum tu...Alhamdulillah... lega Auntie yang jauh nih hihi
ردحذفSemoga mendapat keputusan yang baik
ردحذفmak-mak anak ada ujian segak pun cuak gak. anak selamba je
ردحذفMudah2an capai GPA 4.0
ردحذفlega abis dah exam yer, moga2 dpt result yg cemerlang...aamiin
ردحذفSaya sukaaa lihat baju Dania. 😍. Modelnya bagus, tangan melebar di bagian bawah siku 👍👍.
ردحذفSemoga hasil exam bagus2 untuk Dania yaaa
Gitu lah mak-mak ni... anak exam kita yang tak keruan.
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.