Penangan K Drama Crash Landing On You

Sebelum ke Switzerland, satu family khatam dulu K Drama Crash Landing On You. Jadi kalau pergi melawat shooting location tu masing-masing tau la kan dari scene K Drama yang mana. 

Ni salah satu scene dalam Crash Landing On You. Captain Ri Jeong-Hyeok main piano lagu yang diciptakan untuk abangnya. Scene diadakan di atas jeti di Isetwald. Dalam scene ni Yoon Se-ri dengar alunan piano yang dimainkan oleh Captain Ri dari bot yang Yoon Se-ri naiki tapi tak nampak siapa yang mainkan piano ni. 

Credit : Google

Baru-baru ni tengok landing stage / jeti yang menjadi shooting location tu kalau nak masuk kena bayar dah. Harganya CHF5 / pax. 

Credit : Google

Masa kami pergi tahun 2022 tu tak payah bayar pun cumanya kena beratur je sebab ramai nak posing kat sini. Nama je pakai dress tapi saya dan Dania pakai seluar juga kat dalam. Senang nak melangkah. 😅


Memang cantik sangat permandangan kat sini. 


Piano tak adalah...cuma jeti je la. Kat sini pun boleh nampak orang tengah beratur nak ambik gambar tapi tak ramai la masa ni. Cantik perkampungan ni dengan gunung ganang dan tasik. 


Kat sini memang perkampungan Isetwald namanya. Jadi mungkin orang kampung tengok boleh menjana pendapatan juga sebab ramai pelancong yang nak bergambar atas jeti ni. Ada masa saya jalan-jalan kat sini, ada yang membela babi...tapi babi tu berlagak ya. Nampak kami terus masuk dalam rumah. Kalau dalam kawasan berpagar ok la. Kalau tak berpagar....kami lari tak cukup tanah nanti. 😅

Moga ada rezeki lagi kami nak melihat negara lain.....




XOXO,
Ezna







 

19 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. tengok pemandangan pun memang sedap mata yang memandang

    ردحذف
  2. waaa entry versi throwback ke ni ezz....alaaa...i rindu swiss laaa...u nak travel ke mana plak tuuuu

    ردحذف
    الردود
    1. Nak travel tu kena tunggu la Suzz tapi memang niat nak travel tu ada. Seronok tengok dunia luar.

      حذف
  3. cantikkknyaaaa.. taktahu pula jeti ni pun famous. maklum la tak tengok pun drama tu. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Tak tengok maka tak tahu la kesudahan ceritanya tapi jeti ni rupanya biasa je cumanya sekeliling tu permandangan memang cantik.

      حذف
  4. Subahanallah..sejuk hati melihat anda bahagi..syukur pada Allah nikmat melihat keindahan alamNya kan

    ردحذف
  5. Kdrama ni antara yg sy terpaling love. Bestnya Ezna dan Dania dah sampai tempat shooting tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya saya pun tonton KDrama ni dan memang suka. Alhamdulilah. Cumanya masa kami sampai free lagi nak ambik gambar. Kali ni kena bayar pulak.

      حذف
  6. Cantikkkkkkk view tu.
    lahaiii... bila lah dapat pergi ni😅

    ردحذف
    الردود
    1. Insya allah satu hari nanti....tempatnya memang cantik.

      حذف
  7. kalau sy, sy suka kawasan berbukit menghijau tu...
    hahaha CLOY punya pasal...

    ردحذف
  8. Eh, macam tak sesuai je persekitaran cantik tu ada bela oink oink ye... Selalu kan babi ni suka duduk hutan.
    Cute je gambar dgn Dania tu

    ردحذف
  9. memang cantik sangat tempat ni. kalau pergi swiss tapi tak pergi Isetwald atau interlaken ni rasa mcm tak lengkap je kan

    semoga ada rezeki saya jugak sampai sini. tak pernah merantau ke europe lagi

    ردحذف
  10. Cantik pemandangan....semoga kita semua ada rezeki ke tempat orang

    ردحذف
  11. Drakor inilah yg bikin saya jadi tergila2 dengan Drakor 🤣🤣. Padahal sebelumnya saya tak akan mau menonton drama apapun. Tp sebab baru balik dari Korea Utara, dan teman saya memaksa utk saya lihat apakah scene Korea Utara di drama CLOY ini sama dengan Korut yg asli 🤣🤣.

    Eh malah jadi suka menontonnya 😁

    ردحذف
  12. subhanallah..cantik view..
    sekali, terus kena bayar yer...sabar je la

    ردحذف
  13. Cantik kan tapi kami tak sampai pun situ sebab belum pun famous dulu. Moga dapat ke sana lagi.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.